TITAN SUMMIT 2021 DR AZIZAN USAHAWAN JUTAWAN BAKAL KONGSI RAHSIA - Ya Allah seronoknya bila tengok ramai bumiputra berjaya dalam bisnes. Bukan kaleng-kaleng pendapatan mereka tau, berjuta ! Dan, paling seronok tu, semua tips bisnes, usahawan jutawan tu pun dari program Dr Azizan Titan Summit. Mummy ada juga kenalan yang dah masuk ke program Titan Summit ini. Bohonglah, kalau kata mummy tak jeles ! Mummy pun teringin sangat nak jadi salah seorang usahawan jutawan. Lelagi, bila terbaca perjalanan seorang usahawan jutawan Tuan Ruhil Amal, Founder by Reefa, beliau ini asalnya dari Pensyarah universiti awam. Sanggup meninggalkan kerjaya seorang pensyarah sebab nak jual baju kurung!
TITAN SUMMIT 2021 DR AZIZAN USAHAWAN JUTAWAN BAKAL KONGSI RAHSIA
Jual baju kurung sahaja pun boleh jadi usahawan jutawan ke? Haaaa..mummy ada terbaca sales bulan March sahaja beliau raih jualan sebanyak RM2.6 juta! Tu bulan pandemik tu ! Walau di luar sana ramai usahawan menjual baju kurung tetapi Tuan Ruhil by Reefa tidak gentar. Kerana apa? Kerana beliau berbekalkan ilmu di program Dr Azizan Osman iaitu Titan Summit. Apakah itu program Titan Summit?
Pertama sekali, kalau korang nak tahu, korang wajib join Program Titan Summit 2021 ini secara PERCUMA. Ye betul, PERCUMA sahaja. Di mana dalam program ini. Di program ini, korang akan dapat ilmu 'sharing' dari 100 usahawan jutawan dihimpunkan yang akan kongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.
100 usahawan jutawan ini, adalah sebahagian anak didik di bawah
RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang
terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.
PERJALANAN USAHAWAN JUTAWAN TUAN RUHIL FOUNDER BYREEFA
Macam mana Tuan Ruhil founder byreefa ini boleh berjaya dalam program Dr Azizan Osman ini? Ha..jom kita baca PERJALANAN USAHAWAN JUTAWAN TUAN RUHIL FOUNDER BYREEFA
Bermula pada tahun 2017, Tuan Ruhil merupakan seorang bekas pensyarah dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja.Beliau bermula dengan berniaga kain sulam. Niat berbisnes untuk menambah pendapatan keluarga. Mula fokus kepada bisnes dan pendapatan bergantung sepenuhnya kepada bisnes.
Walau bagaimanapun, dah nama bisnes ini, tentunya ada isu dan cabaran. Isu dan cabaran beliau adalah ingin menambah pendapatan dan bisnes sekadar untuk sara hidup
Di tahun 2018, Tuan Ruhil Daftar IMKK 2018 , di mana pada masa ini merupakan program IMKK terakhir. Seterusnya, beliau mengikuti program Titanium pada tahun 2018 dan tidak sampai 1 tahun, hasil jualan meningkat. Walau beliau hanya buat bisnes di sebuah rumah Semi-D 1 tingkat sahaja.
Di sini, beliau menyedari kekurangan beliau iaitu beliau tiada ilmu bisnes. Tetapi, hasil dari program ini. Beliau berjaya raih pencapaian jualan sebanyak 7 angka
Tahun 2019, menampakkan Tuan Ruhil lebih berjaya dari tahun sesebelumnya. Bisnes beliau telah beroperasi di rumah semi-D 3 tingkat. Bilangan staff juga meningkat ketika ini kepada 7 orang. Dan, dapat membawa staff ke Krabi, Thailand untuk bercuti.
Pada waktu ini, beliau sudah memahami apa sebenarnya bisnes. Pencapaian bisnes jualan juga lebih meningkat dari tahun sebelumnya.
Tahun 2020, bisnes Tuan Reefa telah berpindah ke 2 lot kedai 2 tingkat pada Februari 2020. Beliau juga mempunyai van byreefa untuk kegunaan syarikat. Dengan menambah lot kedai bawah. Beliau telah memecah rekod sales kepada RM 2.2 juta sebulan.
Kemudaian, belaiau menambah 1 lagi kedai pada Ogos 2020, membeli kereta Alphard, staf bertambah kepada 43 orang . Sehinggalah, beliau mempunyai 7 lot kedai, 4 lot atas.
Akhirnya, beliau telah memenangi anugerah Brandlaureate Award. Ketika ini, jualan bisnes beliau mencecah ke 8 angka.
Di tahun 2021, Tuan Ruhil meraih beberapa kejayaan antaranya :-
1. Upgrade ke program Titan Premier. Staf bertambah kepada 70 orang.
2. Menghadiahkan sebuah kereta untuk ibunya.
3. Konsisten bersedekah membantu masyarakat.
4. Dapat renovate rumah.
Ramai orang di luar sana masih fikir, berjawatan tinggi dengan pendidikan tinggi boleh tolong kita nak miliki pendapatan yang lebih tinggi. Tapi, adakah peningkatan pendapatan yang kita terima, dapat bantu kita untuk hidup lebih baik dan bebas dari beban hutang?
Ini apa yang berlaku kepada Puan Noor Faeizah Bt Tumari dan Tuan Ruhil Amal B Razali. Kalau dulu orang kata, semakin tinggi kita belajar, semakin besar pangkat yang kita terima, semakin besar pendapatan kita… tapi tah kenapa masih lagi tak cukup?
Dulu, Tuan Ruhil dan Puan Noor Faeizah adalah seorang pensyarah, tetapi selepas mereka berpindah ke Perlis, Puan Noor Faeizah terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pensyarah. Di Perlis, Puan Noor Faeizah memulakan perniagaan bermodalkan RM2,000 yang suaminya berikan.
Dalam masa yang sama beliau juga, mula melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, dan keluarga mereka bertambah bila dikurniakan pasangan anak kembar. Dan ketika inilah mereka mula rasakan keperitan hidup. Keluarga makin besar, perbelanjaan pun makin besar.
Walaupun suaminya bergelar pensyarah, masalahnya pendapatan suaminya pun tak cukup nak tampung kehidupan mereka. Hakikatnya, hidup mereka hanya cukup-cukup makan je. Sampaikan pernah lalui hampir tak beraya disebabkan tak ada duit untuk servis kereta.
Kisah silam inilah yang buatkan pasangan ini lagi kuat nak berniaga. Pada mulanya suka-suka, tapi mereka mula fokus untuk berniaga pada tahun 2015. Ketika itu perniagaannya suam-suam kuku sahaja, ada kalanya bagus ada kalanya tak. Awal-awal bisnes nak jual kain pasang sehelai pun susah sangat…
Bisnes ketika itu sangat bergantung kepada usaha mereka. Kalau mereka tak buka kedai, tak ada lah sales. Kalau rajin adalah sales tinggi, kalau malas..tak adalah. Dan mereka tak tahu pun macam mana nak buat untuk pastikan bisnes mereka terus berkembang dan jadi semakin baik.
Nak berjaya seperti Tuan Ruhil byreefa? Jom sertai program PERCUMA TITAN SUMMIT 2021 pada 24 sehingga 26 September 2021. Daftar terus di https://richworks.com/titansummit/blog/11
wah... sgt terinspirasi dgn tuan ruhil ni
ReplyDeleteInspired baca kisah bumiputera yang berjaya ni. Terus rasa nk berjaya mcm dorang.
ReplyDeleteSatu perkataan untuk usahawan ni. Kagum. Berkat semangat & tunjuk ajar dari sifu yang betul, diaorang berjaya ke tahap sekarang. Dulu orang cakap nak gaji tinggi, belajar tinggi-tinggi & dapat kerja besar. Tapi kerja besar pun belum tentu menjamin pendapatan kita akan stabil tiap bulan. Tambah2 nak bantu orang tua atau orang susah di luar sana. Dengan meniaga kita mampu buat semua tu. Yang penting kena konsisten & ada tunjuk ajar dari mentor yang boleh bantu kita macam DAO ni. Rugi siapa tak daftar TITAN SUMMIT ni.
ReplyDeleteKawan2 ana pun ramai join program richworks ni. Memang nampak lah aura dorang lps join.
ReplyDeleteKagum betul dengan founder. Tanpa jemu berusaha. Anak didik DWDAO hebat betul!
ReplyDeletePost a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com