SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL -  Alhamdulillah, sejurus je Kementerian Pelajaran buka portal untuk pendaftaran online tahun 1 bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2014. 2 hari selepas itu, mummy terus cepat-cepat daftar online kemasukan darjah 1 untuk Dzal. Ye la, kekadang kita ni sibuk buat itu dan ini. Ada masa boleh terlupa benda yang penting. 


Kebiasaannya, benda yang tersangat penting ni. Mummy tak ajar diri untuk berlengah. Sebab bila bertangguh nanti, takut ada perkara yang tak di ingini berlaku seperti website tak boleh masuk, di opis pulak ada kerja urgent berhari-hari. 

Tak ke naya?? 


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL 


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Seawal pagi, sebelum masuk ofis..mummy singgah terus sekolah untuk Dzal. 

Untuk menghantar beberapa dokumen yang sekolah kehendaki. 

Alhamdulillah, tak ada siapa pun datang mendaftar masa kedatangan mummy di sekolah. Parking senang, urusan pun senang je  

Syukur.. MUrusan mummy berjalan dengan lancar je. 

SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Selepas siap mendaftar kemasukan darjah satu tahun 2021. Semua borang tersebut hendaklah di cetak (print).

Antara dokumen yang perlu di bawa ke sekolah pula :-

Borang yang telah di cetak
Surat beranak anak (asal dan fotostat) 
Salinan kad pengenalan ibubapa / penjaga
Sslinan sijil perkahwinan ibubapa 
Bil air / elektrik (asal) 

Kesemua checklist ni ada dalam portal Kementerian Pelajaran (permohonan kemasukan darjah 1)


SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL

Yeaaaayyy... Selesai pendaftaran kemasukan darjah 1 tahun 2021 untuk Dzal. 

Malam sebelum tu, masa nak siapkan dokumen. Ternampak surat beranak Dhia. 

Dhia pun daftar darjah satu tahun 2020 tarikh yang sama juga 6 Mac.

Tarikh sama ni... Semua berlaku tanpa di rancang. Allah sebaik-baik perancang !

6 comments on "SELESAI DAFTAR DARJAH 1 TAHUN 2021 UNTUK DZAL "
  1. Yeay...dah daftar untuk Dzal..sekejap aje masa berlalu dah nak masuk darjah satu dah Dzal kan...tak lama nanti sekolah menengah plak...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan pembelajaran Dzal nanti.

    ReplyDelete
  3. good sharing kak. tahun depan turn kami pula register persekolahan anak.

    ReplyDelete
  4. Ana pun selesai daftar utk Syafi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. dah selesai.. Senang settle awal..

    ReplyDelete
  6. Sekarang nie boleh dikatakan semua daftar online kan. Lega kalau dah siapkan semua awal-awal kan Linda.. Kak Sue pun tak suka bertangguh..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com