Pengkalan Kubor Kelantan Tempat Shopping Murah Zon Bebas Cukai

Ada yang panggil Pengkalan Kubor, ada juga panggil dengan Pengkalan Kubur. Tak kisah ejaannya maca...

Ada yang panggil Pengkalan Kubor, ada juga panggil dengan Pengkalan Kubur. Tak kisah ejaannya macamana. Yang pastinya..majoriti kaum wanita kenal dengan Pengkalan Kubor. Baru-baru ini, kami sekeluarga bercuti 3 hari 2 malam ke Kelantan City Tour (boleh baca entri lain di SINI dan SINI ). Sempat juga ke Pengkalan Kubor yang tak jauh dari hotel kami menginap di Kota Bahru Kelantan. Dalam lebih kurang 7KM sahaja jaraknya. 

Lama juga mummy tak ke Pengkalan Kubor. Kali terakhir, rasanya 5 tahun yang lalu mummy jejakkan kaki ke Pengkalan Kubor.

Kaum wanita paling suka dengan Pengkalan Kubor sebab ada macam-macam di jual disini dengan harga yang agak murah. Dari barangan dapur, pakaian, permainan anak, makanan, minuman, cadar, toto, dan banyak lagi.

Pengkalan Kubor Kelantan Tempat Shopping Murah Zon Bebas Cukai



Yeayyy..Kami dah sampai di Pengkalan Kubor. Berempat ke Pengakalan Kubor di tahun 2016. Eh, napa gambar ada 3 orang. Hehehe Dhia sedang tidur dalam stroller. So, selfie bertiga je la.

Walaupun kami sampai pada waktu pagi di Pengkalan Kubor..cuaca di sini tetap terik. Mungkin ianya berhampiran dengan negara Thailand. 

Mummy dok ambil video live dari facebook, rupanya tak boleh save video tu. Huhu bertabah lah. Kalau korang nak tengak pi kat SINI ye :)

Pekena Aiskrim Baba di Pengkalan Kubor Kelantan Tempat Shopping Murah Zon Bebas Cukai





Aiskrim ni macam ABC tapi, tak pakai ais semua aiskrim 100%. Mummy up status kat facebook Aiskrim campur. Lepas tu, ada sahabat positif datang komen. 

Aiskrim Baba ini..owh ! baru Mummy tahu Aiskrim Baba ni, aiskrim femes kat Pengkalan Kubor. Patut la nak belinya pun berebut-rebut.

Ramai datang beli kat gerai aiskrim baba. Boleh letak pulut, nata de coco, kacang, jelly, cincau dan macam -macam lagi.

Mummy pilih Aiskrim Baba kecil tanpa pulut. Berharga RM3 satu cawan.

Beli Mainan Anak di Pengkalan Kubor Kelantan Tempat Shopping Murah Zon Bebas Cukai



Selain itu, sempat belikan mainan anak-anak. Cash register biasanya kami jumpa harga dalam RM80 ke atas. Di sini 60% lebih murah. Aumss.

Cadar dan toto pun murah saiz Queen dalam range harga RM42-50. Cadar dan toto King pula dalam harga RM60.

Tawar menawar harga cadar comforter King RM50 tak dapat :( so...tak jadi lah beli.



Buah-buahan pun murah..anggur 1kg RM8, walaupun kecil comel. Tapi..manissss

Buah tangan kacang Koh Kae, Asam, beras pulut juga sempat kami rembat.

Pada yang nak pi sini, bawa duit banyak-banyak tau. Kalau tak nanti menyesal tak sudah. Tak dapat beli huhuhu.

You Might Also Like

10 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda