Trend Raya 2023 Todak Fusion di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd. Di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala LumpurJom shopping di Trend Raya yang berkonsepkan 'trendy'.

Antara barisan jenama yang akan berada di Trend Raya adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi.

Trend Raya 2023 Todak Fusion di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur


Trend Raya 2023 Todak Fusion di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Trend Raya 2023 Todak Fusion di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

Trend Raya 2023 anjuran Todak Fusion Sdn. Bhd., yang turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik.

Trend Raya 2023 Todak Fusion di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur

“Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini.

Trend Raya juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini,” ujar Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd.

Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan.



Trend Raya 2023 Todak Fusion di Mid Valley Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur



Antaranya, melalui “Trend Raya 2023 ini juga, satu program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation bagi membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan. Pihak Afiz Ayub Foundation juga telah bersetuju untuk menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf.

Selain itu, satu program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan manakala pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pula akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023 yang ingin bersedekah rehal srta menyerahkan zakat fitrah.

“Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama-sama kami dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di Trend Raya 2023.”

Menariknya, pengunjung yang hadir juga dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal sepanjang tiga hari acara berlangsung.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Trend Raya 2023 yang bakal berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.
Jumpa anda di sana dengan penuh trendy! 

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com