BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL

BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL - Salam Ramadan semua. Sekejap je nak habis bulan Ramadan. Minggu depan kita dah raya ! Bila sebut pasal raya. Zakat Fitrah jangan di lupakan ye ! Kebetulan mummy pi shopping dengan anak-anak 2 minggu yang lalu. Ternampak amil zakat berada di pintu masuk Giant Prima Saujana. Memang daddy tengah cari amil zakat fitrah. Nak bayar zakat fitrah awal-awal. Tak mo last minit. Kang nanti sibuk dah lupa..satu hal pulak ! TApi, daddy tak ikut pada waktu tu, daddy ni kalau bulan puasa dia malas nak abeskan tenaga dia hehe. Ye lah, dia pun ada gastrik yang teruk kan. Perut tu memanjang je keras. Jadi, tak dapat bayar zakat fitrah pada waktu tu.

BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL


BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL

Weekend baru ini, pergi lagi ke Giant Prima Saujana Kajang. Mummy kebetulan nak COD tudung raya. Customer nak jumpa di Giant Prima Saujana. Dan daddy nak bayar zakat fitrah juga. Tengok-tengok... tak ada pulak kaunter zakat fitrah depan pintu masuk Giant Saujana Prima Kajang tu. Tapi, alhamdulillah boleh BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL.

Kebetulan ada  KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL untuk BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG

BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL


BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL


BAYAR ZAKAT FITRAH DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG KAUNTER BERGERAK ZAKAT ON WHEEL

Zakat fitrah Selangor ini ada beberapa option. Nak bayar zakat fitrah berharga RM7, RM14 atau RM21 ikut beras yang kita makan. Tapi daddy bayar ikut beras biasa. Sebab kami makan beras biasa juga !

So, bagi yang nak tahu info lanjut mengenai zakat fitrah. Boleh layari ke : www.zakatselangor.com.my

Nikmati Dominos Personal Pizza RM5 dan Regular Pizza RM15

Kempen "United We Win" Dengan Mobile Legends || Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 & Regular Pizza RM15 || Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino’s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen ‘United We Win’. Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat dan menarik bersama Domino’s dan juga berpeluang untuk bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain, menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang!




Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends ‘515 Unite Day’ yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia.

Kempen ‘United We Win’ anjuran Domino’s akan menyokong ‘515 Unite Day’ dengan matlamat menarik penyertaan baharu dalam permainan. Di samping itu, di dalam kempen ini, mod permainan baharu akan dilancarkan sambil peserta berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma.

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’.
Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming.



Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan.

Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat.

Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”




Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019. Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza darpada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90.

Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia.

Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.

Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85.




United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.

Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton berkata, “Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional.

Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.”


Mencerminkan cogan kata esports Domino’s, “Gaming is Pizza Party Time!’, ‘United We Win’ telah menyaksikan persaingan hebat antara tokoh-tokoh permain popular sambil mereka berganding bahu dengan rakan sepasukan untuk menumbangkan “Enemy Crystal”.

Ini adalah kali pertama Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan sesi permainan secara langsung di cawangannya, menawarkan piza lazat dan hidangan sampingan kepada penonton yang menyaksikan paparan secara langsung dan ulasan mengenai pertempuran yang berlaku daripada pengulas permainan.

Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton.




Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.

Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah.

Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei, Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei, Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei, sebelum menutup tirai di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut.

Berkongsilah saat-saat menarik Mobile Legends anda bersama Domino’s di media sosial dan tag kami dengan @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, sila klik pautan berikut:





SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK ! - Alhamdulillah mak, abah, along dan adik dah selamat tiba di Madinah. Mereka bertolak untuk ke umrah pada 28 May (Selasa) insyaallah akan pulang dari umrah ke Malaysia pada Hari Raya ke-4. Makanya, bulan ini dan bulan depan mummy agak banyak bercuti untuk hal kekeluargaan. Maaf juga jikalau mummya da terlambat response email mahupun terpaksa menolak jemputan berbuka puasa pada tahun ini. Puasa Ramadan kali ini, mummy agak sibuk dengan hal kekeluargaan dan juga aktiviti kerja dan event di ofis.

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !


SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK ! Ada orang tanya mummy "aik adik beradik semua pergi. Mummy tak pergi ke?" . "Ada hutang puasa tak boleh buat umrah ke" Mak aiiii nak cili aje mulut orang yang reti bab agama Islam tapi nak tanya banyak-banyak bab agama. Hutang puasa mummy memang masih banyak sebab beranakkan anak di bulan puasa, berpantang di bulan puasa dan banyak lagi. Tapi, fidyah mummy bayar dah (malas nak cerita kat orang yang bertanya tu..bukan dia faham sangat pun kan) sesiap. Puasa tu slowly ganti. Sebab Daim pun sedang menyusu badan lagi ! Insyaallah ada rezeki sampailah kami sekeluarga di sana nanti ! Menyusukan anak pun satu amanah Allah juga. Opsss..masuk cerita agama pulak. Hehehe. Malas nak cerita banyak dalam bab agama. Tak mo jadi ustajah tenet hari ini !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

Bab umrah ini, mak, abah, along dan adik dari 9 pagi dah sampai dah KLIA ! Kami 11 pagi baru sampai KLIA. Flight mereka jam 3 petang . Tapi, macam biasa lah mak abah tu, suka datang awal. Biar awal, jangan terlewat gitu

Mereka memilih travel agensi dari JUARA. Kalau sebelum ini, mak abah pernah gunakan perkhidmatan UTAS, ANDALUSIA dan kali ni JUARA pulak !

Harga? Kalau pergi bulan puasa ni, pepaham jelah harganya. Semua orang nak kejar malam Lailatulqadar kan.

Teringin juga nak berpuasa sebulan untuk umrah. Berangan je lah dulu kami ini laki bini. Tak salah berangan pun, kan !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !

Semua lepak McDonald's haha bebulan puasa lepak McD pulak. Ye lah kan, nama pun budak !  bebudah ini, lelama tunggu. Mestilah lapar, yang puasa pun buka puasa (anak-anak buah). 

Terima kasih semua yang sudi datang hantar mak, abah, along dan adik ! Sedih pun sedih jugak, mummy 3 beradik je. Dan bohonglah mummy tak sedih sebab tak dapat ikut berkumpul 3 beradik di sana. Tapi, perancangan Allah tu indah,kan ! 

Daddy cakap, kalau ada rezeki..kita pergi umrah satu keluarga kecil kita dulu lah ! 



SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH MAK, ABAH, ALONG DAN ADIK !


Anak-anak adik semua tinggal dengan family suaminya. Tapi, mummy bawa Bella lah balik rumah mummy. JAga sehingga sebelum raya. Nak jaga keempat-empat tu belum boleh lagi. Mummy pun masih kerja lagi. Cuti 2 hari je nak tengok macam mana keadaan semua ni.

Anak-anak mummy (tok mak jaga) so, bila tok mak pi umrah. Daddy jadi baby sitter sekejap. Sorry sayang ! Mummy tak boleh cuti lama kali ini. 

Insyallah raya mummy amek cuti lama.
Sorry bos ! This is RAYA okayyyy hehehe

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! - Dah lama mummy beli sabun TAharah ini untuk samak. Tapi masih tak berkesempatan nak share di blog. Mummy sering dengar rintihan sahabat mummy. "Susahlah nanti nak samak" "mana nak cari tanah untuk samak kat bandar ini?". Di bulan yang mulia ini, bulan Ramadan. Mummy cuba spread benda yang baik dalam blog. Salah satunya, perkongsian mummy tentang sabun samak dari TAHARAH ini.


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !


Adanya SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU !  ini, mummy yakin, orang Islam tidak lagi rasa takut dan susah untuk buat samak. Lelagi kalau kita ke penginapan seperti sewa apartment di pusat liburan (bercuti), nak pakai barangan dapur tu ada sedikit was-waskan ! Apa kata korang samakan terlebih dahulu untuk hilangkan was-was.


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !
Kotak SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !

KANDUNGAN SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !

Kandungan yang ada dalam SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK ialah dari minyak sayur, 90% tanah liat, minyak zaiton, essential oil, minyak argan dan vitamin E.


