PERANCANG KEHAMILAN KURANGKAN SUSU BADAN







Ramai yang takut untuk mengambil perancang keluarga. Saya pun takut nak ambil perancang keluarga. Takut dengan ‘side effect’ yang  ada. Takut gemuk (typical orang perempuan), takut mengganggu penyusuan anak-anak. (Sebab saya fully breastfeed mereka) dan ada juga yang takut mood swing.

Tapi BETUL KE??  Jadi, kita bertanyakan pada doktor yang arif tentang semua ini. Kata doktor (yang saya jumpa)  mengatakankan semua perancang keluarga ada efeknya. Bergantung juga pada badan dan hormon seseorang.

Mengenai susu badan pula. Tak semua perancang keluarga mengganggu penghasilan susu ibu. Jom kita tengok beberapa jenis perancang keluarga yang tidak mempengaruhi penghasilan susu badan:-

 1) Pil perancang yang tidak mengganggu penyusuan badan.
Noriday. Ianya tidak mengurangkan/menjejaskan pengeluaran susu

Noriday (Norethisterone) menghalang kehamilan dengan 3 cara:-
1. Norethisterone meningkatkan ketebalan mucus (lendir) pada pangkal rahim yang boleh mencegah pergerakan sperma ke dalam rahim dan merendahkan kebarangkalian persenyawaan daripada berlaku

2. Norethisterone mengubah kualiti lapisan rahim (endometrium) dan mencegah telur yang berjaya disenyawakan daripada melekat pada dinding rahim

3. Norethisterone mencegah pembebasan telur dari ovari bagi sesetengah wanita yang menggunakan pil ini

Penggunaan Noriday (Norethisterone)
Noriday hendaklah diambil pada waktu yang sama setiap hari tanpa henti walaupun ketika kehadiran haid. Sekiranya terlupa, hendaklah diambil secepat mungkin dan pil seterusnya diambil pada waktu yang sama seperti sediakala.

Noriday boleh mula diambil pada hari pertama kitaran haid ataupun selewat-lewatnya pada hari ke-5 kitaran haid anda. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju sekiranya Noriday diambil seawal 6 minggu selepas melahirkan. Walaubagaimanapun kaedah mencegah kehamilan yang lain juga harus dipertimbangkan kerana organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang bayi anda masih belum matang lagi dalam tempoh tersebut.

Keberkesanan Noriday terjejas sekiranya
1. Noriday dimakan bersama ubat antiepileptic seperti phenytoin, phenobarbital, carbamazepine
2. Noriday diambil bersama antibiotik tertentu seperti rifampicin, rifabutin
3. Noriday diambil bersama antibakterial griseofulvin
4. Noriday diambil bersama herba St John's Wort
5. terlewat lebih 3 jam daripada waktu biasa diambil
6. anda mengalami cirit-birit dalam masa 2 jam selepas makan pil ini

Kaedah pencegah kehamilan lain haruslah dipertimbangkan sekiranya berlaku mana-mana situasi di atas.

Dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan anda sebelum mula menggunakan Noriday.
Klinik Kesihatan Kerajaan ada menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk kaedah perancang keluarga ini. Tetapi, setiap bulan kene hadirkan diri untuk saringan kesihatan dan pengambilan pil.

Sumber
http://www.netdoctor.co.uk/medicines/100001870.html
http://www.contracept.org/breastfeeding.php

Cara pengambilan pil Noriday:-

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.

Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.Pil ini hendaklah di ambil setiap hari dan pada waktu yang sama. Pil ini di katakan tidak akan mengurangkan susu ibu. 

Namun, salah satu kesan sampingan yang mungkin di hadapi bagi mereka yang mengamalkan pil ini adalah gangguan haid yang lazimnya (jika berlaku) tidak teratur, kerap dan berpanjangan. Peratus kejayaan pil ini ialah 96% hingga 99%. 

Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:

·         Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
·         Sakit dan bengkak urat kaki
·         Sakit dada yang melampau
·         Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
·         Ketulan pada buah dada
·         Sakit pada bahagian perut







2) Depo provera (suntikan depo)
Suntikan depo adalah satu kaedah perancang keluarga yang paling selamat juga. Sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka telan pila tau ada masalah lupa nak makan pil. Suntikan depo ialah perancang keluarga yang diambil setiap 12 minggu. Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan. Suntikan ini juga di katakan tidak mengurangkan susu ibu. Tetapi kemungkinan untuk period tidak teratur adalah sangat tinggi, kerana setiap jenis perancang keluarga biasanya akan mengganggu hormon kita.

