Monday, 17 August 2015

8 Tips Hadiri Temuduga

Temuduga kerja ialah satu ujian pemilihan kerja. Bukan hanya di kira berdasarkan kelulusan dan pengalaman sahaja. Biasanya, penemuduga akan memilih dan menguji candidate yang terbaik di pandangan mereka dan melepasi ujian serta soalan yang di berikan.







Di samping itu, ada 8 Tips Mengahadiri Temuduga Kerja yang ingin saya kongsikan:-



1. Sebelum menghadiri temuduga, kita kene tahu jawatan dan kerja yang kita akan tanggung (Job scope and job description ).

2. Jangan lupa ambil tahu nama penemuduga kita dan nombor telefon untuk memudahkan urusan sebelum dan selepas hadiri temuduga kerja nanti.

3. Sebelum hari temuduga, ulangakaji sedikit tentang syarikat, bisnes mereka dan latar belakang syarikat.

4. Datang temuduga tepat atau awal sebelum masa di temuduga bawa bersama-sama resume yang lengkap, sijil-sijil dan gambar.

5. Jangan batalkan temuduga begitu sahaja. Jika tidak dapat hadiri, hendaklah beritahu sehari lebih awal. Supaya pihak syarikat tidak ternanti-nanti kedatangan kita.

6. Pakai pakaian yang sesuai ketika hadiri temuduga.




7. Setelah selesai hadiri temuduga, Jangan lupa hantarkan email terima kasih

8. Selepas 2-3 hari boleh follow up kembali status temuduga. Sama ada terpilih untuk interview seterusnya atau terpilih untuk bekerja.

Sumber: google dan Jobstreet ;)

5 comments:

  1. Nice sharing Linda...dah lama x pi interview,masih setia dengan kerja ni

    ReplyDelete
  2. Yang ambil tahu nama penemuduga tu, tak pernah praktis. Seram nak tanya nama, hehe. Tapi memang betul pun semua tips tu. Paling penting, datang awal supaya tak gabra bila sesat, kehkehkeh =D

    ReplyDelete
  3. Good sharing linda. Paling pantang bila candidate tak dtg atau dtg lambat tapi tak call bgtau. Kita ni jenuh dok tunggu, nak menjawab kat bosses kan. Yang jenis camtu, mmg blacklist terus

    ReplyDelete
  4. yg penting kena bersedia dan berkenyakinan

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers