Kasut Zumba Murah Bawah RM100

   Kasut Zumba Murah Bawah RM100

 

 Kasut Zumba Murah Bawah RM100



Minggu lepas, teman daddy tournament badminton. Nampak ada kelas zumba kat tingkat atas. Dhia yang perasan dulu. Nampak orang berjoget-joget tu. Ajak mummy naik tingkat atas. Sudahnya 9.30 malam baru berkesempatan naik tingkat atas. Zumba pun dah habis.

Daddy bagi greenlight untuk mummy berzumba. Bila daddy ada badminton je la kot boleh pergi ! Malas nak keluar hari lain. Plan, nak kendong si Dzal. Dhia pulak, menari lah ko ! Nak sangat zumba,kan ! 

Kelas zumba pun tak masuk lagi, daddy dah suruh mummy tengok kasut untuk zumb. Kasut sukan lama banyak dah rosak. Rosak sebab lama tak pakai. Kenelah beli kasut baru nampaknya ! Mummy memang kedekut orangnya. Kalau boleh nak cari kasut RM50 tapi nak yang ada brand. Selagi tak jumpa yang murah. Selagi tu macam tak ada hati nak beli kasut baru.

 
  
Akhirnya jumpa kasut yang berbaloi, dari harga RM299 dapat diskaun 70% murah tak murah juga lah. Pejam mata, amek dan bayar je lah ! Sebab kasut ini, sesuai sangat dengan kaki kembang mummy. Kasut jenis lain, macam kurang nak bernafas. Bukan mudah nak cari kasut untuk orang yang berkaki kembang depan macam mummy. 

Oh ya ! Kasut New Balance zumba murah mummy yang berharga RM89 ini, beli di al-ikhsan Bandar Baru Bangi (area butik banyak-banyak tu).

Kisah zumba pula, nanti mummy cerita lagi di lain entri ya !

You Might Also Like

6 comments

  1. Wah memang murah tu Linda..
    Kalau akak pun rembat juga..
    Pejam mata jer ye ..
    Selamat berzumba lah ye Linda..

    ReplyDelete
  2. Wah...Mummy dah start zumba ni memang buat aunty jeles ni...hehehehe

    ReplyDelete
  3. wow mummy lynda nak berzumba kat mana tu..


    murah nya kasut ..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda