Shoplinks.Asia

RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT

Selalunya mummy buat sambal belacan perah limau kasturi. Oleh kerana, batuk ni tak baik-baik lagi. Mummy kurangkan pengambilan limau kastur...

Selalunya mummy buat sambal belacan perah limau kasturi. Oleh kerana, batuk ni tak baik-baik lagi. Mummy kurangkan pengambilan limau kasturi. Lagi pun ia berasid, sian gastrik daddy tu. Jadi, kali ni..mumy buat sambal belacan perah lemon.

Kenapa mummy gunakan lemon? Lemon ni bersifat alkali. Bagus untuk kurangkan kahak batuk. Banyak lagi kelebihan lemon. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google. 

 RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT

SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT


Pertama kali mummy buat sambal belacan perah lemon. Boleh tahan juga sedapnya, wangi je sambal belacan tu hehehe.

Resepi Sambal Belacan Lemon mummy ni mudah dan senang je. Cepat pun cept buatnya.

RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT


Setengah genggam cili api
2 hiris bawang besar 
Sedikit bawang putih
(Mummy memang tak berapa suka sambal belacan yang kuat rasa bawang. Sebab tu tak letak banyak)
Sedikit halia
Sedikit belacan yang dah di bakar (sebesar duit 50sen)
3 hirisan lemon

 RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT


CARA BUAT SAMBAL BELACAN LEMON

Cara buat sambal belacan lemon ni mudah je. Tumbukkan semua bahan kecuali lemon. Hingga agak-agak hancur.

Siap tumbuk. Perahkan hirisan lemon. 

Mummy lawankan sambal belacan lemon dengan sup sayur dan ayam goreng.


You Might Also Like

5 comments

  1. Owh Wow! sedapnya sambal belacan. Makan ngan nasi panas-panas, cicah dengan ikan kembung goreng. Kalau tak tambah tak sah!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try lagi guna lemon. Macam menarik ni. Heheh

    ReplyDelete
  3. nampak sdp la kak lin. sesuai utk org yg ada gastrik ni sbb pakai lemon.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -