TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN UNTUK SARINGAN AWAL SERTA BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN UNTUK SARINGAN AWAL SERTA BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK  - Macam mana nak tahu, normal atau tidak tumbesaran mental dan fizikal anak-anak kami? 


Adakah perkembangan mental dan fizikal mereka normal atau ‘on track’ ? 


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN UNTUK SARINGAN AWAL SERTA BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK




Jom serahkan persoalan anda kepada TOY EIGHT. TOY EIGHT merupakan sebuah syarikat pemula niaga (startup) teknologi pendidikan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari Jepun.


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Masaki Ishibashi (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT) dan Shun Matsuzaka (Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT).



“Kami percaya, memahami dan menerima tahap perkembangan semasa kanak-kanak adalah langkah pertama dalam ilmu keibubapaan dan pendidikan. Mengenalpasti di peringkat awal ciri-ciri dan tahap perkembangan kanak-kanak adalah penting untuk ibu bapa dan guru membuat keputusan tentang cara membesarkan mereka. Hanya selepas itu seseorang boleh memutuskan cara untuk mengoptimumkan aspek pembelajaran. Dari sudut pandangan ini, kami bimbang dengan fakta yang dilaporkan bahawa kebanyakan negara Asia tidak memiliki sistem nasional untuk menyaring perkembangan kanak-kanak,” kata Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT.


Mengakui bahawa setiap kanak-kanak memiliki keupayaan berbeza, TOY EIGHT meraih sokongan daripada universiti-universiti terkemuka negara, Universiti Malaya dan Sunway University, bagi membangunkan alat saringan dan mewujudkan norma nasional untuk menjadikan saringan tersedia secara meluas di Malaysia. Seterusnya, ia dapat membantu ibu bapa muda mengenali sifat anak mereka secara semula jadi dan mengembangkan potensi diri dengan memahami karakter unik anak mereka, di samping mengenal pasti kebimbangan dan kelewatan supaya mereka boleh mendapatkan bantuan awal daripada profesional. Alat saringan tempatan ini memberi tumpuan kepada keupayaan perkembangan awal kanak-kanak seperti motor halus, kognitif, bahasa reseptif, dan ekspresif.


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

(Dari kanan) Masaki Ishibashi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif TOY EIGHT; Dr Woo Pei Jun, Ketua Jabatan Psikologi, Universiti Sunway; Dr Ponmalar N Alagappar, Timbalan Pengarah Pusat Latihan Internship & Pengayaan Akademik Universiti Malaya; Encik Mah Chun Wai, Pengarah & Ketua Pasukan, Perhubungan Pelabur InvestKL dan Shun Matsuzaka, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Kreatif TOY EIGHT pada pelancaran program saringan digital TOY EIGHT.

Bagi memastikan ketepatan saringan, pasukan projek yang terdiri daripada Universiti Malaya, Sunway University, dan pakar Jepun telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam memuktamadkan serta menyetempatkan item ujian, menjamin kriteria penilaian berkualiti tinggi, dan mewujudkan norma untuk meminimumkan kesilapan manusia. Laporan saringan TOY EIGHT diterjemahkan dengan cekap dan mudah difahami. Jika terdapat mana-mana bahagian yang perlu ditangani, laporan itu akan memberikan pengetahuan asas dan ibu bapa boleh menggunakannya sebagai langkah pertama untuk mendapatkan bantuan atau menjalani ujian tambahan.


“Menerusi kerjasama ini, kami menyasarkan untuk menangani isu sosio-pendidikan di Asia Tenggara dengan menjadikan penilaian perkembangan ini berpatutan dan boleh diakses sambil meningkatkan pemahaman terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan pantas dalam komuniti dan kawasan berbeza,” kata Masaki.






TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Toy Eight Taman Permainan Untuk Saringan Awal Serta Bantu Tumbesaran Dan Perkembangan Anak


Disebabkan pilihan saringan perkembangan yang terhad di Malaysia, TOY EIGHT mengambil peluang untuk memperkenalkan program saringan digital pertama di negara ini, yang ditawarkan menerusi peranti telefon pintar.


Berserta dengan soal selidik yang telah diisi oleh ibu bapa, ia direka bentuk untuk menilai perkembangan kanak-kanak dalam lima bidang utama

>> Motor Kasar

>> Motor Halus

>> Pertuturan dan Bahasa

>> Perkembangan Kognitif

>> Tingkah Laku Sosial/Adaptif

>> Secara kasar, pandangan awal.



TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Salah satu aktiviti yang diperkenalkan di TOY EIGHT


Saringan perkembangan hanyalah satu kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda berisiko mengalami perkembangan yang terbantut. Sama seperti mereka yang dewasa, kanak-kanak membesar mengikut rentak mereka sendiri, namun adalah penting untuk memantau kemajuan mereka kerana ia mungkin menunjukkan masalah berpotensi membabitkan tumbesaran dan perkembangan.


Malaysia dilaporkan menjadi antara negara tertinggi yang mengalami masalah keciciran pembelajaran di kalangan negara Asia yang sedang pesat membangun, demikian menurut penyelidikan Bank Pembangunan Asia. Salah satu contoh ialah hakikat bahawa segelintir kanak-kanak tidak dapat mengenali huruf pada usia lima tahun, sekali gus menunjukkan satu cabaran dalam kemahiran bahasa. Dalam sesetengah kes, kanak-kanak tidak boleh menuruni tangga tanpa sokongan. Ia juga memberi penekanan bahawa tahap ketidakmatangan dalam kemahiran sosial dan emosi adalah ketara.


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Mengenali warna - Salah satu permainan interaktif yang diperkenalkan di TOY EIGHT


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Buku bergambar

TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Paper challenge


TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Cabaran Tublock


Disebabkan pilihan saringan perkembangan yang terhad di Malaysia, TOY EIGHT mengambil peluang untuk memperkenalkan program saringan digital pertama di negara ini, yang ditawarkan menerusi peranti telefon pintar.



TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK

Sensori aktviti 




Mummy lihat TOY EIGHT seperti pusat permainan kanak-kanak yang biasa kami lawati.


Tetapi, sangkaan mummy tidak benar sama sekali.


Di TOY EIGHT, setiap permainan yang dimainkan oleh anak akan dinilai oleh pakar perkembangan anak.


Melalui penilaian bermain, TOY EIGHT akan dapat lihat dengan lebih jelas bakat dan kekuatan yang ada dalam diri anak kita.




TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK


Serius ! Mummy sangat teruja dengan TOY EIGHT


Bab nak tahu kelebihan anak tu, siapa yang tak teruja, kan? 

Jomlah bawa anak ke TOY EIGHT, Tingkat 3, The Garden Mall KL



Oh ya, sambil menunggu anak bermain, ibu bapa juga boleh lepak santai di parents lounge 


Sambil nak cek emil ke kerja online ke, kan? Ada wifi disediakan di sini


Untuk informasi terkini dan promosi boleh layari ke : www.toyeight.com


1 comment on "TOY EIGHT TAMAN PERMAINAN UNTUK SARINGAN AWAL SERTA BANTU TUMBESARAN DAN PERKEMBANGAN ANAK"
  1. Menarik tempat tu.. Its good for our children's mind and knowledge

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com