Pesawat EgyptAir MS804 Menuju ke Kaherah Hilang

15:29

Selepas Berlepas dari Paris | Pesawat EgyptAir MS804 Menuju ke Kaherah Dilaporkan Hilang Dari Radar



Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar | Semalam baru je mummy buat survey tiket kapal terbang untuk bercuti dengan keluarga. Kekonon, hari ini nak buat final decision dengan encik asben. Tak lama selepas berdiskusi. Terbaca pulak berita kes kapal terbang hilang. Baru je beberapa minggu lepas kes helikopter terhempas di negara kita. Ya Allah, macam-macam sekarang ini. Kali ini Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah hilang dari radars elepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam Selasa (waktu tempatan).


Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar



5 Kisah Tentang Pesawat EgyptAir MS804 Menuju ke Kaherah Hilang dari Radar


1. Jenis pesawat
Pesawat EgyptAir MS804 itu adalah jenis Airbus A320 dengan ketinggian 11.76 meter dan kelebaran 37.57 meter.

2. Laluan pesawat
Pesawat itu berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam (waktu tempatan) dan sepatutnya sampai di Kaherah pada pukul 3.15 pagi. Kapten pesawat dilaporkan mempunyai pengalaman sebanyak 6,000  jam penerbangan.

3. Jumlah orang dalam pesawat
Terdapat 56 penumpang dan 10 kru termasuk tujuh anak kapal dan tiga pegawai keselamatan dalam pesawat itu. Laporan awal mendedahkan penumpang termasuk dua orang bayi.

4. Tempat dan ketinggian
Pesawat EgyptAir MS804 berada pada ketinggian 37,000 kaki dan dilaporkan hilang sejurus selepas memasuki ruang  udara Mesir.

5. Kenyataan EgyptAir
EgyptAir, melalui laman Twitter rasminya berkata ia telah menghubungi pihak berkuasa berkenaan dan pasukan penyelamat sedang melakukan pemeriksaan.


Berita lain tentang Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar , boleh baca di SINI dan SINI

You Might Also Like

5 comments

  1. Nebes jugak masa kes Helicopter tu... dalam perjalanan balik dr KB - KLIA2 hu hu hu Alhamdulillah tak jadi apa-apa.

    ReplyDelete
  2. Semoga allah permudahkan buat mereka...Amin...

    ReplyDelete
  3. Allahu..pesawat hilang lagi..semoga selamat la semuanya...

    ReplyDelete
  4. Salam dari Blogger Sarawak.

    Done Follow #348..

    Jemput singgah ke blog saya ye..

    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.my

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab