RESIPI IKAN GERUT MASAK SAMBAL SANTAN BERSERAI

. RESIPI IKAN GERUT | Ikan Gerut Masak Santan Berserai Nak masak apa untuk menu malam nanti...

RESIPI IKAN GERUT MASAK SAMBAL SANTAN BERSERAI.

RESIPI IKAN GERUT | Ikan Gerut Masak Santan Berserai

Nak masak apa untuk menu malam nanti? Boleh cuba menu ini, senang, mudah dan cepat !!

BAHAN A
Bersihkan dan goreng garing ikan gerut (ke tepikan)

BAHAN B: Sambal
Segenggam cili kering (gunting dan rebus).
6 biji bawang merah kecil.
3 ulas bawang putih.
Halia - Sebesar ibu jari.
Lengkuas - Sebesar ibu jari.
Serai sebatang.

BAHAN C : Hiasan
1 biji bawang besar (layutkan sekejap dengan sambal)
Serai sebatang - di hiris.
Daun sup 3 helai -  di potong.
Daun bawang sedikit - di potong-potong.

Siap bahan A, terus kisar bahan B dengan sedikit air (tak ada air macamana nak kisarkan?). Siap kisar, terus tumiskan dengan sedikit minyak panas. Setelah sambal garing campurkan pula sambal tadi dengan air asam jawa sedikit dan garam. Dan, akhir sekali letakkan santan.

Sambal siap !! Jiruskan ke Ikan Gerut Goreng tadi di hiasi dengan bahan C.

Mudah,kan !! Selamat menjamu selera !!

You Might Also Like

1 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda