Apabila raya sudah hampir, kita akan sibuk dengan
persiapan raya serta persiapan balik ke kampung. Persiapan untuk ubat anak-anak
juga adalah penting. Kami pernah berpengalaman anak dan dadyy budak-budak ini
demam pada hari raya. Kebanyakkan klinik tutup dan ada yang beroperasi beberapa
jam. Maka, memang kelam kabut google sana sini mencari klinik terdekat. Setiap
kali bercuti atau balik kampong. Persiapan ubat standby amat perlu bagi kami
terutama di hari lebaran.
Bila kita tak jumpa klinik. Alternatif lain,
hanyalah dengan membeli ubat di kedai atau farmasi berdekatan.
PENGAMBILAN DOS UBAT YANG BETUL UNTUK KANAK-KANAK
Untuk dos yang sesuai bagi kanak-kanak, hanya
disyorkan untuk merawat demam dan dos ubat yang lebih kecil diberikan
berbanding dos dewasa. Pilihan dos ubat mestilah disesuai kan dengan umur
pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi
memudahkan pengambilan ubat.
Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat
kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg.
Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg dos
sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambil setiap 4 jam dengan maksimum empat
kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah
100mg setiap kg berat badan.
Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna
kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml.
Jika kekuatan paracetamol adalah 100mg/ml pula, ia
memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?
CONTOH
PENGIRAAN
Berat 10kg : dos diperlukan ialah 10kg x 10mg =
100mg
• Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat
50mg paracetamol
Dos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg = 2 ml
Begitulah seterusnya untuk sirap paracetamol
kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Boleh gantikan
pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak.
Tambahan: Selang waktu pemberian ubat kepada anak
ialah empat atau enam jam sekali
bergantung kepada suhu semasa. Pastikan badan anak sentiasa dibasahkan dan
kerapkan mandi.
Cara
Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak
Apakah jenis peralatan yang diperlukan?
Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan
berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak
Bagaimana
memilih jenis persediaan?
Pemilihan
teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk
menelan ubat.
Persediaan cecair.
Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia
berusia 1 tahun
Cara pemberian
- Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
- Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
- Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
- Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
- Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
- Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan
Kanak-kanak yang berumur di antara 1
tahun hingga pra-sekolah.
Panduan pemberian
- Campurkan ubat dengan puding.
- Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
- Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
- Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
- Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.
Kanak-kanak sekolah
Panduan pemberian.
Dalam
kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan
ais krim atau puding. Jangan
benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa
Apakah yang perlu anda lakukan jika anak
anda muntah?
Jika
anak anda memuntahkan ubat. Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian
ubat dengan dos yang sama. Berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.
Bagaimanakah cara menghancurkan ubat biji?
Bila
anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli
alat pemecah ubat. Bila
ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan
belakang sudu di atas sekeping kertas
Bagaimanakah
cara melarutkan ubat?
Ikut
seperti arahan yang tertera di bungkusan ubat.
Jika
anda kurang pasti tentang arahan ini, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta
arahan bertulis.
Sumber : SINI
untuk masalah obat ni .. haruslah betul - betul diperhatikan
ReplyDeletekalau penyakit berpjgan
ReplyDeletekena jumpa DR jg
bahaya kalau main taram jew bagi anak makan ubat. Lagi-lagi dapat anak yang suka makan ubat memang kena sorok
ReplyDeleteBukan suka-suka je nak bagi ubat ke anak kan?
ReplyDeleteSenang plak nampak Daim makan ubat..kalau si Aidan ngan Opick memang seksa nak bagi..kena bedung dulu...pas tu baru suap guna syringe..itupun banyakj keluar dari masuk
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com