Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman

Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan OsmanHai semua, hari ini kita nak menyelusuri kisah perjalanan seorang mentor usahawan terkenal di Malaysia iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ya, pelbagai isu timbul jika nama ini naik. Dari dulu lagi, ramai orang tak puas hati dengan DWDAO ini. Tapi Alhamdulillah, sekarang terbukti sebenarnya Datuk Wira ini benar-benar seorang mentor usahawan yang sangat berjaya.

Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Bukan senang-senang nak dapat gelaran Datuk Wira tau, semuanya diiktiraf. Malah, Syarikat RichWorks international juga diiktiraf sebagai syarikat pemasaran No 1 di Asia.


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Terdetik nak menulis entri ini kerana baru-baru ini ada ternampak di Instagram Asyraf Khalid, Datuk K meluahkan sesuatu pada majlis sempena hari lahir beliau. Agak panjang juga ucapan Datuk K, tetapi amat terkejut sebab rupa-rupanya ada kaitan Datuk Wira Dr Azizan Osman dengan Asyraf ni.

Tonton Video Instagram Asyraf Khalid Di Sini



“Perubahan Asyraf Adalah Kerana Azizan Osman” - Datuk K

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K jelas telah merakamkan penghargaan terima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ceritanya, Asyraf sebenarnya telah dibimbing oleh Datuk Wira sendiri dalam perniagaannya dalam tempoh 3 tahun sahaja, dilihat bukan sahaja perniagaan berubah, tetapi juga kehidupannya.

Menurut Asyraf, setelah bertemu dengan Mentornya iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman, Asyraf telah memasang niat dan tekad untuk mengubah diri lebih berjaya. Beliau juga mempunyai matlamat jelas ingin berjaya kerana bapanya.


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya.

Datuk K juga bercerita bahawa dahulunya, Asyraf adalah budak nakal dan mengecewakan kerana selalu merasa diri sukar berjaya. Tetapi perubahan hidupnya jelas dilihat setelah bersama Datuk Wira dalam program bimbingan Titan RichWorks.

Biarpun telah ada perubahan dan kejayaan dalam hidup, Asyraf melihat bahawa perjalanannya masih jauh dan beliau perlu teruskan dengan lebih baik lagi. Namun, sangat bersyukur mendengar luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”

“Azizan Osman Mentor Terbaik Bukan Untuk Bisnes Semata” - Asyraf Khalid


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Menurut perkongsian video itu juga, bagi Asyraf, Datuk Wira adalah mentor terbaik yang bukan hanya membantu dari sudut bisnes semata-mata, tetapi secara holistik dimana ia turut membimbing berkaitan kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan yang Maha Esa.


Selain pengajaran yang menyeluruh tentang kehidupan, nilai-nilai juga diterapkan dalam kalangan titan RichWorks. Titan adalah kelas bimbingan secara dekat dengan Datuk Wira secara keseluruhan bisnes usahawan Titan.


Beruntungnya jadi Titan, segala masalah dalaman dan luaran syarikat semuanya akan dibimbing oleh Datuk Wira. Boleh dikatakan Titan ini adalah mereka usahawan yang bakal jutawan dan multi jutawan.

Ahli titan juga tidak sendirian, rakan-rakan sesama sendiri sangat terbuka untuk berkongsi ilmu.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," - Asyraf


“Saya Cemburu Dan Kagum Dengan Azizan Osman” - Datuk K


Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.”

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”

Ungkapan Datuk K ini benar-benar membuatkan kita semua terfikir, sebenarnya besar sangat jasa Datuk Wira sampaikan Datuk K yang merupakan ahli perniagaan berjaya sendiri merakamkan penghargaan kepada beliau.

Datuk K juga menasihatkan ramai usahawan diluar sana untuk terus menjaga sikap walaupun telah berjaya, jangan ego. Sebaiknya kita semua haruslah merendah diri dan saling bantu usahawan yang lain juga.

RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan Osman Komited Bantu Usahawan



Mentor Usahawan Satu Dalam Seribu, Azizan Osman


Dengan pelbagai masalah yang dihadapi usahawan pada tahun 2022 ini, Richworks komited membantu para usahawan. Banyak kelas percuma diadakan untuk menaikkan semangat dan membimbing usahawan dalam kepimpinan dan pemasaran.

Sangat rugi jika dilepaskan begitu. Terbaharu, ada program Bina Bisnes Berjaya yang bakal diadakan Percuma. Dengar kata, ada jutawan usahawan richworks yang boleh kita saksikan sendiri nanti. Menariknya!

Semoga usahawan di Malaysia ini terus berjaya dan jangan putus asa. Mentor sangat penting untuk kita berjaya dengan lebih cepat dan mudah. Richworks yang bakal menjadi netflix buat usahawan pada tahun 2025 ini sentiasa memberi terbaik buat kita semua.

Maklumat lanjut, boleh layari www.richworks.com

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP !

JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP ! - Bila mummy merungut badan cepat letih. Ramai yang mencadangkan mummy untuk mengambil jamu. Huhu bila sebut pasal jamu. Teringat akan pahitnya dan tentu-tentunya tak sedap. 

JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP !

JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP !


Bila Google dan cari info jamu berbentuk kapsul, mummy ada nampak tentag Jamu Ratu Emas Capsule ! Boleh ke JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP ?

Nak tahu serasi ke idak JAMU RATU EMAS ? Mummy tak fikir panjang dah, terus kasi 'on' hahaha. Lagi pun bukan susah nak consume pun, telan 2 biji sehari selepas breakfast je. Memang tak ada rasa pahit langsung !

JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP !

Selepas mummy dah cuba, baru mummy berani nak share story Jamu Emas Capsule ini di blog. Ya Allah guyssss, memang berkesan dengan badan mummy ! Immediately Effect ! Alhamdulillah, pagi hari pertama ambil Jamu Emas Capsule . Tengah hari , petang tu badan rasa ringan, angin kerap keluar sendiri dari badan. Memang sedap badan mummy dah , kurang letih asbab dari Jamu Ratu Emas Capsule.


Jangan risau tau, Jamu Ratu Emas ini bebas dari bahan terlarang dan merbahaya. Tidak mengandungi :
Hormon 
Pengawet 
Gluten 
GMO 
Antibiotic 
Bahan kimia

Jamu Ratu Emas ini LULUS KESEMUA LAB TEST seperti KKM, HALAL, GMP. UNDER PHARMACEUTICAL : MAL16110048TC

Bahan utama Jamu Ratu Emas Capsule ini mengandungi Kacip Fatimah, Manjakani, Pokok Serapat dan Kunyit hidup.


JAMU RATU EMAS MEMBERI TENAGA, KURANG LETIH, TIADA KEPUTIHAN DAN ASET MANTAP !


KEBAIKAN JAMU RATU EMAS
 

Kebaikan Jamu Ratu Emas Capsule :-
Merapatkan/mengetatkan miss v
Merawat masalah miss v gatal-gatal
Merawat masalah keputihan & lendir berlebihan 
Menghilangkan bau busuk
Mengurangkan sakit haid / senggugut
Membaiki kitaran haid
Payudara lebih montok
Punggung lebih anjal & bulat
Menambahkan tenaga dalam badan
Awet Muda
Jamu Ratu Emas sesuai diamalkan seawal umur 16 tahun ke atas 

CARA PENGAMBILAN JAMU RATU EMAS 

1 Botol ada 30 biji. Makan 2 biji pada waktu pagi setiap hari selepas sarapan. Lebihkan minum air masak.




Elakkan pengambilan caffein dan gula berlebihan.

Waktu period tidak di galakkan mengambil Jamu Ratu Emas Capsule kerana khasiatnya hanya akan serap 80% time period .

Jamu Ratu Emas tidak disarankan untuk ibu mengandung.

Tetapi untuk bf mom boleh consume selepas baby berusia 2bulan keatas kerana Jamu Ratu Emas mampu kecutkan peranakan serta tambah susu ibu


TESTIMONI JAMU RATU EMAS


TESTIMONI JAMU RATU EMAS
TESTIMONI JAMU RATU EMAS - Sakit dan lenguh badan hilang

TESTIMONI JAMU RATU EMAS
TESTIMONI JAMU RATU EMAS - haid teratur


Haaa..bukan je mummy nampak perubahan selepas ambil Jamu Ratu Emas, sebenarnya banyak tau testimoni positif dari pengguna Jamu Ratu Emas .




Harga Jamu Ratu Emas ini , RM129.00 sebotol / RM258.00 2 botol

Tapi sekarang ada promosi RM80 sebotol / RM150 2 botol
FREE POSTAGE. Lagi best , kalau beli sekarang ada free gift makeupkit / perfume

Nak dapatkan di mana? Boleh dapatkan terus di



INFO LANJUT JAMU RATU EMAS BY ReBEAUTY :

Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main

Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main - Siapa-siapa pun boleh berniaga. Siapa-siapa pun boleh buka perniagaan. Siapa-siapa pun boleh jadi usahawan. Siapa-siapa pun boleh jual itu dan jual ini.


Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main


Persoalannya sekarang, pandai berniaga atau tidak? Pandai untuk menjual atau tidak? Pandai untuk mencari pelanggan atau tidak? Pandai untuk menyelamatkan bisnes yang hampir jatuh atau tidak?


Jangan Ego Kalau Nak Berjaya



Kalau tak pandai jangan buat-buat pandai. Kalau tak pandai juga tak semestinya sampai bila-bila tak boleh pandai. Yang penting kena bertindak cari ilmu kerana ilmu ni tak boleh datang bergolek-golek. Mana nak cari ilmu? Apa kata follow RichWorks.


Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main

Pemilik-pemilik harus mencari ilmu dalam bidang perniagaan dan bertindak untuk tambah pengetahuan tentang konsep berniaga, barulah perniagaan boleh menjadi semakin maju hari demi hari dengan izin Allah SWT, insya-Allah.


Nak cari ilmu dalam Malaysia ni tak susah sebenarnya. Ada banyak sifu dan ramai mentor seperti RichWorks yang bersedia memberi tunjuk ajar.


Perlu Ada Mentor Kerana Bisnes Sekarang Sangat Mencabar



RichWorks Internasional adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang usahawan pemasaran dan pembangunan peribadi. Misi RichWorks untuk menjadi rangkaian ‘netflix’ pendidikan usahawan dengan mensasarkan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025.


Paling membanggakan program Wanita Bangkit Berjaya pernah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat. RichWorks turut komited membantu usahawan untuk bangkit daripada permasalahan demi banjir dan pandemik baru-baru ini.


Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main


Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi dan apa yang dikatakan itu memang ada betulnya.

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman Ini Sebenarnya?


Doktor Datuk Wira Dr Azizan Osman berpengalaman luas sejak tahun 2001 dalam bidang pemasaran. Beliau pernah menguruskan banyak portfolio pengiklanan untuk beribu buah syarikat industri kecil dan sederhana IKS.


Ada juga organisasi-organisasi yang mendapat perkhidmatan beliau seperti Digi, Celcom, Maxis, HSBC, Standard Chartered dan banyak lagi. Beliau diiktiraf sebagai pakar di dalam bidang latihan pembangunan usahawan dan pemasaran terbaik di Malaysia.


Disebabkan itu para usahawan sepatutnya mencari ilmu dengan lebih luas boleh ikut mentor mentor seperti Datuk Wira Dr Azizan Osman ini untuk mendapat manfaat dalam bidang bisnes bagi menyelamatkan perniagaan masing-masing.


Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main


Datuk Wira Dr Azizan Osman pernah menyatakan pelbagai perkara berkaitan ini.


“ Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. “


“Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?”


“Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!”


Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main


Slow Dari Pasaran Tunggu Untuk 'Mati'


Pasaran sekarang lebih perlahan kerana ramai orang sedang dalam fasa berjimat. Lagi-lagi setelah musibah banjir baru-baru ini.


“ Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”


“ Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. “


“ Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. “


Jangan Terus Buang Masa, Bertindak Segera Sebelum Makin Teruk


Jika baru nak mula berniaga, teruskan usaha. Jika dah mula berniaga, kekalkan prestasi. Jangan main-main. Bukan mudah nak berjaya tapi cukup mudah untuk gagal dan jauh dari sebuah kejayaan.


“ Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? “


“ Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. “


“ Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. “


Dr Azizan Osman Ajak Kita Kutip Ilmu, Jom!


Cabaran Berniaga Makin Lama Makin Payah! Jangan Main Main


Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah. Hakikatnya tahun 2022 ini akan menyaksikan cabaran yang makin susah. Masing-masing sedang berusaha untuk berjaya dalam perniagaan yang di bina.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.

Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang juga! InshaAllah kita sama-sama dapat sedikit sebanyak manfaat darinya.

4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan

4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan - Teringat sebelum kami bercuti di Ipoh Perak, singgah makan McDonald's di KLIA Sepang. Pepahamlahkan, McDonald’s di KLIA tu sentiasa ramai orang. Jadi, bila kami dah dapatkan meja dan tempat untuk kami 3 keluarga. Takkan nak bangun pula. Risau tempat duduk atau kerusi di ambil orang . Mujur boleh order McDonald's dari meja menggunakan telefon bimbit sahaja. Order di meja tu baru satu (1) ciri yang dapat memudahkan pelanggan dari aplikasi McDonald's tau !

4 Ciri Order & Collect McDonald’s Memudahkan Pelanggan


4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

Sebenarnya, ada 4 Ciri Order & Collect McDonald’s memudahkan Pelanggan. Antaranya :-

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

1. Bawa Pulang (Takeaway)

Pelanggan tidak perlu susah payah beratur di restoran. Hanya membuat pesanan melalui telefon bimbit kemudian terus ke kaunter mengambil pesanan di kaunter.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan


2. Makan di Restoran (Dine-in)

Yang ni, seperti keadaan kami makan di McDonald's KLIA. Duduk di meja, dan terus boleh membuat pesanan di meja melalui telefon bimbit. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja di restoran.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)

Pandu lalu ini pula, bukan pandu lalu secara beratur. Tak perlu beratur pun. Buat pesanan awal di aplikasi McDonald's dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

4. Pandu-Masuk (Drive-In)

Yang ini pula, ciri terbaharu juga, hanya meletakkan kereta di tempat letak yang disediakan. Buat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta.

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan


4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan


Mummy sangat sukakan ciri terbaharu McDonald's ni. McDonalds's sangat memahami kehendak pelanggan mereka. Kerana cirinya, dapat menjimatkan masa kita. Masa itu emas, bukan ! 

4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan



“Di McDonald’s Malaysia, kami sentiasa memikirkan cara baharu dan inovatif untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kita kini berada dalam era dimana semua pengguna saling terhubung antara satu sama lain. Kemahuan dan keperluan mereka telah berubah, dan kemudahan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan ciri Order & Collect, tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan menunggu untuk membuat pesanan. Ini adalah pengalaman yang lancar untuk pelanggan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Sistem ini tak kiralah kita nak makan di restoran ataupun bawa pulang. Semua dapat menjimatkan masa pelanggan ketika ingin memesan hidangan McDonald’s kegemaran.

Hanya dengan mudah hanya dengan satu klik. Pesanan akan disediakan serta-merta oleh restoran yang dipilih pelanggan selepas pembayaran dibuat melalui Visa atau MasterCard.


4 Ciri McDonald’s Order & Collect Memudahkan Pelanggan

Ciri Order & Collect McDonald’s pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2021 di restoran-restoran terpilih sekitar Lembah Klang dan kini dikembangkan ke semua restoran McDonald’s di seluruh Malaysia. Tetapi, Malaysia merupakan pasaran pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan ciri ini. Hebat,kan McDonald's Malaysia?

Manakala aplikasi McDonald's pula telah dilancarkan pada April 2018, menjadikan salah satu aplikasi di kedudukan teratas di Malaysia. 

Jangan lupa ye, mulai sekarang hingga 6 Mac, semua pelanggan McDonald's boleh menikmati ganjaran percuma setiap minggu apabila mereka membelanjakan RM25 untuk Order & Collect melalui Visa. 

Untuk pengalaman ciri Order & Collect baharu, muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store.


SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH  - Tak susah dah kot nak samak atau sertu najis Mughallazah (najis berat) ! Bila SAFI dah keluarkan skrub mandian antibakteria yang boleh di guna pakai untuk sertu / samak. .Mummy sangat yakin dengan SAFI Sertu ni sebab produk ini telah mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini dirumus dengan 100% tanah liat sumber asli yang berkualiti tinggi, dan diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Ekstrak Bidara. Ia dihasilkan di kilang Safi yang merupakan pengeluar utama produk-produk kosmetik halal dan telah diuji secara dermatologi yang dapat membantu untuk membasmi kuman.

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH


SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH



Kini umat Islam boleh #WashwashTanpaWasWas dengan mudah dan cepat bagi menunaikan ibadah agama 

Jenama penjagaan diri halal nombor 1 di Malaysia, Safi, tampil dengan solusi mudah dan pantas bagi umat Islam menjalankan proses menyucikan najis mughallazah dengan produk Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria.

Sertu ialah menyucikan diri daripada najis mughallazah (anjing dan khinzir serta terbitannya) yang terkena pada badan, pakaian, tempat ataupun permukaan. Ia dilakukan secara tujuh kali basuhan dengan air mutlak, dan salah satunya air bercampur tanah (sebaiknya pada basuhan pertama).

Berbeza dengan sertu, samak ialah menyucikan kulit haiwan (selain anjing dan khinzir) untuk sebarang kegunaan dengan cara membersihkan sisa daging, bulu, kotoran dan lain-lain yang melekat di kulit dengan menggunakan air atau bahan-bahan lain.

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dapat memudahkan masyarakat Islam dalam aplikasi sertu terutamanya jika terdapat situasi yang tidak diingini atau dielakkan yang melibatkan najis mughallazah, seperti di klinik veterinar, pekerja penghantaran makanan, anggota polis skuad anjing pengesan dan anggota bomba.

Kaedah mudah sertu menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria telah disemak oleh panel Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara panel penasihat Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dari IFFAH diketuai oleh Pengarah IFFAH, Prof. Dr. Irwan Mohd Subri dan dianggotai Ketua Program, Sarjana Muda Syariah (Industri Halal), Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Mahyeddin bin Mohd Salleh dan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM, Dr. Mohd Nasir bin Abd Majid.

Kesemua produk Safi dibangunkan melalui kajian yang teliti oleh pasukan penyelidik berdedikasi di Safi Research Institute (SRI), sebuah makmal kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia yang dikhususkan untuk pembangunan produk Halal berkualiti tinggi, mengikut piawaian kualiti global.

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH


CARA PAKAI SAFI ANTIBAKTERIA UNTUK SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH


Mudah gunakan SAFI sertu berbanding sertu / samak cara tradisional.

Berikut adalah langkah-langkah mudah menggunakan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria :
i. Pastikan anggota badan yang terkena najis mughallazah telah dibersihkan daripada zat najis tersebut

ii. Basuhan pertama adalah dengan campuran sedikit Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria dengan air mutlak dan sebatikan sehingga air menjadi keruh.

iii. Selepas itu, diikuti basuhan anggota badan/tempat yang ingin disucikan dengan air mutlak sebanyak 6 kali.


Compact package . Nak bawa ke mana-mana pun senang. Tak kiralah nak bawa berjalan dalam Malaysia. Ataupun nak bawa ke naik flight bercuti di luar negara
Memang mudah !

SAFI ANTIBAKTERIA CARA MUDAH SERTU / SAMAK NAJIS MUGHALLAZAH

Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria boleh didapati dalam pek tiub 300 gram. Masyarakat Islam yang ingin melakukan proses sertu kini boleh #WashwashTanpaWasWas dengan mendapatkan Safi Skrub Mandian Sertu Antibakteria di pasar raya dan pasar raya besar atau secara atas talian melalui Shopee pada harga RM 15.90 sahaja.


PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI

PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI - Dua hari lepas agak seram juga menantikan pengumuman dari Menteri kita Khairy Jamaludin. Ghisau PKP tak boleh sekolah dan tak boleh keluar rumah hahaha. Memanglah, bahaya virus COvid-19 ini dan angka positif Covid-19 pun semakin meningkat. Mau tak risau anak-anak kita. Cumanya, nak tune balik masa dan cara kerja tu yang kena amek masa tu. Lelagi, mummy ni kerja sendiri kan !

PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI

PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI


Bila dah dengar PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI terasa okaylah sedikit, sebab tak mempengaruhi jadual kerja dan rutin mummy. Budak-budak pun lagi 2 minggu je nak habis sekolah. Tu pun dah satu kelegaan !

