Shoplinks.Asia

5 TIPS BUAT PASSPORT BAGI YANG ADA ANAK KECIL DI UTC PUDU KUALA LUMPUR

5 TIPS BUAT PASSPORT BAGI YANG ADA ANAK KECIL DI UTC PUDU KUALA LUMPUR. Hi semua..Tadaaaa. Passport kami anak beranak dah siap ! Kami nak...

5 TIPS BUAT PASSPORT BAGI YANG ADA ANAK KECIL DI UTC PUDU KUALA LUMPUR. Hi semua..Tadaaaa. Passport kami anak beranak dah siap ! Kami nak ke mana ? Haaaa.. Bab tu, kena tunggu dulu ye. Entri kali ini, mummy cerita pasal passport dulu. 

5 TIPS BUAT PASSPORT BAGI YANG ADA ANAK KECIL DI UTC PUDU KUALA LUMPUR.

Buat passport kali ini. Mummy memilih buat passport di UTC Pudu Kuala Lumpur. Sebabnya? Tak jauh dari rumah kami, dari Kajang ke UTC Kuala Lumpur. 

Pada awalnya, mummy tak tahu pun. Passport boleh di buat di UTC. Dulu kala, mummy buat passport di Imigresen Kajang je.

Tapi, bila ada UTC ini rupanya lagi senang. Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur ni terletak di Tingkat 2, Bangunan Pudu Kuala Lumpur. Di buka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam. Cuti umum je tutup. Maknanya, cuti Sabtu dan Ahad pun boleh pergi.

Mudahlah kami nak buat passport. Kat entri kali ini, mummy nak share kan 5 TIPS BUAT PASSPORT BAGI YANG ADA ANAK KECIL DI UTC PUDU KUALA LUMPUR.




5 TIPS BUAT PASSPORT BAGI YANG ADA ANAK KECIL DI UTC PUDU KUALA LUMPUR


1. Pakaian berwarna gelap. Tapi, kalau tak ada pakaian gelap, pun tak pe Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur ada sediakan blazer, tudung yang berwarna gelap. Cuma, kalau anak kecil tu tak di sediakan baju warna gelap. Alternatifnya, munglin boleh pakai tudung warna gelap dan di sarungkan pada anak kecil.

2. Yang ada anak kecil, tak perlu bawa gambar sesiap. Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur tak terima gambar passport siap. Semua gambar amek / snap di Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur je.

3. Kisah beratur di Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur , yang ada anak kecil macam mummy terus ke pintu utama. Tak perlu beratur di line biasa. Sebab di papan notis Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur  ada di tulis 'beri laluan pada anak kecil / warga emas' .

4. Amek nombor giliran di barisan khas untuk yang ada anak kecil / warga emas / OKU / masalah kesihatan. Tunggu sehingga nombor giliran di panggil. Macam mummy, kami dapat menumpang nombor giliran anak-anak. Tak menunggu lama, masa buat passport di Pejabat Imigresen di UTC Pudu Kuala Lumpur .

5. Jangan lupa sesiap bawa surat beranak anak, MyKid anak, passport lama (jika ada). Selesai di panggil untuk ambil gambar dan isi butiran. Tunggu nombor yang sama di panggil untuk membuat pembayaran. Selesai pembayaran. Dalam masa 1 jam passport SIAP !

Sementara tunggu passport siap. Kami makan dulu di tingkat 4 UTC Pudu Kuala Lumpur .





You Might Also Like

6 comments

  1. haiii anak-anak nak p berjalan kemana tu.. cikna nak ikut jugak

    ReplyDelete
  2. Comel aje gambar passport baby

    ReplyDelete
  3. Alololo..comel je gambar passport baby. Bestnye ada fast lane bila bawa anak kecik. Senang la nak buat passport kalau macam tu.

    ReplyDelete
  4. ala..comel je gambar baby tu..

    ReplyDelete
  5. haa..nak pi mana tu buat passport dah si kecil..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -