FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH

Benarkah Friso Gold Bantu Anak Kami Kuat Dari Dalam Dan Tidak Menganggu Aktiviti Luar Anak? Sebelum mummy bercerita panjang tentang Friso...

Benarkah Friso Gold Bantu Anak Kami Kuat Dari Dalam Dan Tidak Menganggu Aktiviti Luar Anak? Sebelum mummy bercerita panjang tentang Friso Gold bantu anak kami kuat dari dalam ketika beraktiviti luar rumah. Mummy nak kenalkan latar belakang diri mummy terlebih dahulu. Walaupun mungkin ada di antara pembaca blog mummy dah kenali siapa mummy. Kita berkenalan sekali lagi lah, ye.. Mummy adalah seorang ibu yang berkerja sepenuh masa mempunyai dua orang anak Dhia Batrisya (3 tahun) dan Dzal Aidi Fiqry (2 tahun). Anak-anak kami sama seperti kanak-kanak lain gemarkan aktiviti bermain. Lagi-lagi, apabila bermain dan beraktiviti di luar rumah. Bagi mummy, bermain dan beraktiviti di luar rumah adalah aktiviti yang terbaik buat Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Kerana mereka lebih seronok dapat lihat dunia luar, dapat bernafas dalam udara segar dan boleh bermain bersama rakan lain.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH

Pengalaman membesarkan anak-anak pula..memang sangat mencabar, tapi sebagai mummy. Kita harus kena kuat dari fizikal dan mental. Mummy juga tahu kewajipan seorang mak dan tak pernah lupa untuk berikan yang terbaik buat anak-anak.

Ye lah kan..budak zaman sekarang ni, sangat cerdik. Dah pandai meminta nak main di luar rumah, pandai nak buat aktiviti itu ini. Sampai kadang-kadang tu, mereka seakan-akan tak hiraukan cuaca sedang panas atau sedang hujan. Nak main, tetap nak main !


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH

Permintaan mereka itu, membuatkan mummy serba salah. Terpaksa berkali-kali fikir. Patut atau tak patut akurkan permintaan mereka itu. Kalau tunaikan , nampak macam mummy ambil endah tak endah perihal anak-anak. Jika tak ditunaikan, takut terbantut pula perkembangan anak-anak.

Bila di tambah tolak, mummy harus berfikir secara rasional dan pandang pada sudut positif. Mummy harus ada sifat bertolak ansur dalam permintaan anak juga. 

Adalakanya kita harus mengatakan TIDAK dan adakalanya kita harus katakan YA pada permintaan mereka.

Tidak semestinya, pendapat kita sahaja yang betul..walaupun kita lebih makan garam dari anak.

Baru-baru ini, mummy telah tunaikan permintaan anak-anak untuk beraktiviti di luar rumah. 

Nak tahu apakah aktiviti luar rumah anak-anak kami? Jom kita lihat, apa aktiviti luar Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry yang telah mummy turutkan.

LUMBA BASIKAL DALAM HUJAN 

Dhia dan Dzal kerap mengajak mummy temankan mereka bermain basikal di luar rumah. Tahu-tahu sahajalah, sekarang musim hujan. Main di luar nanti, kena hujan pula. Boleh demam !

Tetapi, berbasikal adalah satu aktiviti yang sangat bagus untuk proses tumbesaran Dhia dan Dzal.

Dengan bermain basikal, mereka dapat menggunakan seluruh anggota badan ketika bermain. Dari kepala hingga ke kaki. 

Mereka juga dapat berfikir secara kreatif bagaimana untuk membelok, bawa laju dan bawa basikal secara perlahan-lahan.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Oleh kerana ini adalah aktiviti yang bagus di luar rumah...mummy mengatakan "YA" dan menyokong anak-anak bermain lumba basikal dalam hujan di luar rumah. 

Jika hujan sekali pun tak mengapa. Selepas bermain, boleh mandi dan mencuci badan.



Tengoklah tu, mereka berdua sangat seronok bila berpeluang sebegini.


MAIN BALING SELIPAR PADA WAKTU HUJAN ! 



Nampak lopak air je..pasti Dhia dan Dzal suka pijak-pijak. Rasanya, semua budak ada sifat yang sama dengan anak kami. 

Aish..kadang-kadang geram pun ada. Mana tak geram, kita tak tahu bersih ke tidak air lopak tu kan.


Memang rasa nak marah, tapi bila mummy fikir kembali. Sampai bila lah nak marah anak-anak ni. Bila lagi, mereka nak merasa main lopak air ni, kan. Takkan dah besar tua bangka macam mummy nak main lopak air.

Tak mengapa la..sekali sekala, kita bagi mereka merasa bermain sebegini.



FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH

Ha..sambil Dhia dan Dzal main baling selipar, sambil boleh pijak segala lopak air yang ada.

Seronok?
Tentulah, mereka seronok bila dapat lampu hijau sebegini !

FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Permainan baling selipar adalah antara permainan aktiviti luar mummy dan jiran di kala zaman mummy kecil. Kini, kita berikan pengalaman ini pada Dhia dan Dzal.



Permainan ini sangat bagus untuk anak-anak kerana dapat membantu tambahkan tingkatkan daya keyakinan, pemikiran, stamina Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ketika bermain di dalam hujan.


MANDI KOLAM RENANG BERENANG SENDIRI 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH

Selain bermain dalam hujan, aktiviti luar yang biasa mummy bawa ialah mandi kolam renang. Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry memang minat mandi di kolam renang. 

Cerita bab berenang, dulu mummy pernah merancang nak masukkan anak-anak ke kelas renang.

Bila di fikirkan komitment masa, terus tak jadi. Macam daddy mereka, tak ada ke kelas renang pun, boleh berenang. Dari situ timbul keyakinan mummy bahawa anak-anak akan berani berenang sendiri bila mereka kerap di dedahkan ke kolam renang.

FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Tekaan mummy hampir tepat. Tengoklah Dhia Batrisya tu, dah pandai suruh mummy keluar dari kolam renang. Nak belajar berenang sendiri. 

Dhia juga tak mahu lagi berenang menggunakan pelampungnya. Dhia Batrisya juga dah berjaya menyelam beberapa saat.




Aktiviti berenang dan mandi di kolam renang, dapat membantu tambahkan stamina Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry. Selain mencergaskan badan dan meningkatkan keyakinan diri anak-anak. 

Ianya juga dapat kuatkan sistem kardio-respiratori.


MELUKIS DAN MEWARNA DI LUAR 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Umur seperti Dhia dan Dzal ini..mereka dah boleh keluarkan idea kreatif melukis dan warna. Memang mummy praktikkan mereka melukis di kertas kosong.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Tetapi, mereka kadang-kadang terlebih kreatif buat mural sendiri di dinding rumah. Marah? Mahu terencat proses pembelajaran anak. Terus tak mahu melukis dan mewarna kerana fobia.

FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Muka Dzal dah lain macam.. takut kena marah lah tu. Rasanya, tak perlu nak marah-marah melulu terhadap anak. Tapi, mummy berikan nasihat secara positif juga.




Mereka menconteng dinding mungkin kerana meraka dah mula ada perasaan bosan melukis dalam rumah melalui kertas.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Kali ini, mummy tukar pengalaman mereka. Bawa mereka melukis dan mewarna di luar rumah pula.

Melukis dan mewarna adalah aktiviti yang bagus untuk anak-anak kerana ianya dapat merangsang daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. 

Mummy juga tidak lupa untuk berikan pujian dan kata-kata positif ketika mereka selesai mewarna dan melukis. Untuk menaikkan semangat mereka dan pupuk minat mereka dalam melukis dan mewarna.


