Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button - Syarikat Les’ Copaque Production antara produksi salah satu cerita kanak-kanak Upin dan Ipin telah dikejutkan dengan kiriman “Gold Play Button”
 dari YouTube bagi meraikan kejayaan Channel Les’ Copaque di platform 
itu mencecah 1 juta pengikut. Ini merupakan kejutan berganda kerana pada
 pagi hari yang sama “Silver Play Button” sebagai penghargaan mencecah 
100, 000 pengikut baru sahaja tiba. Hadiah ini dianggap satu penanda 
aras baru bagi Les’ Copaque Production yang baru sahaja meraikan ulang 
tahun ke-10 penubuhannya.
Upin Ipin Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button

Mummy ingatkan Upin Ipin sahaja di YouTube Les Copaque Production.
Sebenarnya, Les' Copaque bukan sahaja menerbitkan cerita animasi kanak-kanak Upin dan Ipin sahaja. Ada pelbagai video dimuat naik di YouTube Les Copaque Production. Patutlah ramai pengikutnya dan ramai juga yang subscribed ya ..
Les Copaque Dianugerahkan Youtube GOLD & SILVER Play Button
Dengan 1, 000, 000 pengikut itu sekaligus menjadikannya “Most Subscribed YouTube Channel” di Malaysia.
 Antara lain, video yang dimuat naik di saluran ini yang bertajuk “New 
Toys” telah memenangi anugerah video paling popular kategori Malaysia di
 Anugerah Web TV Asia yang diadakan di Seoul, Korea baru-baru ini. Video
 itu telah dimuat naik di saluran YouTube Les’ Copaque Production dan 
mendapat lebih 27 juta tontonan. Penyampaian anugerah tersebut boleh 
disaksikan dalam video “Top 16: Les’ Copaque Highlight Moments of 2016” 
yang dimuatnaik pada 13 Januari 2017
YouTube Channel Les’ Copaque diwujudkan pada 2009 bertujuan berkongsi
 perkembangan terbaru syarikat tersebut dengan peminat. Les’ Copaque 
telah menjadi rakan kerjasama YouTube sejak 2012. Ia mula bergiat aktif 
dalam penghasilan karya baru termasuklah siri animasi pendek DaDuDiDo 
yang hanya ditayangkan di platform Youtube.
Kini, Les’ Copaque Production mensasarkan “Diamond Play Button”
 yang memerlukan 10 juta pengikut. Dengan kerjasama daripada peminat 
hasil karya syarikat ini seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu, 
Puteri, DaDuDiDo dan banyak lagi, adalah tidak mustahil satu hari nanti 
ia akan dapat dikecapi.

Dari Kiri : Firdaus, Hafiz, Naquyah, Hj Burhanuddin, Hajah Ainon, Mohd 
Zarin dan Azhar Gambar bersama team New Media yang menguruskan YouTube 
Channel Les’ Copaque

Tahniah buat team Les' Copaque, semoga terus maju dan berjaya.
Tahniah...
ReplyDeleteterbaiklah Les Copaque.. mengharumkan nama Malaysia
ReplyDeletesgt bangga.
ReplyDeletesebab dia milik bumiputra islam.
kita support!!! wajib support!!!
tahniah tim les copaque
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com