HUKUM-HUKUM BERKAITAN KORBAN - Assalamualaikum, apa khabar semua? Minggu raya haji, mesti ramai dah bercuti dan balik kampung,kan? Mummy raya di Selangor je ni. Sebab tak cuti lama pun. Bila sebut raya haji. Mesti kita terfikir tentang korban. Jom kita tengok HUKUM-HUKUM BERKAITAN KORBAN.
HUKUM-HUKUM BERKAITAN KORBAN
Bagaimana Cara Membahagi Daging Korban?
– Jika korban wajib kerana nazar: Maka semua dari daging korban perlu dibahagikan kepada fakir miskin. Dan jika orang yang berkorban atau orang yang wajib dinafkahinya ikut makan, maka wajib baginya untuk menggantikannya sesuai dengan yang dimakannya.
– Jika korban sunat: Maka tidak disyaratkan sesuatu apapun dalam pembahagiannya, asalkan ada bahagian untuk fakir miskin, seberapa banyak pun bahagian tersebut. Dan dianjurkan untuk dibahagi menjadi 3 bahagian. 1/3 untuk keluarga, 1/3 untuk dihidang kepada tetamu/kenduri, 1/3 untuk fakir miskin. Dan semakin banyak yang dikeluarkan tentu semakin besar pahalanya.
Apakah Hukum Menjual Daging Qurban?
Hukum menjual daging korban adalah haram sebelum dibahagikan. Adapun jika daging korban sudah dibahagi dan diterima, maka bagi si fakir yang menerima daging tersebut boleh menjualnya dan juga boleh menyimpannya. Begitu juga kulitnya, tidak diperkenankan untuk dijual atau dijadikan upah bagi yang menyembelih, akan tetapi bagi seorang tukang sembelih atau pelapah boleh menerima kulit serta daging korban sebagai bahagian haknya akan tetapi tidak boleh daging dan kulit tersebut dijadikan upah.
Apakah Hukum Menjual Kulit Haiwan Korban?
Mudhahi (orang yang berkorban) dan wakilnya (jawatankuasa korban) tidak diperbolehkan menjual sebahagian dari haiwan korban - baik daging, kepala, kaki ataupun kulit haiwan korban (kitab Bujairomi 'alal Khotib juz 5 halaman 250) Nb:
Ø Jika yang menjual adalah fakir miskin yang telah menerima kulit atau daging korban maka diperbolehkan (ittifaqul Ulama'), (kitab Hasyiatul Khuyubi juz 4)
Ø Sedangkan untuk orang kaya yang mendapatkan bahagian kulit atau daging korban maka ia tidak diperbolehkan untuk menjual (pendapat majoriti ulama). Namun menurut Imam Ibnu Sholah (pendapat lemah), orang kaya yang mendapatkan bahagian kulit atau yang lain tetap diperbolehkan untuk menjualnya, (kitab Fatawi Kubro juz 4 halaman 202).
Benarkah Daging Haiwan Korban Tidak Boleh Diupah (Ujrah) kepada Penyembelih /Pelapah?
Orang yang korban dan jawatankuasanya tidak boleh menjadikan daging, kepala dan kulit haiwan korban sebagai upah (ujrah) untuk tukang penyembelih atau tukang pelapah.
Namun untuk upah wang penyembelihan atau pelapahan, minuman/makanan ringan dan lain-lain hendaknya diambil dari dana yang lain (kitab Bujairomi Alal KhotibJuz 5 hal; 250).
Bolehkah Memasak Sebahagian Daging Korban Untuk Kegunaan Jawatankuasa Korban?
Jawatankuasa korban tidak diperbolehkan mengambil sebahagian dari daging korban untuk dimasak, kecuali dengan 2 syarat:
1. Mendapat izin dari mudhahi (orang yang berkorban)
2. Korbannya sunnah (bukan korban nazar).
Sedangkan untuk korban wajib (nazar), maka perlu mensedekahkan semua daging dan yang lain kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. (kitab Majmu' Syarhil Muhadzab Juz 9 halaman 458).
Apakah Hukum Menyembelih Haiwan Dengan Mesin?
Menyembelih haiwan dengan mesin hukumnya sah apabila memenuhi 3 syarat:
1. Pengoperasi mesin adalah orang Islam.
2. Ada tujuan untuk menyembelih.
3. Alat pemotong yang berada pada mesin tersebut berupa benda tajam yang mampu memutus saluran makanan (hulkum) dan saluran pernafasan.
Apakah Hukum Korban Untuk Orang Yang Meninggal?
Hukumnya diperinci seperti berikut:
a) Jika ada wasiat dari si mati maka sah korbannya (ittifaqul Ulama').
b) Jika tidak ada wasiat dari si mati maka menurut majoriti ulama' tidak sah atas nama korban, melainkan hanya pahala sedekah.
Namun menurut sebahagian ulama' (Syeikh Abu Hasan Al Ubadi) sah korbannya, dengan alasan korban adalah sebahagian dari sedekah, sedangkan sedekah itu sah diperuntukkan untuk si mati, pahala akan sampai dan akan memberi manfaat (kitab Al Majmu' Syarah Muhadzabab juz 9 halaman 406).
Sunnah Dalam Penyembelihan:
1. Menajamkan pisau sebelum menyembelih.
2. Mengikat semua kakinya dengan tali kecuali kaki kanan.
3. Menyembelih dengan tangan kanan
Tatacara Penyembelihan Haiwan Korban:
1. Menghadap ke arah kiblat dan menghadapkan haiwan itu ke arah kiblat (lambung kiri haiwan di letakkan ke tanah dan kepalanya di sebelah selatan).
2. Lalu membaca takbir 3X -{Allahu akbar 3X walillaahilhamd).
3. Lalu membaca basmalah (bismillaahirrahmaanirrahiim).
4. Kemudian membaca selawat Nabi Muhammad SAW.
5. Membaca takbir yang ke-2 sebanyak 3X (Allahu akbar 3X walillaahilhamd).
6. Lalu berdoa agar korbannya diterima di sisi Allah SWT.
Terima kasih di atas perkongsian :)
ReplyDeletePerkongsian yang ohsem.. TQ Sis..
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian..kadang2 ada ada yg alpa tentang hukum kan?
ReplyDeleteGood sharing Linda..
ReplyDeleteThanks for sharing sis :)
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com