BERMAIN DENGAN HAIWAN 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Minat kedua-dua adik beradik ini sama. Mereka sukakan haiwan seperti kucing. Mummy tak pernah nak melarang mereka bermain dengan kucing atau apa-apa haiwan jinak sekali pun.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Pendedahan mereka kepada haiwan dapat mengajar Dhia dan Dzal belajar sifat sayang menyayangi dan berani.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Bermain dan perkenalkan mereka dengan haiwan dapat melatih anak supaya kuat dari aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal.



Cerita bab aktiviti luar atau anak bermain kotor di luar rumah. Mummy tak risau ke anak jatuh sakit? Malah, sistem penghadaman pun boleh terganggu?



FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Eh..eh..ye ke? Boleh percaya ke kenyataan gitu? 

Bila cerita bab tumbesaran, khasiat pemakanan dan bab kesihatan anak adalah perkara sangat sangat penting. 

Mummy akan pastikan pemakanan mereka seimbang dan berkualiti. 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Bagaimana anak-anak kuat dari dalam? Antara satu anak-anak kuat dari dalam adalah kerana faktor pemakanan dan penghadaman.

Pemakanan anak-anak sangat penting untuk tumbesaran dan juga berikan mereka kekuatan. 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Anak-anak dah putus susu badan "wean off breastfeeding". Mulai dari itu...mummy terus mencari susu formula sebagai makanan tambahan untuk tumbesaran sihat kuat dari dalam buat Dhia Batrisya dan adiknya Dzal Aidi Fiqry. 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Mummy mempercayai Friso Gold. Sebab itu, mummy sentiasa bekalkan anak-anak dengan Friso Gold. 


Kenapa mummy memilih Friso Gold? 

Siapa yang tak kenal dengan Friso Gold, satu-satunya susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang 100% diimport terus daripada Belanda dan ianya telah dipastikan secara rapi dalam penjagaan di setiap langkah proses untuk memberikan nutrisi kepada anak kami.


Friso Gold menampilkan warisan Friso Gold Nature & Science (dihasilkan oleh alam semulajadi, ditambah baik dengan sains). 


Kalau nak tahu lagi kenapa dan sebab apa mummy memilih susu formula Friso Gold, jom teruskan membaca...

6 SEBAB HARUS MEMILIH SUSU FORMULA FRISO GOLD



FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


1. Friso Gold di import dari Belanda (Holland) yang menghasilkan susu terbaik dari hasil ternakan baka lembunya sendiri.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


2. Friso Gold mementingkan semua nutrient penting untuk kanak-kanak membesar dengan sihat, baik dan kuat dari dalam.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


3. Friso Gold mempunyai 6 khasiat penting iaitu GOS, Vitamin B6, Vitamin C , Selenium, Zink (amat penting untuk pertumbuhan), DHA dan AA dihasilkan oleh alam semulajadi dan ditambah baik dengan sains. 


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH

4. Friso Gold memastikan penjagaan rapi di setiap langkah dalam proses untuk memberikan nutrisi kepada anak.





5. Friso Gold juga mempunyai Teknologi LocNutri™ direka untuk mengatasi masalah penghadaman anak. 


Teknologi ini, menggunakan sedikit haba semasa pemprosesan penghasilan susu formula agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya. Dengan itu, nutrien mudah diserap secara efektif oleh badan.


FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


6. Friso Gold mempunyai Protection Lid, yang lebih hygienic dan mudah di simpan.


Selain itu, mummy paling suka dengan Friso Gold sebab dapat membantu anak kami dan kanak-kanak di luar sana kuat dari dalam ketika proses pembelajaran dan bermain. 

FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Apabila anak-anak berada dalam keadaan yang baik, mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badan mereka juga akan bertambah baik. 



FRISO GOLD : BANTU ANAK KUAT DARI DALAM KETIKA AKTIVITI DI LUAR RUMAH


Secara automatik.. anak-anak kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama seisi keluarga !

You Might Also Like

2 comments

  1. saya pun tak pernah kata tidak dengan anak.. kecuali perkara yg sangat merbahaya..

    ReplyDelete
  2. Wah seronok tengok cara Linda melayan anak-anak.. Tahniah Linda 😘

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -