SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

Bermula dah cuti panjang bagi yang bekerja secara 'office hour'. Apa aktiviti semua cuti panjang? Ke mana? Mummy cuti terlebih panjang sedikit hujung tahun ini. Tapi, sepanjang cuti ni..ada macam-macam program bersama anak-anak.

Salah satu program cuti kami ialah buat seni kraf turki. Terima kasih ZooMoo kerana merapatkan lagi hubungan kami anak beranak di cuti panjang ini

SENI KRAF BUAT AYAM TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !


SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

Anak-anak dah excited tak sabar buat seni kraf. Antara barangan lain yang di terima dari pihak ZooMoo. Set alat tulis, buku, peralatan mewarna, gunting, gam dan barangan membuat senikraf turki.

SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

MUDAHNYA BUAT AYAM TURKI BERSAMA ZooMoo !


Bahan-bahan untuk membuat turki ada dalam ni. Tinggal nak tampal-tampalkan sahaja


SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

Selalu, mummy bagi anak-anak belajar tampal stiker sahaja. Kali ini, mummy berikan mereka belaja menampal dengan gam pula.

SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

Tadaaa...siap dah ayam turki anak-anak. Memang seronok sangat Dzal dengan Dhia tau dapat buat hasil seni sebegini.

Mummy pun seronok dapat bersama anak-anak di musim cuti. 

SENI KRAF BUAT TURKI BERSAMA ANAK-ANAK. TERIMA KASIH ZooMoo !

Terima kasih ZooMoo. Merry Christmas and Happy Holidays to you and to all my readers of www.azlindaalin.com

ZooMoo ini merupakan channel televisyen kegemaran anak juga. Banyak merwka belajar tentang haiwan di situ.

Kalau nak tahu lanjut lagi tentang ZooMoo. Boleh layari :



RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT

Spaghetti Aglio Olio untuk minum petang mummy. Mudah dan senang sebenarnya nak buat Seafood Spaghetti Aglio Olio. Tapi, mummy masak cara mummy dan bahan apa yang ada dalam peti je. Almaklumlah kan..tetiba je teringin nak makan Seafood Spaghetti Aglio Olio. 

Buka peti sejuk, ada sayur, udang dan cili kering domino's pun ada. Anak pula nak makan spaghetti bolognese. Alang-alang merebus spaghetti tu kan..kita menumpang ler sekaki. 

Eh..kejap.. sebenarnya mummy tak gunakan spaghetti. Mummy guna angel hair. Lebih kurang mee spaghetti. Cumanya, angel hair ni halus dan cepat masak. 

Berbalik tentang Aglio Olio ni kan. Memang mudah dan cepat masak Spaghetti Aglio Olio ni. Tak caya? 

Jom cuba resepi mummy ni ha..


RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT.


RESEPI SEAFOOD AGLIO OLIO MUDAH MASAK DAN CEPAT.


Spaghetti / Angel Hair (rebus terlebih dahulu)
Sedikit Minyak Masak
3 ulas Bawang Putih (ketuk)
1 biji Bawang Besar (hiris)
Udang (ikut citarasa masing-masing)
Cili kering (mummy pakai Domino's punya)
Sayur Sawi Cina
Parmesan Cheese (mummy tak letak sebab tak ada stok dalam peti sejuk)
Secubit garam

CARA MASAK SEAFOOD AGLIO OLIO

1. Panaskan minyak masak 
2. Masukkan bebawang .
3. Dah wangi, gorengkan udang atau apa-apa bahan kegemaran masing-masing.
4. Bila dah nampak udang kekuningan masak. Sebatikan dengan spaghetti / angel hair da sayur sawi.
5. Gaul rata semua bahan tadi dan taburkan cili kering / chillies flake bersama garam.

Siap !! Boleh hidang dan makan sementara masih panas. Memang pergh...sedap !

Rumah mummy memang sentiasa simpan stok angel hair ni. Lagipun tahan lama. Nak masak pun tak perlukan masa yang lama.

Kalau tetiba ada tetamu datang terjah pun mudah kita siapkan makan.

Jam Bonia dan Farewell Party

Salam Jumaat semua..hari ini merupakan Jumaat terakhir pada tahun 2016. Dan juga merupakan Jumaat terakhir menjadi suri rumah sepenuh masa. Fuh ! Jenuh juga jadi suri rumah sepenuh masa selama 2 minggu ni. 

Alhamdulillah mummy akan mula bekerja di tempat baru pada tahun baru.

Sepatutnya mummy last bekerja pada 23 Disember, dan mula beekhidmat di tempat baru pada Selasa selepas cuti Krismas.

Tapi dia tolak cuti dan campur cuti ihsan. Majikan lama lepaskan mummy pada 15 Disember.

Manakala, majikan baru pula mummy nego untuk mulakan tugas pada awal tahun baru.

Syukur semua di permudahkan.

Sebelum meninggalkan majikan lama..pastinya ada sessi makan-makan kan?  Kami makan-makan di Uptown Restoran Kajang je.

Jam Bonia dan Farewell Party


Jam Bonia dan Farewell Party

Nasi Ayam Goreng Tom Yam 

Jam Bonia dan Farewell Party

Teh O Limau Ais

Dan, kemudiannya ada sessi pemberian cenderahati. Jam bonia sebagai tanda penghargaan dan perpisahan.

Jam Bonia dan Farewell Party

Jam Bonia dan Farewell Party

Ini lah jamnya..cantik kan. Bertambahlah koleksi jam mummy.

MUUKA POLISHED PINK SECRET SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA

Kalau nak cerita tentang yang cantik, putih, berseri, mulus. Mesti mummy teringat pada gadis Jepun dan Korea. Tapi, di Malaysia ni ada produk MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA. Tak perlu susah payah ke Jepun Korea nak dapatkan set kecantikan lagi.





MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA 



Kenapa mummy suka dengan produk kecantikan MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA  ini, ye? Ha...mummy suka sebab :- 

✔  MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA ini  WANGI baunya !!
✔ DIJAMIN SELAMAT & HEBAT
✔ Tiada Pengelupasan - Terus cantik
✔ Bahan Semula Jadi - Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya
✔ Kesan Serta Merta - Muka glowing dlm masa 7 saat
✔ Anti Penuaan - Muka sentiasa kekal awet muda
✔ Produk Halal - Di iktiraf Halal oleh JAKIM
✔ Lulus KKM - Kelulusan dari KKM




MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA ini ada 2 produk sahaja iaitu POLISHED PINK SECRET LOTION MASK dan POLISHED PINK SECRET CC CREAM. 

Eh..pakai 2 ni je pun dah boleh dapatkan kulit cantik, putih pink? 

Ha...jangan terkejut. Dengan 2 produk ini sahaja dah cukup tau. 

Bagi yang sukakan benda yang 'simple' tak suka barang kecantikan banyak-banyak selerak di meja make up. Mummy really recommended set ini.

Mummy pun ada masa terkejar-kejar juga bila bersiap. Almaklumlah kan, bila nak keluar tu. Nak siapkan anak-anak, diri sendiri dan siapkan pakaian suami.

Nak touch up pun ada masa sempat, ada masa tak sempat.

Sesuai sangat miliki set dari MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA 

Jom ....mummy kenalkan 2 produk dari MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA :-


POLISHED PINK SECRET :   LOTION MASK


Polished Pink Secret yang berwarna jernih.  Di dalam botol ekslusif MUUKA ni buatkan mummy jatuh cinta.

Teringat pada produk mahal SKII. Kenal tak SKII? Mestilah tahukan kehebatan Essencenya.

Dengan Muuka Official ini, semua orang mampu merasa kebaikan LOTION MASK yang telah berkurun lama digunakan oleh wanita wanita di JEPUN dan KOREA di dalam rutin penjagaan kecantikan kulit mereka. Satu produk yang mempunyai pelbagai manfaat dan fungsi. 

Hanya dengan memakai lotion mask, kulit akan mendapat khasiat seperti memakai toner, serum, essence, pelembab dan yang paling unik sekali lotion mask ini juga berfungsi sebagai masker wajah yang boleh dipakai setiap hari. 

Dihasilkan dari bahan bahan semulajadi yang sangat berkualiti membuatkan lotion mask ini mampu membuatkan kulit menjadi sihat dan kelihatan bercahaya secara semulajadi.



FUNGSI & MANFAAT POLISHED PINK SECRET LOTION MASK


  • Mencerah dan menjadikan kulit lebih tegang
  • Memberi kelembapan yang maksimum pada kulit wajah dan mejadikannya lebih sihat dan bercahaya
  • Membantu mengurangi kekusaman kulit dan meratakan warna kulit yang tidak sekata
  • Mengecilkan liang pori agar kulit lebih halus
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit rosak akibat dari pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia
  • Mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan meggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru
  • Mampu mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kelihatan awet muda


BAHAN SEMULAJADI TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA mengandungi Bunga Peony , Air Mawar, Tamanu Oil, Rasberyy, Lidah Buaya, Timun & Teh Hijau.

Bagaimana dengan Tekstur Lotion Mask?
Bila mummy pam ke tangan. Mummy nampak teksturnya yang sangat ringan dan di dalam bentuk losyen cair berwarna jernih yang mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.



POLISHED PINK SECRET :  CC CREAM

Ramai orang tertanya-tanya. Apakah ia CC Cream. Ha..kalau nak tahu CC Cream ialah Color Correcting atau Color Control Cream yang mempunyai pelbagai fungsi. 

Polished Pink Secret CC Cream berfungsi sebagai make up base yang juga mampu merawat segala masalah kulit seperti warna kulit tidak sekata, kulit kusam, jerawat dan jeragat. 

Kandungan anti oksida yang tinggi dari bahan utama CC Cream ini iaitu Ekstrak Bunga Peoni mampu menyamarkan kedutan pada kulit wajah sekaligus menjadikannya kekal muda. 

CC Cream ini juga mampu melindungi kulit dari sinaran matahari. Diperkaya dengan partikel pencerahan untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah bercahaya dan krimnya yang berwarna pink membuatkan kulit nampak berseri merah jambu!




FUNGSI & MANFAAT POLISHED PINK SECRET CC CREAM


  • CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
  • Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
  • Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
  • Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
  • Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
  • Bebas dari bahan kimia yang merbahaya

Bahan semujadi yang tiada bahan kimia dalam produk ini mengandungi bahan seperti Bunga Peony, Argan Oil, Delima, Sheer Butter, Burdock Root, Lemon.


Tekstur CC Cream:
Tekstur yang ringan dan tidak melekit. Mudah disapu. Krim yang berwarna pink.

CARA PAKAI MUUKA POLISHED PINK SECRET WAKTU SIANG:
Selepas wajah dibersihkan, Pump MUUKA Pink Secret Miracle Lotion Mask sekali di atas tapak tangan dan sapu dengan cara menepuk masuk lotion mask ke dalam kulit. 

Selepas itu, sapukan MUUKA Polished Pink Secret. CC Cream secara merata pada kulit wajah sebelum keluar rumah atau siang sahaja kerana ada SPF . 

Untuk waktu malam, hanya gunakan MUUKA Polished Pink Secret Lotion Mask sahaja.

SET MUUKA OFFICIAL AKAN MENJADIKAN:
✔ KULIT PINKISH & GLOWING SERTA MERTA 
✔ WAJAH MAKIN LAMA MAKIN V SHAPE
✔ KULIT CERAH HALUS, GLOWING, BERSIH, ANJAL, MUDA & TONA SEKATA
✔ DARK CIRCLE & OPEN PORES HILANG
✔JERAWAT, KUSAM, JERAGAT, WHITE/BLACKHEAD, PARUT TERAWAT

Inshallah , selepas sekali pemakaian kita akan nampak wajah kita glowing.

Tanpa perlu solekan tebal pun sudah nampak kulit pinkish merah jambu gitu!

SECARA KESELURUHANNYA, MUMMY AKAN DAPAT 30 RAWATAN HEBAT

1) Mencerahkan kulit secara semulajadi
2) Menegangkan kulit wajah
3) Menaikkan seri wajah
4) Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah 
5) Merawat masalah kulit kering
6) Memberi Aura kecantikan semulajadi
7) Merawat kulit kusam
8) Membersih & menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi
9) Memperbaiki sistem kulit & meransang pertumbuhan kulit baru
10) Kulit akan nampak lebih segar cerah dan sihat
11) Menambahkan effect glowing pada kulit 
12) Melambatkan proses penuaan serta awet muda
13) Mencegah dan merawat jerawat
14) Memudarkan jeragat di wajah
15) Menghalang pembentukan jeragat baru
16) Mengecilkan bentuk wajah (vshape)
17) Menjadikan kulit putih kemerah merahan
18) Menghaluskan serta melicinkan kulit
19) Mengecilkan pori2 di wajah
20) Memudarkan parut
21) Menjadikan kulit anda bebas bernafas
22) Menjadikan make up lebih tahan lama
23) Memberi perlindungan dari sinar uv
24) Mengurangkan garis penuaan
25) Menjadikan kulit sihat bermaya
26) Merawat kulit sensitif
27) Menganjalkan kulit wajah
28) Menggebukan kulit wajah
29) Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
30) Mengawal pengeluaran minyak berlebihan






TESTIMONI MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA 




Dalam masa beberapa saat pemakaian MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA sebenarnya dah boleh nampak kulit berwarna pink dan glowing.

Sepanjang mummy gunakan produk ini, memang tak ada jerawat keluar, tak ada sebarang pengelupasan pada kulit dan juga mummy tak mengalami kegatalan kulit.

Alhamdulillah produk ini amat serasi dengan kulit kombinasi mummy ni.

Ni baru testimoni mummy. Banyak lagi testimoni positif dari pengguna MUUKA POLISHED PINK SECRET yang dikenali sebagai SET KEAJAIBAN GADIS JEPUN dan KOREA . Antara testimoni lain:-





RINGKAS. MUDAH. JIMAT. PANTAS.

Cara Untuk Beli Produk Original ini  :
1) Website www.muuka.my (Credit card diterima)
2)PM di www.facebook.com/messages/muukamalaysia
3) ✆ Whatsapp MUUKA ke 017- 201.8080

HARGA SATU SET:
Harga sebenar: RM168 .00 
Harga PROMOSI : RM99.90 saja - Free POSTAGE

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :
No Tel: 017-201 8080


MAKAN AYAM NANDO'S SETENGAH EKOR SECARA PERCUMA DI IOI MALL PUTRAJAYA

Baru-baru ni, kami ke Nando's IOI Putrajaya. Demi nak redeem ayam setengah ekor katanya. PERCUMA ayam Nando's setengah ekor? Ya..kami dapat ayam Nando's PERCUMA je.





MAKAN AYAM NANDO'S SETENGAH EKOR SECARA PERCUMA DI IOI MALL PUTRAJAYA


Nando's ni kegemaran daddy. Mummy pun terikut sama gaklah sukanya. Suka bab PERCUMA je la sebenarnya. 

Selain PERCUMA ayam NANDO's tu, Percuma pulak refill air. Berkoyan-koyan boleh minum hehehe.




MACAMANA BOLEH DAPAT NANDO'S AYAM PERCUMA?

NAk tahu ke? Cemana mummy dapat ayam Nando's PERCUMA? Mesti ramai yang nak tahukan macamana kami dapat ayam Nando's PERCUMA ini. Sebenarnya, setiap kali datang Nando's mummy akan dapat 1 Chili. Chili ni kiranya macam point. 1 Chili= 1 point = 1 visit 


Nak dapatkan 1 Chili ni kena buat pembelian lebih RM35 dalam satu resit. 1 hari, limit 1 Chili sahaja.

Kumpul 3 Chilies dah boleh redeem 1/4 ekor ayam Nando's., 6 Chilies pula akan dapat 1/2 ekor ayam Nando's. Manakala, 9 Chilies akan dapat 1 ekor ayam Nando's.

Ha..menarik,kan.

Oleh kerana dah ada 6 Chilies redeem teruslah ayam Nando's setengah ekor. Mummy pilih plain flavor sebab anak-anak tak makan pedas.

Dalam masa yang sama add on gak set 1/4 ayam Nando's Extra Hot, side dishes nasi dan kentang.

Memang puas hati makan kali ini, kenduri ayam katanya....



Aplikasi Nando's


Korang nak nak kumpul chili tu download je aps Nando's, register macam biasa. Bila nak buat order tunjukkan je nombor keahlian tu. Tak nak apply pun boleh, pakai je nombor mummy ye.

Apa salahnya kan, belanja 1 lah chilli's hehehehe


RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT

Selalunya mummy buat sambal belacan perah limau kasturi. Oleh kerana, batuk ni tak baik-baik lagi. Mummy kurangkan pengambilan limau kasturi. Lagi pun ia berasid, sian gastrik daddy tu. Jadi, kali ni..mumy buat sambal belacan perah lemon.

Kenapa mummy gunakan lemon? Lemon ni bersifat alkali. Bagus untuk kurangkan kahak batuk. Banyak lagi kelebihan lemon. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google. 

 RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT

SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT


Pertama kali mummy buat sambal belacan perah lemon. Boleh tahan juga sedapnya, wangi je sambal belacan tu hehehe.

Resepi Sambal Belacan Lemon mummy ni mudah dan senang je. Cepat pun cept buatnya.

RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT


Setengah genggam cili api
2 hiris bawang besar 
Sedikit bawang putih
(Mummy memang tak berapa suka sambal belacan yang kuat rasa bawang. Sebab tu tak letak banyak)
Sedikit halia
Sedikit belacan yang dah di bakar (sebesar duit 50sen)
3 hirisan lemon

 RESEPI SAMBAL BELACAN LEMON MUDAH DAN CEPAT


CARA BUAT SAMBAL BELACAN LEMON

Cara buat sambal belacan lemon ni mudah je. Tumbukkan semua bahan kecuali lemon. Hingga agak-agak hancur.

Siap tumbuk. Perahkan hirisan lemon. 

Mummy lawankan sambal belacan lemon dengan sup sayur dan ayam goreng.


Kereta Kena Towing !

Alkisah beberapa hari lepas kejadian di Mc Donald's Saujana Impian Kajang.

Memang sebenarnya, dari minggu lepas tengok macam ada tak kena dengan temperature kereta yang naik tak turun-turun. 

Memandangkan memang kereta tu tak abes masalahnya dengan temperature ..mummy pun tak peduli sangat.

Dan...tibanya hujung minggu..beranikan juga bawa kereta itu sebab masa panaskan enjin . Nampak gayanya, temperature tak ada masalah apa pun. 

Hinggalah di kawasan petronas Saujana Impian Kajang.

Temperature tak turun pun. Berhentikan kereta di McD. Sambil check air di bahagian tangki simpanan. Air masih banyak lagi.

Nak buka di bahagian tangki air...enjin masih panas. 

Terus bawa anak main dalam McD. Sementara nak menunggu enjin sejuk.

Kereta Kena Towing !

Kereta Kena Towing !

Anak-anak memang suka lah dapat main kan. Dari bermain tu..dapat berkawan dengan kawan baru.

Sudah puas main dan makan hingga kenyang. Terus mummy ke kereta u tuk cek air di tangki air. 

Allah !! Kosong tangki air tu rupanya...

Terus mummy tambahkan 2 botol air. Masih kosong juga.

Rupanya...air keluar semua dari tangki.

Pening pula..macamama nak balik ni dengan anak-anak. Daddy pula kerja. Huhu. Terus call daddy tanya pendapat...

Dalam masa yang sama pula..bateri handphone habis.

Dhia pula baru habis buang air besar dalam pempes.


Kereta Kena Towing !

Dzal pula sedang tido. Ya Allah cemana nak buat ni. Bertambah blurrrr.

Rehatkan minda..relaks kan minda. 

Terus dapat idea call insurans kereta Kurnia. Minta towing ke rumah. 

Alhamdulillah...dalam masa 1 jam mereka akan datang towing.

Terus inform daddy dan whatsapp adik ipar yang berdekatan minta pinjam charger telefon.

Adik ipar lah yang datang meneman mummy. 

Dapatlah cuci popoo Dhia.


Kereta Kena Towing !

Kereta Kena Towing !

Tak sampai 1 jam..towing Kurnia datang. Alhamdulillah...mudah lerja kami pda waktu itu.

Pertama kali kot..kereta ni kena towing selama 13 tahun. Hehehe.

Paling best Kunia Insurance ni boleh bagi towing PERCUMA dalam jarak 50km.

Selamat duit mummy hehehe


Bercuti di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru

Kisah percutian keluarga kecil kami ke Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Bukan kali pertama anak-anak ke sini. Ini merupakan kali kedua anak-anak jejakkan diri Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru. Pada asalnya nak jenjalan holiday ke Langkawi. Tetapi memandangkan cuaca sekarang susah nak di ramal. Maka, daddy ambil keputusan bercuti di tempat indoor.

Bercuti di Sanrio Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru


Dhia pun dah lama meminta nak bermain di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru.

Kali ini tertunai...permintaan anak-anak. Time mereka kecil-kecil lah syok datang sini. Dah besar nanti, lain pula minat mereka.



Kami beli tiket secara walk in. Sebab walk in lebih murah. Masuk ke semua tempat Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru (3 tingkat) dari RM125, dapat diskaun 25%. Kami kena bayar laki bini RM200 je. Anak bawah 90cm atau bawah 3 tahun. Masuk PERCUMA.

Jika bernasib baik, datang awal. 100 orang yang pertama dapat beli tiket BUY 1 FREE 1.

Nak murah...jadilah orang 100 yang pertama ye..


Pertama sekali, kami terjah Hello Kitty Town dulu. Buat 4 aktiviti, tengok konsert, bergambar dengan Hello Kitty.

Aktiviti 1 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Deko cookies






Aktiviti 2 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Menggayakan Costume






Aktiviti 3 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Buat Kipas Tangan



Aktiviti 4 di Hello Kitty and Little Big Club Puteri Harbour Johor Bahru : Buat Button Badge.



Selesai buat button bagde. Kami teruskan dengan aktiviti bermain indoor game.



Dalam level 1 Hello Kitty Town ni ada indoor games cawan pusing-pusing. Main sampai pening hehehe.





Lepas tu ada rumah Hello kitty yang cantik. Walaupun pernah ke sini dan bergambar hampir 3 tahun lepas. Kita repeat lagi bergambar ye .













Sekitar konsert Hello Kitty. Memang teruja lah si Dhia dapat tengok dan salam dengan Hello Kitty. Dulu-dulu gi sini masa kecil. Tak ingat sangat. Tapi mummy ada rekod dan letakkan dalam YouTube. 

Dhia recall dari situ je.

Video kali ni belum habis upload di YouTube. 


Selesai level 1, terus kami ke level 2 dan 3 untuk ke Little Big Club.







Di level 2 ada, pemainan indoor dan juga konsert seperti Thomas & Friends, Barney dan banyak lagi.

Sambung main di level 3 untuk permainan indoor.  Tapi, Dhia banyak tak nak main. Takut katanya. Dzal so far ok. Nak ikutkan ketinggian Dzal tak lepas. Tapi sebab dah nak tutup. Dapat juga naik.



Selesai bermain sehingga taman tema ini tutup. Kami terus balik.

Kami parking di basement je. Parking PERCUMA buat masa ini.







Bye-bye Sanrio Hello Kitty & Little Big Club Puteri Harbour. Jumpa lagi...

Kisah perjalanan ke Johor Bahru (boleh baca di SINI ) dan penginapan kami (boleh baca di SINI)