Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+

Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+ - Korang dah siap persediaan untuk bulan Ramadhan? Bila berbicara tentang bulan puasa ni, biasanya mummy akan pentingkan pengambilan protein dalam menu Ramadhan mummy. Antara Menu Ramadhan kegemaran mummy ialah Overnight Oats with Fernleaf Protien+. Almaklumlah, badan perlu ada tenaga dan juga kita perlu memilih makanan yang mengenyangkan ketika berpuasa.

Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+


Korang dah belek-belek Resipi Menu Ramadhan ke tu? Kalau tak ada idea jom buat Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+ Lagi beberapa hari sahaja kita nak menyambut bulan Ramadhan, kan ! (ejaan betul megikut Dewan Bahasa Pustaka adalah 'Ramadan'. Tapi, ikut tulisan jawi sebutan masih 'Ramadhan').

Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+

Sebelum tu, meh mummy share dulu kenapa mummy memilih pengambilan protein dari Fernleaf Malaysia.

Lima Sebab Mengapa Fernleaf Malaysia Komited Untuk Memenuhi Keperluan Protein Rakyat Malaysia



1. MEMBINA & MEMBAIKI TISU-TISU BADAN – Tulang, otot, kulit, kuku, dan rambut kita terbina daripada protein. Selain daripada membaiki sel-sel yang rosak, pembentukan hormon dan enzim, serta mengangkut oksigen melalui sel darah merah, protein juga membantu badan untuk membina jisim otot, yang menjadikannya makronutrien penting untuk diambil sebagai sumber tenaga bersama-sama dengan jumlah karbohidrat dan lemak yang bersesuaian.


2. MENYOKONG SISTEM PERTAHANAN BADAN - Bagi orang dewasa dan kanak-kanak, pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu pemulihan daripada kecederaan. Protein juga membantu menyokong sistem pertahanan badan untuk mencegah jangkitan dan penyakit yang tidak diingini. Kekurangan protein dan malnutrisi boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang, seperti pertumbuhan terbantut, kehilangan jisim otot, daya tahan yang lemah serta masalah berkaitan dengan jantung dan paru-paru.


3. BADAN KITA TIDAK BOLEH MENGHASILKAN ASID AMINO PERLU SECARA SEMULAJADI - Memandangkan badan kita tidak boleh menghasilkan asid amino perlu, ianya mestilah diambil melalui diet yang mengandungi protein. Asid amino perlu adalah penting untuk memastikan badan kita dapat berfungsi pada tahap optimum.


4. MENINGKATKAN KEKENYANGAN - Makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu yang diperkaya dengan protein membantu mencapai saranan pengambilan protein yang disyorkan, terutamanya dalam keadaan kurang selera makan, melangkau masa makan, atau sikap memilih makanan. Protein membantu meningkatkan kekenyangan yang seterusnya, membantu orang ramai mengekalkan berat badan yang sihat.


5. ASAS PEMBINAAN OTOT - Diet berprotein tinggi dapat membantu membina jisim otot. Protein adalah bahan binaan asas untuk otot. Anda boleh meningkatkan hasil pembinaan otot melalui senaman yang sesuai berserta dengan diet berprotein tinggi. Itulah sebabnya protein sering dikaitkan dengan pembina badan, gim, dan bisep besar.

MENARIK TENTANG FERNLEAF PROTEIN+ BAHARU


1. Susu tepung Fernleaf Protein+ baharu yang dihasilkan dengan kombinasi unik.

2. Fernleaf Protein+ adalah susu New Zealand dari lembu yang bebas menikmati rumput segar dan 3 jenis protein (whey, kasein dan soya). 

3. Susu tepung Fernleaf Protein+ lazat, berkrim dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dari umur 1 tahun dan ke atas. 

4. Setiap gelas Fernleaf Protein+ mengandungi 10g protein, iaitu 90% lebih protein daripada susu tepung biasa*. 

5. Ianya diperkaya dengan kalsium, vitamin B2, dan vitamin D, untuk membantu memenuhi keperluan protein dan nutrisi harian anda!

*Merujuk kepada susu tepung Fernleaf Family, setiap 100g

Resipi Overnight Oats dari Fernleaf Protein+

Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+

Resipi Easy Overnight Oats with Fernleaf protien+ 

Resipi diet, lebih lama kenyang, sesuai untuk breakfast atau bersahur. Bab resipi yang mudah dan senang. Memang mummy insan terpaling suka, lah! Haha

Bahan-bahannya :-

4 sudu susu Fernleaf protein+
1/2 cawan air
4 sudu rolled oats
1 1/2 sudu chia seeds
Sepotong buah Mangga & Dragon fruits

Sedap sangat bila di campurkan dengan Fernleaf Protein+ ni. Mengandungi 3 jenis protien (whey, casein and soy).

Selain kalsium. Ianya mempunyai protien yang lengkap dalam satu menu ni 

Selain menu ni, Fernleaf protien+ boleh di pelbagaikan dengan pelbagai jenis menu lain seperti ais krim atau minuman smoothie 



Menu Ramadhan Overnight Oats with Fernleaf Protien+




Walaupun kita boleh mendapatkan protein daripada pelbagai makanan, termasuk ikan, ayam dan telur, namun, dengan melengkapkan diet kita dengan minuman kaya protein seperti susu tepung Fernleaf Protein+, ia boleh membantu kita memperolehi kadar protein harian yang diperlukan tanpa memerlukan masa yang banyak menyediakan bahan-bahan untuk memasak.


Fernleaf Protein+ boleh didapati dalam 2 pek saiz
>> 800g (RM31.00) dan 280g (RM11.70). 


Fernleaf Protein+ kini boleh didapati di Shopee (Kedai Rasmi Fernleaf) dan Lazada (Kedai Utama Fernleaf), serta di pasar raya besar dan kedai utama di seluruh negara.



 

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com