Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap

Selamat petang, masak apa tu? Ada yang nak masak sup ayam ke hari ini? Mummy ni, kalau hari kerja ...

Selamat petang, masak apa tu? Ada yang nak masak sup ayam ke hari ini? Mummy ni, kalau hari kerja memang pilih menu mudah masak je. Bagi mummy, masak sup ayam ni memang mudah dan membuka selera. Sup ayam ni sebenarnya bagus. Mummy pernah terbaca dalam satu artikel, kalau demam dan selsema buat sup ayam dan letakkan bawang lebih sedikit. Insyaallah cepat sembuh demam dan selsema tu nanti. Sup ayam ni bukan mummy je suka, daddy dan anak-anak pun suka hirup sup ayam tu ! Ok,,Seperti biasa menu masakan resepi mummy mudah-mudah je. Nak tahu resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap dari dapur Mummy Dhia dan Dzal? 


Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap


RESIPI SUP AYAM MUDAH DAN SEDAP DARI MUMMY

  • 1 biji bawang merah besar (hiris bulat-bulat)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk je)
  • 1 inci Halia (hiris kecil)
  • Rempah ratu 4 sekawan (buah pelaga,kayu manis, bunga lawang dan kayu cengkih). Daddy tak suka kayu manis, jadi mummy tak bubuh. 4 sekawan nii biasanya dalam sup bunjut yang beli tu dia letak sekali. Kalau beli sup bunjut tu, tak yah letak lagi dah ye.)
  • Garam sesedap rasa
  • Setengah Ekor Ayam (potong kecil)
  • Minyak masak ( dalam 3 sudu besar)
  • Air secukupnya
  • Sup bunjut
  • 2 biji kentang (sebiji potong 4)
Hiasan (hiris halus):-
  • Daun sup dan daun bawah
  • Bawang goreng


CARA MASAK SUP AYAM MUDAH DAN SEDAP


1. Gorengkan ayam dan asingkan. Daddy tak gemar makan sup ayam yang rebus gitu, dia suka goreng. Maka mummy yang menurut perintah masak mengikut citarasa suami :)

2. Tumis bawang, halia dan rempah 4 sekawan tu hingga naik bau.

3. Masukkan air, garam, kentang (sampai empuk) dan sup bunjut sampai didih.

4. Masukkan ayam goreng tadi.

5. Siap...Angakt dan taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng atas sup.

Mudahkan, masak sup ayam ni. Bagi yang bujang ke ada anak kecil ke. Sup ayam ni resepi paling mudah, senang dan cepat. Sedap pun sedap. Nak lawankan dengan nasi panas-panas ke mee kuning tau bihun pun boleh. 

Sup ayam ni boleh digandingkan dengan perahan limau kasturi dan sambal kicap cili api pun boleh perghhhhh! Bertambah lah makan nanti.




You Might Also Like

5 comments

  1. Sesekali kena sup memang sedap Linda..
    Segar jer badan menghirup kuah tu..
    ehhh memang nampak mudah lah..
    Boleh cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  2. Kebetulan akak nak buat sup ayam esok..boleh la cuba resepi linda ni

    ReplyDelete
  3. hmmmm yummy.
    ahad mlm nanti nak buat mihun sup la :)

    ReplyDelete
  4. First time jumpa resepi sup ayam yang ayamnya digoreng dulu.. unik nie..
    Macam mana ye agaknya rasa dia.. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  5. wah ... saya jadi ingin makan ni ketika melihat sop nya .....

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda