Jalan-jalan Cari Makan Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak - Jalan-jalan cari makan Ipoh, Perak. Dah alang-alang ke Ipoh, rugi kalau tak JJCM. Betul, tak? So, lepas kami balik dari BlueBlue Playland. Jenjalan sebentar di AEON Klebang Ipoh Perak. Terus kami meneruskan perjalanan ke Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak. Walaupun perut encik suami dan anak-anak tu sentiasa lapar nasi. Tapi, sekali sekala berjalan ni. Nak jugaklah makan tempat viral juga hehe.
Jalan-jalan Cari Makan Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak
Tadaaa...our menu semasa Jalan-jalan Cari Makan Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak iaitu ABC (Dhia share dengan Dzal), Laksa Saranghae Laksa Sarang Keropok untuk mummy dan daddy !
Harga Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak
Laksa Saranghae ini ada macam-macam pilihan. Laksa biasa, laksa telur satu biji, laksa sarang, laksa sarang keropok, laksa fishball.
Harga menu Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak ni macam boleh tahan juga, kan. Demi nak rasa laksa viral ni, gigih juga lah kami pekena Laksa Saranghae Plan B Ipoh Perak.
Anak-anak tak makan laksa, mereka makan ABC dan mango shake je. Later pi JJCM tempat lain pulak untuk anak-anak. Gigih kan kami mak pak ni JJCM !
Our laksa ! Sedap, ke? Bagi mummy okay je. Masih ada rasa laksa, bau laksa dan yang best tu ada macam-macam dalam satu mangkuk laksa ni.
Limau kasturi, sayur-sayuran,cili api, telur sarang, keropok.
Dan, kena dengan tekak mummy...almaklumlah masa ni tekak tak berapa sedap. Dapat makan masam-masam, memang ubat jawabnya hehehe.
Muka anak-anak tak sabar nak makan ABC, mummy soh hold dulu sebab mummy nak amek gambar dulu hehehe. Kebetulan Daim tidur. So, bolehlah mummy mengambil gambar dan update insta !
Kalau korang nak tahu Laksa Saranghae ni ada 2 branch di Plan B dan juga Jelapang Ipoh. Tapi kami memilih makan di Plan B Ipoh sebab tak jauh dari tempat penginapan kami.
No. 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, 30000 Ipoh, Perak
Telefon : 018-2977813
sedapnya! lama tak makan laksa
ReplyDeletesaya baru tahu yg laksa tu ada bnyk jenis
ReplyDeletepernh mkn laksa telur bersarang yg ori kt ipoh..sedap...yg ni mahal mayb sbb hidangan dlm bekas claypot kot hehe
ReplyDeleteAkak x pernah makan lagi lagi laksa sarang ni .nampak sedap tu ha...bestnyaaa...akak dh la peminat laksa
ReplyDeleteNak yang sedap, leh try kat Kuala Kangsar, yang tu memang best. Masuk tv beberapa kali dah.
Deletenak la sikit.. lazatnya tu ngences akak
ReplyDeletemenarik tgk laksa sarang ni. sy dh snap alamat. bolehla try bila2 lalu ipoh.. hehe
ReplyDeleteNampak sedap nie Linda, bila lalu Ipoh boleh lah singgah nanti nie..
ReplyDeleteTak pernah makan laksa saranghae ni... sedap yea.. next time boleh try
ReplyDeleteNampak menarik tu kak. Boleh masuk list bila ke ipoh nanti.
ReplyDeleteLaksa Telur Sarang .. fuh .. nampak sedap tu. Saya kalau balik kampung, makan depan rumah je sbb pak sedara memang jual laksa ni dpn umah kat kampung tu .. hehe
ReplyDeleteMalam malam baca entry nih bikin lapar la plak
ReplyDeleteterbaik nampak nyer tu.
ReplyDeletekalau sempat, nanti nak gi jugak nih.
semua laksa sedap2 belaka..sedap jugak ABC tu.
ReplyDeleteKak laksa tu nampak menarik lah, sedapnya.
ReplyDeleteInovasi sungguh laksa ni
ReplyDeletePeh fav ni :) hehe laksa apa pun eden makan hehe
ReplyDeleteHye asslmualaikum akk . Kedai operasi jam berapa ya kak ?
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com