Resepi Mudah Ramadhan 2016 Ayam Tandoori

08:30

Resepi Mudah Ramadhan 2016 Ayam Tandoori - Mummy memang peminat ayam Tandoori. Pagi-pagi bulan puasa ni ...gi kerja, lalu sebelah kedai mamak kawasan ofis ni. Boleh terliur nampak ayam tandoori tergantung. Seperti memanggil-manggil je. Huhuhu. Kene sabar banyak-banyak ni ! Terasa macam nak buat sendiri je ayam tandori ini. Belek-belek resepi, simpan dalam koleksi 30 Hari Resepi Mudah Ramadhan 2016 Ayam Tandoori. Nanti bebila senang nak buat.  

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ayam Tandoori 

Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ayam Tandoori


Bahan-bahan Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ayam Tandoori 



Setengah Ekor Ayam 
1 biji limau purut 
1 sudu besar halia (dicincang halus) 
2 biji bawang putih (dicincang halus) 
5 sudu besar yoghurt (mungkin mummy tak letak ini)
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 
10 gm jintan halus 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) 
Garam dan lada hitam secukup rasa 
2 sudu besar minyak sapi 



Cara Resepi Mudah Ramadhan 2016 - Ayam Tandoori


1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
2. Ayam dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
4. Hidangkan bersama roti atau nasi. Bersama-sama taburan bawang merah besar dan juga limau.

Perghhhh....memang tak pandang kiri kanan kalau dapat !

Dapat makan dengan cheese Nan pun sedap ni ! :)

Resipi asal dari facebook Masak Apa Hari Ini , tapi mummy dah edit ikut cara mummy

You Might Also Like

4 comments

  1. Antara faveret kalau lepak kat kedai mamak nie.. nyum2

    ReplyDelete
  2. wahh macam best je ni kalau buat untuk berbuka.. tq mummy Lynda..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya... Buat lauk bersahur best nie..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab