Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya

Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya - Game Sakan? Jom Sertai Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Hari Raya Ini!

Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya



Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya



Mobile Legends, komuniti permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara memperkenalkan avatar baharu untuk menarik pemain yang lebih muda menerusi kempen 515

Mobile Legends: Bang Bang, komuniti permainan mudah alih terbesar mengumumkan tiga wira terbaru yang bakal bertempur; Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk menghangatkan lagi kempen 515 menjelang Hari Raya ini.

MOONTON melihat pemilihan tiga selebriti ini sangat menepati sasaran dan perancangan syarikat teknologi yang berpengkalan di Shanghai itu untuk mengukuhkan pasaran di Asia Tenggara.


“Sejak dikeluarkan pada 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan.

“Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang berbakat besar di Malaysia dan telah menerima banyak pengiktirafan. Dia juga seorang wanita muda yang mengkagumkan dan bertenaga. Bersesuaian dengan karakter dan karisma dimiliki, kami mahu pemain wanita kami mengenali wataknya yang kuat.


“Hairul Azreen pula adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pemain Mobile Legends di Malaysia. Dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam kerjaya seni dan seni mempertahankan diri, menjadikan Hairul Azreen persona yang sangat sempurna dalam Mobile Legends.

“Hun Haqeem, beliau berasal daripada negeri Sarawak dan secara tidak langsung menyempurnakan identiti Citrawarna Malaysia. Dengan dinamik mudanya, dia melengkapkan Trio MLBB 515 pada musim perayaan ini”, katanya.

Menariknya, setiap Wira Mobile Legends ini direka bersesuaian dengan imej sebenar selebriti terpilih supaya para peminat boleh mengenali bintang kegemaran mereka itu.


Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya

Janna Nick sebagai Tangwanwan
Seorang penstrim berbakat dan muzikal, kemahiran Tang Wanwan adalah melontar dart. Perwatakannya yang ringkas, peramah dan tegas akan mendedahkan dirinya apabila bertemu Black-Dragon. Ketahui sebab Black-Dragon memainkan peranan penting dalam pengembaraan Tang Wanwan apabila menerima jemputan ke M-World dan memilih untuk bertarung di sana.


Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya

Hun Haqeem sebagai Ling
Seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan seorang murid kepada Dragon Master, yang perjalanannya tidak dijangka dalam permainan ini. Pakar seni mempertahankan diri yang berdaya saing dan angkuh telah bertemu dengan Zilong di M-World dan mencetuskan pertarungan sengit. Ketahui mengapa Ling dan Zilong tidak sepakat sepanjang pengembaraan mereka!


Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya

Hairul Azreen sebagai Yin
Seorang pemain game yang bersemangat dan berbakat dalam kehidupan sebenar dan di M-World, Yin telah membentuk personanya sebagai seorang genius game yang juga peramah dan berfikiran terbuka. Walau bagaimanapun, jangan tertipu dengan daya tarikannya yang optimis. Yin seorang yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi untuk menguasai semua jenis permainan dan muncul juara. Adakah Yin berjaya melepasi semua cabaran untuk memasuki M-World?


“WE is better than ME” - Get together, unite and party at the 515 annual event

Mobile Legends tahunan: Bang Bang 515 M-World yang bakal bermula pada 12 April hingga 23 Mei 2022 akan menyaksikan lebih 100 juta pemain aktif bersatu untuk satu siri aktiviti dalam permainan yang menakjubkan sambil meraih pelbagai ganjaran.

Sepanjang aktiviti berlangsung, pemain bakal menikmati:


● Pesta Karnival 515 + Jualan Kilat 515 (12 April - 28 April)

● Kulit Baharu (New Skins)

● Bonus Log-Masuk 515

● Sistem pertempuran serba baharu: Kem Penciptaan

● Oracle Psionic (25 April - 16 Mei)

● Akses Percuma Semua Wira (7 & 8 Mei)

● Perlindungan Bintang apabila bekerjasama dengan rakan (15 April - 15 Mei)


Selain itu pembangun Moonton juga teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan jenama elektronik terkemuka dunia, Samsung yang juga akan hadir di ALLSTAR Showdown 2022.

“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.

Tang Wanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Mobile Legends: Bang Bang di Facebook, Youtube dan TikTok. 

Muat turun permainan dan nikmati perayaan di App Store dan Google Play sekarang!

LINK UNTUK TEASER TANG WANWAN:- https://fb.gg/v/cm4LjCqHt2/

1 comment on "Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem di Hari Raya"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com