Khasiat SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ! : 

*Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
*Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
*Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
*Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
*Menghilangkan bau badan 
*Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
*Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 


CARA PAKAI SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !


SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !

Cara guna SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah :-

Kaedah untuk SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU ialah dengan
1 kali air sabun Taharah
6 kali air biasa.

Boleh juga gunakan SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga.

atau untuk basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 

Dan boleh juga di gunakan alternatif untuk menurunkan suhu badan sekiranya demam panas. 

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK / SERTU boleh di dapati di Shopee atau kedai-kedai jamu. Mummy macam biasalah beli di Shopee je !

SABUN TAHARAH UNTUK SAMAK !



Soalan:

Salam, saya ingin bertanya adakah sah samak dengan menggunakan sabun taharah ? Seperti yang kita ketahui, dalam keadaan sekarang kebanyakan orang tinggal di apartment yang mana agak sukar untuk mendapatkan tanah yang sesuai digunakan dalam proses samak. Jadi adakah sah seandainya kita menyamak menggunakan sabun ini ?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.



Mukadimah

Sebelum kami menjawab isu ini dengan lebih lanjut, suka untuk kami menjelaskan berkaitan dengan isu penggunaan bahasa terlebih dahulu. Ini kerana, terdapat perbezaan maksud di antara perkataan samak dan juga sertu.

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, samak didefinisikan sebagai: Zat yang digunakan utk memasak serta mewarnai kulit binatang: kulit ~ kulit yang sudah dimasak dan diwarnai. menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. Rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua.

Manakala kalimah sertu pula membawa maksud: Menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Sekalipun tidak perlu berbalah dalam istilah, namun dengan mengetahui penggunaan kalimah yang tepat dapat membantu kita dengan lebih lanjut dalam memahami sesebuah permasalahan yang berlaku.



Definisi Sabun Taharah

Penamaan sabun taharah agak berbeza dengan sabun-sabun lain yang boleh didapati di pasaran. Ini mengambil kira intipati kandungan yang terdapat di dalam sabun taharah ini.

Secara umumnya, sabun taharah ini juga dikenali sebagai sabun tanah liat. Jika dilihat dari sudut bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sabun ini, ia terhasil dari campuran tanah liat, dan beberapa mineral semulajadi seperti sodium, kalsium, dan potassium.



Hukum-Hakam Berkaitan Sertu

Sertu adalah proses menghilangkan najis yang berpunca dari jilatan anjing. Hal ini adalah berdasarkan beberapa riwayat daripada Nabi S.A.W berkaitan isu ini. Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Riwayat Muslim (279)

Begitu juga berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

إِذَا شَرِبَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

Maksudnya: Apabila seekor anjing minum di dalam bekas salah seorang kami maka hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali basuhan.

Riwayat al-Bukhari (172)



Berdasarkan kedua-dua riwayat di atas, dapat kita keluarkan dua perkara berikut:
Mafhum daripada hadis menunjukkan bahawa jilatan anjing itu merupakan suatu kotoran dan juga najis. Oleh kerana itu ia perlu disucikan.


Perintah membersihkan bekas yang dijilat anjing membawa kepada kewajipan perkara tersebut.



Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah berkata: Wajh al-dalalah nya adalah bersuci itu sama ada kerana hadas, atau kotoran, ataupun suatu kemuliaan. Dan tidak ada hadas pada bekas (minuman), begitu juga tidak ada kemuliaan padanya. Maka yang menjadi penentu (bersuci) di sini adalah bersuci daripada al-khubs (kotoran).

Maka sabit kenajisan mulut anjing itu, sedangkan ia (mulut anjing) adalah bahagian paling bersih dari anggota badannya. Maka selain darinya (mulut) adalah lebih utama (untuk dianggap sebagai najis). Begitu juga khinzir, kerana keadaannya adalah lebih buruk berbanding anjing. Rujuk al-Iqna’, Al-Khatib al-Syarbini (1/105).



Hukum Membasuh Dengan Tujuh Kali Basuhan

Para ulama’ al-Malikiyyah berpandangan bahawa membasuh bekas dengan tujuh kali basuhan adalah bersifat ta’abbudiyy maka dengan itu mereka berpandangan bahawa air yang dijilat anjing adalah suci.[1] Adapun jumhur iaitu ulama’ al-Hanafiyyah, al-Syafi’eyyah dan al-Hanabilah berpandangan bahawa ta’abbud hanya pada bilangan tujuh dan bukan pada amalan menyucikan kerana ia adalah mu’allal (bersebab). Di sebabkan itu, air yang dijilat oleh anjing adalah najis.

Di dalam masalah ini juga, para ulama’ berbeza pendapat adakah wajib membasuh sebanyak tujuh kali kepada dua pendapat:

Pertama: Wajib membasuh tujuh kali dan ini adalah pendapat di dalam mazhab Malik, mazhab al-Syafie dan juga mazhab Ahmad. Mereka ini berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A sebagaimana yang telah kami nyatakan pada permulaan perbincangan.

Kedua: Tidak wajib membasuh sebanyak tujuh kali dan ini merupakan pendapat mazhab Abu Hanifah. Ini kerana, mereka mengatakan bahawa air liur anjing seperti najis-najis yang lain cukup sekadar membasuhnya dengan sekali basuhan jika itu telah menghilangkan kenajisannya. Akan tetapi membasuh sebanyak tujuh kali adalah mustahab bukannya wajib. Mereka berdalilkan bahawa Abu Hurairah R.A pernah mengeluarkan fatwa bahawa cukup membasuh sebanyak tiga kali bagi kenajisan air liur anjing seperti yang terdapat di dalam riwayat-riwayat yang diriwayatkan oleh Imam al-Thahawi dan al-Daraquthni. Ini menunjukkan bahawa bilangan tujuh itu termansukh.

Pendapat kedua ini boleh dijawab dengan beberapa jawapan. Antaranya:
Fatwa Abu Hurairah ini bertentangan dengan apa yang diriwayatkan. Beramal dengan apa yang beliau riwayatkan daripada Nabi S.A.W adalah lebih utama berbanding daripada apa yang beliau fatwakan.
Abu Hurairah juga pernah berfatwa agar dibasuh sebanyak tujuh kali dan sanadnya lebih kuat.
Membasuh sebanyak tujuh kali itu bertepatan dengan riwayat marfu’ iaitu sampai kepada Nabi SAW.



Hukum Tatrib (Menggunakan Tanah) Pada Menyucikan Najis Anjing

Berikut kami perincikan beberapa pendapat para ulama dalam isu ini:

Pertama: Ulama’ al-Syafi’eyyah berpandangan bahawa wajib menggunakan tanah bersama air pada menyucikan najis anjing, khinzir dan apa yang lahir daripada keduanya. Mereka beristidlal pada menyatakan pendapat itu dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: “Sucinya bekas salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah”. 

Riwayat Muslim (279)



Kedua: Manakala mazhab Imam Ahmad menunjukkan bahawa boleh untuk menggunakan selain daripada tanah dalam proses sertu seperti menggunakan sabun dan selainnya. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/74).

Ketiga: Manakala ulama’ al-Hanafiyyah dan al-Malikiyyah berpendapat tidak wajib menggunakan tanah pada menyucikan hal itu (najis anjing atau khinzir). Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (114/3).



Hukum Menggunakan Sabun Bagi Menggantikan Turab (Tanah)

Dalam isu ini, bertitik tolak dari perbezaan pendapat berkenaan hukum penggunaan tanah dalam proses sertu kepada yang mewajibkan dan pendapat yang mengatakan tidak wajib, maka para ulama terbahagi kepada dua kumpulan yang kami perincikan seperti berikut:
Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa tidak boleh untuk menggunakan selain tanah sebagai ganti dalam proses sertu.


Manakala sebahagian ulama lain pula berpendapat; Sekiranya sabun itu membawa kepada sampainya maksud penggunaan tanah (untuk menyucikan) maka ianya sah.



Para ulama yang mengatakan penggunaan sabun itu tidak sah, mereka berhujah dengan beberapa noktah berikut:
Syarak hanya menaskan tentang turab (tanah). Maka yang wajib adalah untuk mengikut nas.


Bidara dan seumpamanya terdapat pada zaman Nabi S.A.W. Tetapi Nabi tidak mengisyaratkan kepadanya (untuk digunakan dalam bersuci). Sebaliknya Nabi menyebutkan tentang tanah.


Boleh jadi hikmah penggunaan tanah adalah kerana wujud padanya jirim yang dapat membunuh bakteria yang keluar dari jilatan anjing.


Tanah adalah salah satu bahan yang menyucikan selain air. Ini kerana ia mengambil tempat air dalam isu tayammum yang menggantikan wuduk apabila ketiadaan air. Manakala selain darinya seperti bidara dan sabun, tidak dianggap sebagai suatu yang menyucikan.



Fatwa-Fatwa Badan Berautoriti Berkenaan Penggunaan Sabun Untuk Taharah



Pertama: Muzakarah Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21-23 November 2006 telah membincangkan Hukum Melakukan Samak Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat.

Muzakarah telah memutuskan bahawa sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak.



Kedua: Dar Al-Ifta’ Al-Misriyyah

Dar al-Ifta’ dalam menjawab soalan berkenaan hukum dan kaifiat menyucikan bekas yang dijilat anjing berkata pada penghujung jawapan: ‘’Dimustahabkan untuk menggunakan tanah pada basuhan pertama. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: (Basuhan) pertamanya adalah dengan tanah.



Riwayat Muslim.

Dan dibolehkan untuk mengganti tanah dengan sesuatu yang boleh mengambil tempatnya pada zaman ini dengan benda-benda moden yang dapat menyucikan. Ini kerana yang dimuktamadkan adalah taharah (suci) secara mutlak. Rujuk www.dar-alifta.org.eg, fatwa no. 3799.



Ketiga: Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah

Keputusan akhir fatwa berkaitan isu ini menyebut: ‘’Dan pakaian itu apabila dicampakkan ke dalam air yang suci dan ia dibasuh sehingga hilang kesan-kesan najis darinya, maka ia mensucikan keseluruhannya daripada najis-najis anjing dan selainnya. Dengan syarat basuhan untuk najis anjing itu berulang sebanyak tujuh kali, dan basuhan yang pertama adalah dengan tanah atau apa-apa yang menggantikan tempatnya seperti sabun dan selainnya’’. Fatawa al-Lajnah al-Da’imah (4/196).



Kesimpulan

Sebagai penutup, kami cenderung menyatakan bahawa hukum penggunaan sabun taharah atau sabun tanah liat adalah harus. Bahkan proses sertu dan penyucian menggunakannya adalah memadai dan sah sekiranya sabun tersebut mencapai maksud yang sama dengan penggunaan tanah.

Pendapat ini dikemukakan dengan mengambil kira situasi masyarakat kebanyakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang hidup dalam suasana majmuk, dan terdapat kesukaran untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu. Adapun penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih utama sekiranya terdapatnya ia.

Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.







Guna Dettol untuk Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan

Guna Dettol untuk Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan - Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 




Guna Dettol untuk Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan




Rahsia keluarga mummy ketika bulan Ramadan ialah dengan Guna Dettol untuk Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan ! Dettol merupakan salah satu jenama kegemaran keluarga kami.

Anak-anak pun dah tahu, Guna Dettol untuk Kekal Sihat  !

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!




Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.



Dettol Team at Bazaar Jalan Kuching

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 


Jom Guna Dettol Ketika Ramadan !



Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;

Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;

Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.




Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan



Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk 3 kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!




Team Dettol at Bazaar TTDI



Team Dettol at Bazaar Bandar Tasik Permaisuri


Untuk info lanjut, sila layari :-


MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG

MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG - Pasaraya Super Seven Kajang Perdana telah di buka. As usual, kalau kedai baru mesti ada banyak promo,kan? Kebetulan iklan Super Seven, Kajang Perdana ini lalu di timeline FB mummy (betul-betul iklan targeted, good job ! Tak sia-sia bayar iklan). Promosinya pula dari 24 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019 (Ahad last day).

MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG


MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG - Pasaraya Super Seven Kajang Perdana telah di buka. As usual, kalau kedai baru mesti ada banyak promo,kan? Kebetulan iklan Super Seven, Kajang Perdana ini lalu di timeline FB mummy (betul-betul iklan targeted, good job ! Tak sia-sia bayar iklan). Promosinya pula dari 24 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019 (Ahad last day).    MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG

MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG. Inilah perkara pertama yang membuatkan perasaan mummy mebuak-buak nak ke pasaraya Super Seven Kajang Perdana ! Mana nak dapat weiii berak RM1 untuk 5 kg ! 

Pertama kali mummy try makan beras Super Seven ni. Sedap ke idak tak tahulah, yang penting boleh jimat. Alhamdulillah ! Sekali sekala, kena makan beras pelbagai jenis. Jangan nak sedapkan anak tekak dengan beras memahal je !!

MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG - Pasaraya Super Seven Kajang Perdana telah di buka. As usual, kalau kedai baru mesti ada banyak promo,kan? Kebetulan iklan Super Seven, Kajang Perdana ini lalu di timeline FB mummy (betul-betul iklan targeted, good job ! Tak sia-sia bayar iklan). Promosinya pula dari 24 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019 (Ahad last day).    MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG

Untuk mendapatkan MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG ini ada syarat. Syaratnya kena register jadi member Super Seven semasa pembukaan di cawangan Kajang Perdana.

Murah je untuk jadi member pasaraya Super Seven ni. 1 tahun RM10. 

Manakala untuk 2 tahun keahliannya RM20 tapi FREE 1 tahun lagi. Bermakna 3 tahun keahliannya ! Dan, paling best jika register untuk 2 tahun ni. Akan dapat voucher RM10. Kesimpulannya, bayarannya tu RM10 je untuk 3 tahun.

Mummy apa lagi? Sign up teruslah 2 tahun, FREE 1 dan FREE voucher RM10. Lagi pun, dah depan rumah je kan. Pasti akan singgah berkali-kali. Barang basah, lauk, semua murah-murah kat pasaraya Super Seven ni.

Bawang merah 3 kg RM1.50, kentang 3kg RM1.50, bawang putih 5kg RM5.80 (tak silap mummy). 

Ayam RM3.99/kg, Telur sepapan RM6.90 dan banyak lagi lah offer.

Rasa macam nak borong bawa balik kampung je nanti, tapi asben dah warning awal-awal. Beli kat sana je nanti. Bonet penuh dah ! huhuhu


MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG - Pasaraya Super Seven Kajang Perdana telah di buka. As usual, kalau kedai baru mesti ada banyak promo,kan? Kebetulan iklan Super Seven, Kajang Perdana ini lalu di timeline FB mummy (betul-betul iklan targeted, good job ! Tak sia-sia bayar iklan). Promosinya pula dari 24 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019 (Ahad last day).    MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG


MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG - Pasaraya Super Seven Kajang Perdana telah di buka. As usual, kalau kedai baru mesti ada banyak promo,kan? Kebetulan iklan Super Seven, Kajang Perdana ini lalu di timeline FB mummy (betul-betul iklan targeted, good job ! Tak sia-sia bayar iklan). Promosinya pula dari 24 Mei 2019 sehingga 26 Mei 2019 (Ahad last day).    MURAH! BERAS SUPER SEVEN RM1 UNTUK 5KG

Tadaaaaaaaaaaaa... inilah beras super Seven ! Harga asal RM13.00 untuk 5 kg. Walau kena bayar membership. Tapi, mummy rasa, insyaallah mummy jimat banyak dah ni ! 

Korang yang nak tengok offer Super Seven ni secara online, boleh layari ke : https://www.facebook.com/TOPZELLER/

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG - Lagi beberapa minggu je nak raya ! Anak-anak kami dah tak sabar tu nak beraya, seronok depa bila raya. Samalah dengan mummy masa waktu kecil dulu, seronok bila nak raya. Yelah kan, semuanya serba baru ! Lepas tu tak sabar nak balik kampung jumpa saudara mara. Cerita bab raya dan balik kampung ni kan. Korang dah siap buat persiapan raya ke? Jom tengok apakah 5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG kami :-

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG 



5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG


KUMPULKAN PAKAIAN BARU DALAM LUGGAGE SELEPAS BELI - PERSIAPAN WAJIB RAYA KAMI

Mummy sejenis, kalau dah siap beli je barangan raya macam baju, kasut, seluar dan apa sahaja barangan raya untuk di bawa balik ke kampung. Mummy akan simpan dalam luggage terus.


