Hotel Bizz Murah dan Jimat di Batu Pahat yang di kenali sebagai 1 Malaysia Budget Hotels yang terletak berhampiran Bukit Pasir Batu Pahat Johor
Kalau mencari tempat bermalam hanya untuk bermalam. Pilihan kami mestilah yang berbaloi dari segi harga dan keselesaan penginapan. Paling saya suka dengan Hotel Bizz Batu Pahat atau di kenali sebagai 1 Malaysia Budget Hotels ini ialah penjunjung boleh melihat CCTV parkir kereta di monitor television. Keselamatan kereta kita dapat kita lihat sendiri.
Yang keduanya saya suka dengan Hotel Bizz Batu Pahat atau di kenali sebagai 1 Malaysia Budget Hotels ini kerana terdapatnya katil KING size. Tak semua hotel di Malaysia mempunyai katil king size pada harga yang murah. Kami dapat harga bilik ini dengan RM88 sahaja (peak season, king size bed).
Bilik katil king size di kenali sebagai BIZ DELUXE
Kami menginap di bilik 312 di Hotel Bizz Batu Pahat atau di kenali sebagai 1 Malaysia Budget Hotels
Kalau masuk bilik baru, anak-anak mesti buat inspection ke sana sini. Lompat sana sini. Lompat katil tu perkara wajib bagi anak-anak setiap kali masuk hotel. huhu macam tak pernah tidur atas katil je gayanya ye ;)
Macam mummy dorang ni. Bila check in pun ke saa sini juga. Tapi, gi sana sini untuk amek gambar ;)
Kami menginap dua malam di Hotel Bizz Batu Pahat atau di kenali sebagai 1 Malaysia Budget Hotels. Malam kedua bilik katil size king dah penuh (BIZZ DELUXE). Terpaksa ambil bilik katil Queen size. Kami berpindah dari tingkat 3 ke tingkat bawah (Ground Floor). Dan, salah satu sebabnya pilih tingkat bawah, sebab tak larat nak naik turun tangga. Hotel ini tak ada lif. Tapi, kali ini kami tak kisah bab lif sangat. Sebab kami nak hotel berhampiran dengan rumah nenek dan hotel ini hanya untuk tidur semata-mata sahaja.
Bilik tingkat bawah ini, kami tak rekemen sangat. Tingkat bawah biliknya tiada tingkap dan terkepung. Bilik ada berbau kepam sedikit, perabut pun ada di naiki kulat dan penghawa dinginnya kadang-kadang keluarkan air macam ala-ala gerimis. Sian anak-anakku tidurnya terganggu. Patut pun, pihak hotel berikan kami tilam extra, bantal extra dan ironing set tanpa bayaran. Kiranya boleh di terima penghargaan sebegini ;)
Kenapa tak tukar bilik lain? Sebab kami balik bilik pun dah tengah malam. Anak-anak pun dah mengantuk. Tak mahu mengganggu waktu tidur anak-anak. Keesokkan hari kami nak sambung beraya dan bertolak ke Taiping kampung halaman encik suami. Jadi, amat penting menjaga waktu tidur anak-anak supaya keesokkan harinya mereka anak segar.
Jika anda tercari-cari hotel murah dan bajet dari RM68 semalam yang selesa, bolehlah berkunjung ke hotel ini:-
Bizz Inn & Hotel
No.9, Jalan Maju, Taman Maju 83000 batu Pahat Johor
Tel: 07 - 4385000
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
yang penting anak2 tak meragam kan..
ReplyDeleteMurahnyaa tambah pualk selesa memang berbaloi
ReplyDeletemurah jugak tu... xsangka ye, raya2 pon bilik full.. huhu.. rumah nenek kat bp rupanya..
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com