Dalam PENGUMUMAN KENYATAAN MEDIA OLEH KJ KKM PADA 7 FEBRUARI, KJ menyatakan seperti gambar di atas juga antara intipati lain :


1- Syarikat membenarkan pekerja untuk bekerja di rumah. Mana yang boleh work from home , minta di benarkan work from home. Ini adalah salah satu langkah yang bagus. Cuma, mummy ni ada banyak pengalaman sesebelum ni kerja dengan orang. Erm...kebanyakan boss terutama di syarikat swasta ni, susah nak percayakan pekerjanya work from home. Kalau boleh nak nampak depan mata . Huhuhu.


2- Syarikat harus memberi insentif dengan memberi pelitup muka yang berkualiti untuk pekerja. Rata-rata, pelitup muka ni, semua nak kena beli sendiri huhuhu. Bagi kerja sendiri macam mummy ni, tak apalah. Tapi, yang makan gaji tu kan, hari-hari berkumpul satu ofis tu, agak bahaya kalau pakai pelitup muka yang kurang berkualiti.


3- Mengadakan majlis ataupun acara dengan skala kecil. Alhamdulillah, dah boleh buat majlis dah sekarang, cuma ada SOP tertentu dan juga berada dalam kapasiti yang kecil. 


4- Penerima suntikan dos penggalak boleh memilih jenis vaksin yang diinginkan. Ramai yang tak ambil dos penggalak lagi kan. Mummy , daddy, tok mak, tok, adik beradik semua settled. Malas nak fikir banyak ! Mana yang baik, kita ikut.


5- Mereka yang berumur 60 tahun ke atas perlu mengambil dos penggalak selewatnya Februari 2022 untuk mengelakkan status tidak lengkap vaksinasi.


6- Penerima dos lengkap vaksin Sinovac perlu mengambil suntikan dos penggalak untuk mengelakkan status tidak lengkap vaksinasi. Pepahamlahkan Sinovac ni, kontroversi lain machiam ! Lelagi kalau nak travel ke negara omputih, minta 1 dos pfizer kalau boleh. Mummy pun 2x Sinovac, 1 Pfizer. 

Apapun, semoga kita sentiasa di bawah lindungannya...amin..
Take care semua !


BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT

BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT - baru ada masa nak citer projek zaman PKP 1.0 dan 2.0 tempoh hari. Ni angka positif Covid naik kembali huhuhu. Baru nak bertenang dengan virus dan statistik COvid-19 , naik pulak kes satu duni bulan ini ! Perghhhhh, PKP balik ke macam mana ? Bukan Malaysia je yang kes naik, banyak negara juga naik dah ni. Nak cakap banyak pun tak boleh , kang ada yang marah hehehe. Tak apa lah, apa pun mummy nak tepek aktiviti PKP 1.0 dan 2.0 baru ini.

BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT


Serius tau, BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT. Kalau tak PKP tu, macam tu je lah rumah. Nak kemas pun sekadar kemas je lah. Nak bagi sistematik tu macam tak ada masa je.


BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT

Bekas putih dalam peti ais tu , bagus sangat. memang mummy suka sebab dia macam bagi space, nak sumbat coklat, gula-gula, buah sangat sesuai.

Kalau tak ada bekas tinggi gitu, bertabur nanti coklat, gula-gula dan buah. 

Keburukkannya bila barang semua tak ada (habis) tak restock, nak kena bawa keluar dan kemas kat luar pulak


BILA PKP, MACAM BIASALAH KITA HOME EDIT, KITCHEN EDIT DAN FRIDGE EDIT

Rak pantry sebelah peti sejuk. Dulu plan nak buat kitchen cabinet facing me facing. Tapi macam malas la pulak. So letak je heavy duty rack kat sini.

Atas tu, tempat letak blender, rice cooker, dan tempat letak gula,  bawah pula tempat letak periuk kukus, rempah ratus, garam, dan ala-ala pantry punya barang.|

Tempat rempah ratus, garam, megi je yang di edit. Beli bekas macam tu, botol tak mudah jatuh. 

Mujur ada bekas ngan dengan almari kami tu. Gigih ukur mengukur !

Semua bekas tu, beli di Mr DIY sahaja. Banyak pilihan, dan stok pun banyak.