Ada yang mengalami period tidak berhenti selama sebulan dan ada juga yang tidak datang period selama 2 bulan

Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

·         Darah tinggi
·         Penyakit hati
·         Herpes sewaktu hamil
·         Sakit kuning
·         Gatal sewaktu hamil
·         Angin ahmar
·         Sakit jantung

Klinik Kesihatan Kerajaan ada menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk kaedah perancang keluarga melalui suntikan depo. Kos di klinik swasta dalam lingkungan RM50-80




 

3) Implanon (implan)
Kaedah ini, yang paling saya minat. Tetapi untuk kaedah perancang keluarga ini. Ibu-ibu harus mengambil suntikan depo terlebih dahulu. Untuk melihat keserasian.  Jika serasi, barulah doctor sarankan untuk pengambilan perancang keluarga dengan implanon. Implanon sejenis perancang keluarga yang di katakan sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, kerana susu tidak akan kering. Implan mempunyai kandungan hormon progestron dan ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.

Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.

Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.

Peratus kejayaan adalah 99%.

Kesan sampingan implan:-

·         Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut.


·         Menurut pembacaan ummi, ketiga-tiga kaedah ini adalah sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Sungguh pun begitu, nasihat ummi, demi memastikan pil atau apa jenis perancang yang kalian gunakan itu benar2 selamat untuk di gunakan, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Klinik Kesihatan Kerajaan tidak ada menawarkan perkhidmatan untuk kaedah perancang keluarga implanon. Boleh di buat di Klinik LPPKKN dengan harga yang agak murah berbanding klinik swasta


Image result for IUD

4. IUCD
IUCD pula adalah satu perancang keluarga dengan memasukkan alat plastic berbentuk T di kelilingi logam atau hormone tertentu.  Keadah yang agak selamat dan tidak mengganggu penyusuan badan. Cumanya kadang-kadang ada berlaku sedikit pendarahan. Boleh berjumpa doctor jika terdapat pendarahan yang berpanjangan.

Ianya akan di pasang pada hari kedatangan haid hujung-hujung (hari ke 5 dan ke atas).


Klinik Kesihatan Kerajaan ada menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk kaedah perancang keluarga  IUCD. Kos di klinik swasta dalam lingkungan RM50-80.




Saya juga telah mengambil salah satu kaedah di atas. Sebab apa saya perlu mengambil kaedah merancang? Untuk menjaga kesihatan dan rahim saya. Kerana anak pertama dan kedua di lahirkan secara pembedahan. Jarak antara anak-anak saya juga amat dekat (setahun satu). Alhamdulillah, walaupun saya mengambil kaedah suntikan depo. Susu badan masih dapat lagi di hasilkan seperti biasa.  .susu badan saya tetap MERIAH. Alhamdulillah. Syukur. Sehingga hari ini masih menyusukan badan dua orang anak saya.Cumanya period saya memang tak konsisten


Sebab itu, saya mengambil suplemen tambahan dari Shaklee seperti GLA Complex Shaklee, Vitamin C dan Vitamin E

Sebenarnya, pengambilan perancang keluarga boleh menurunkan tahap vitamin C sehingga 30% dan boleh mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah.

Sebab tu pentingnya suplemen jika kita mengambil salah satu kaedah perancang keluarga di atas.  Ini dapat memastikan kesan sampingan yang mungkin berlaku dapat di minimakan.








Terpulang pada ibu-ibu di luar sana untuk memilih kaedah perancang keluarga tau pun tidak mahukan perancangan keluarga.

Tapi, RAHIM kita ada SATU. Sayangilah RAHIM kita.

Untuk suplemen kesihatan. Insyaallah membantu ibu-ibu di luar sana. 
Bulan ini ada promosi GLA Complex Shaklee. 
Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan : Facebook Order Shaklee



1 comment on "PERANCANG KEHAMILAN KURANGKAN SUSU BADAN"
  1. Hello admin, saya nak tanya bolehkah seorang ibu yang tidak lagi menyusukn anak mengambil pil Noriday?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com