Antara persiapan sebelum pulang ke kampung yang tak siap-siap ialah mengemas kain baju. Ha! nampak tak lambakkan baju di mana-mana sahaja tu. Baru nak lipat baju, yang sorang ni tolong buka lipatan. Tengah nak masukkan baju dalan beg, sorang lagi main beg pulak. 3 hari pun tak siap mengemas lagi. Bukan senang o...nk balik ke kampung ni. Lelagi mummy nak kene pikir. Nak pakai baju warna apa, bape pasang baju tidur nak bawa, baju siang, baju main, baju mandi, pempes nak bawa berapa beg, nak bawa mainan yang mana satu...ni baru tang anak-anak. Memang barang anak yang wajib siapkan dulu.
Baju daddy dorang pun kene setelkan juga, anta gosok. Erm...mummy memang failed bab gosok baju melayu. Takat gosok biasa-biasa tu boleh lah. Nak licin dan side tu kasik tajam satu line. Mahu 1 jam kot, siap!
Bila menyiapkan dan mengemas baju anak-anak yang nak di bawa balik ke kampung. Baru perasan, baju tidur anak bujang tu dah banyak yang buruk. Almaklumlah, banyak pakai baju tidur turun temurun je. Ada yang dari sepupu-sepupunya dan ada yang dari kakaknya. Nak ajak daddy ke Jusco. Daddy macam di landa demam, dah tak boleh bangun dah. Lagi pun dua malam daddy tak tidur mengemas rumah. Kasi chance daddy tidur dan rehat. Nasib baiklah ada pasar malam depan rumah. Apa lagi, kasi angkut 2 orang anak, bawa gi pasar malam. Sorang kasi kendong baby wearing dalam SC dan sorang lagi duduk dalam stroller. Mummy korang nk shopping baju. Tak leh bagi dorang ni bebas turun. Tak terkejar mummy ni nanti. Sudahnya dapat sempat beli 4 helai ini sahaja. RM20. Kalau ikut hawa nafsu, banyak lagi mummy nak borong. Lepas raya lah kita borong lagi untuk si kakak tu (Dhia). Dhia dah panjang, banyak baju tidurnya dah singkat.
Antara lain persiapan sebelu pulang ke kampung. Beli jajan!! Wajib ko! Nanti nak hadap jem,kan. Haruslah ada benda nak kunyak-kunyah. Tapi, bukan untuk kunyah di siang hari. Puasa!! Anak boleh la kot bagi dorang kudap-kudap waktu siang. Dorang pun boring gak hadap jem tu. Kami suka memilih perjalanan tengah malam atau awal pagi. Senang nak handle budak-budak ni.
Persiapan lain sebelum pulang ke kampung. Ubat-ubatan mesti ada! Serik ooooo! 2kali Syawal daddy dan anak-anak pernah kene demam. Sampai 40C. Klinik memang banyak yang tutup di hari raya. Kali ini, kita siap-siap amek ubat baru. Fresh dari klinik. Ubat untuk mummy daddy dan anak-anak juga. Kat Taiping pun, dah mintak adik ipar standby kan ubat juga.
Inilah antara beberapa persiapan kami sebelum pulang ke kampung ;)
Anda bagaimana? ;)
selamat hari raya ;) jemput singgah
ReplyDeleteTang persiapan ubat tu bagi yatie THIS IS RARE! Hehe. Semoga lancar perjalanan balik kampung linda. Selamat hari raya.
ReplyDeletehaaaa.. kte x pack apa pun lagi.. malam ni bersengkang mata la mengemas barang...
ReplyDeleteslamat hari raya kak linda.. :D
betul tu, petua bawa ubat tu memang teman sokong 200%
ReplyDeleteselamat hari raya kak. hehee. seronoknyaaa balik kampung ada suami anak anak ni. kihhkihh
ReplyDeleteWelcome Back to Taiping :-) apepun, tips1 yg sangat berguna..mcm kami, kalu bab2 ubat ni, selalu spare ubt bontot, koolfever, minyak yu yee dgn termometer...tp kena blajar ski
ReplyDeleteLynda, jangan anak comel tu terbungkus sekali dalam beg tu udah la ya :D
ReplyDeleteeheheh yang sorang tu nak masuk luggage skali eh =D
ReplyDeleteselamat hari raya naaa..
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com