5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

Senang nanti nak kira barang apa dah ada, dan barang apa yang tak ada lagi.

KEMAS RUMAH DAN MENCUCI - PERSIAPAN WAJIB RAYA KAMI

Sebelum balik ke kampung biasanya, mummy akan pastikan rumah dah bersih ketika di tinggalkan. Seawal 2 minggu sebelum raya, memang mummy akan pastikan cadar, toto, selimut, langsir semua sudah di cuci. Walau tak tukar yang baru pun , mesti cuci terlebih dahulu.

Habuk, sawang semua akan di bersihkan awal-awal lagi.


5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

Manakala, pakaian baru raya untuk di bawa balik ke kampung juga mummy akan cuci terlebih dahulu. Untuk elakkan perkara yang tak di ingini berlaku.

Apa? Korang ada yang belum beli baju raya lagi? Jangan risau, sekarang ini online je pun boleh. 






Kalau bab shopping online mummy sukakan Zalora. Kerana di sana bukan setakat baju raya je kita boleh cari, gelang raya, rantai raya, subang raya, kasut raya dan segala apa sahaja bab raya dari atas kepala hingga ka kaki pun ada.

Nak lagi jimat, gunkanlah Zalora Promo Code paling berbaloi kalau korang guna. Ada diskaun tambahan! Eh..eh ...kang ada juga ni kang yang check out Zalora ni kan. Tangan dah terasa gatal macam nak shopping lagi je, ni hehe.


KEMAS BARANGAN UNTUK DI BAWA BALIK KE KAMPUNG

Dah siap semua pakaian di cuci dan di keringkan, mummy akan lipat mana yang boleh di lipat. Manakala selebihnya, mummy akan gosok dan gantungkan sesiap. Ini memudahkan bila kami berada di kampung. Tak perlu nak menggosok baju banyak-banyak.

Lagi pun, bila dah berada di kampung kita mak-mak ni akan jadi super busy. Nak masak, nak kemas, nak uruskan anak, nak membawang (eh hahaha).


Kesemua pakaian dan barangan raya mummy akan masukkan dalam hard case luggage. Kami memang suka bawa hard case luggage sebab tahan lasak, senang nak sumbat dan barangan dalam hard case luggage tu tak mudah rosak (jika ada letak kotak dalam hard case luggage).



Kalau korang nak beli hard case luggage, mummy sarankan korang ke Lazada. Banyak pilihan dan harga hard case luggage di Lazada ni murah je.

Nak lagi DISKAUN?? Nah ! Gunakan Lazada Voucher , korang boleh jimat berganda !


BAJET UNTUK KOS BALIK KE KAMPUNG

5 PERSIAPAN RAYA WAJIB SEBELUM BALIK KAMPUNG

Oh ya, persiapan raya untuk ke kampung untuk bajet kos tol dan minyak jangan ambil endah tak endah juga ! Kang ada yang terus berkampung kat kampung kang hehehe.

Macam kami ini, KL- Taiping tu mungkin dalam beberapa ratus je. Tapi, tu bajet balik ke kampung sahaja. 

Nak kena kira juga minyak tol untuk berjalan ke sana sini selama berhari raya di Taiping tu. Bukan hari-hari bertapa dalam rumah je !


SEDIAKAN MAKANAN RINGAN DAN MINUMAN 

Sepanjang perjalanan raya kami setiap tahun, highway tak pernah tak jem. Pernah sekali tu hampir 8 jam untuk balik ke Taiping. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) pula, jangan cakap lah.

Memang tak boleh berhenti ! Sampai ke jalan raya orang parking kereta.

Oleh kerana kami ada anak-anak kecil yang agak ramai. Kami wajib sediakan makanan dan minuman untuk mereka nikmati ketika perjalanan pulang ke kampung.

Perut anak-anak kena jaga, bab ni penting ! Spoil mood depa, dengan mood semua orang jadi spoil sekali !