Modernmumthingy.com Seorang UX designer dan Geng SEO Blogger Malaysia

Modern Mum Thingy merupakan penulis blog di Modernmumthingy.com, dari seorang UX designer target nak jadi SEO writer yang hebat pula

    Modernmumthingy.com Seorang UX designer dan Geng SEO Blogger Malaysia 


    Nak jadi SEO Writer Malaysia yang hebat bukan mudah. Modernmumthingy.com bermula pada tahun 2009, tapi pada mulanya bermula dengan tanpa arah selama beberapa tahun. Ianya bermula dengan menulis sekadar hobi atau sekadar mengisi masa lapang. Pada tahun 2016, Modernmumthingy.com terus buat 'come back' kerana menyedari kehebatan dunia tanpa sempadan ini. 


    Modernmumthingy.com, dari seorang UX designer target nak jadi SEO writer yang hebat pula


    Kini Modernmumthingy.com mahu dikenali sebagai
    SEO Writer dan bukan sekadar blogger semata-semata. 

    Menyedari perubahan landskap digital media dan teknologi dan dunia internet, minat terus membuak-buak untuk membina kepakaran dalam dunia SEO yang masih baru di negara kita. 

    Antara kandungan yang pernah menjadi viral dibeberapa portal dan Facebook adalah perkongsian dari modernmumthingy.com dalam journey TTC (trying to conceive) selama 8 tahun, entri 15 usaha yang dilakukukan untuk mendapatkan zuriat sangat-sangat hit. Kandungan ini sebagai satu amal jariah untuk dikongsikan kepada umum dan sebagai penguat untuk orang yang senasib. Atas respon yang sangat positif, modernmumthingy terus menghasilkan entri yang lebih bermanfaat untuk semua orang.

    Siapakah Pemilik sebenar Modernmumthingy.com

    Kerjaya sebagai UX designer dan part time sebagai SEO writer merupakan satu kombinasi yang terbaik dalam bidang yang berkaitan dengan Kreatif, Penulisan dan juga penyelidikan berkaitan manusia dan teknologi. 

    Modernmumthingy.com, dari seorang UX designer target nak jadi SEO writer yang hebat pula


    Berkarya di blog dan mempelajari teknikal merupakan satu kepuasan untuk modernmumthingy. 
    Dalam bidang akademik Modernmumthingy adalah hasil lulusan jurusan Komunikasi Massa, Universiti Sains Malaysia. Kemudian menceburkan diri dalam bidang IT sebagai UX designer dengan syarikat R&D IT di Kuala Lumpur. Secara tak lansung Modernmumthingy.com memang terdedah dengan ilmu-ilmu berkaitan IT, design, graphic, website dan project management.
     
    Seterusnya  menyambung pelajaran dalam peringkat Master di UITM dalam bidang Visual Communication and New media . 
    Pengalaman luas membangunkan website dan sistem memberikan satu kelebihan kepada modernmumthingy untuk memahami teknikal SEO dengan lebih mendalam.

    Personaliti Modernmumthingy.com

    Seorang yang tegas, komited, sesetengah orang kata nampak garang orangnya tapi sebenarnya modernmumthingy.com seorang yang suka berseloroh and agak gila-gila.

    Faktor usia tidak menghalang Modernmumthingy.com untuk terus aktif dalam sukan Volleyball malah masih mewakili alumni sekolah sehingga ke hari ini dalam beberapa kejohanan sukan bola tampar dan beberapa aktiviti sukan lain. 

    Modernmumthingy.com mempunyai minat yang mendalam bidang travel, pengurusan kewangan, Deko dan boleh dikatakan satu family modernmumthingy adalah food hunter. Walaupun semakin berumur, sebenarnya modernmumthingy.com sangat-sangat suka mempelajari benda baharu terutamanya dalam bidang SEO ini. 

    Setiap hari wajib membaca kandungan yang berkenaan SEO di mana-mana portal atau mempelajari di dalam channel youtube untuk meningkatkan kepahaman dalam bidang ini.

    Topik travel antara carian tertinggi di Blog Modernmumthingy.com 

    Minat yang mendalam dalam travel membuatkan blog ini sering menjadi tumpuan untuk mencari tips dan itinerari berdasarkan pengalaman modernmumthingy sendiri.

    Travel ini umpama satu kemestian atau KPI untuk keluarga modernmumthingy.com untuk setiap tahun, dan kebanyakkan kesemuanya adalah Travel secara DIY atau sendiri. Koleksi info dan research kemudian diterjemahkan dalam kandungan blog untuk perkongsian kepada follower Modernmumthingy. Untuk segmen bahagian travel, suami modernmumthingy juga turut menyumbang beberapa artikel berkaitan travel yang pernah hit dalam carian google

    Bagi modernmunthingy untuk Menjadi Travel Blogger hebat seharusnya mempunyai kekuatan seperti ini.

    • Eksplorasi Destinasi : Kenali dan kongsi pengalaman perjalanan dimana-mana sahaja dengan pembaca 

    • Berkongsi Tip dan Itinerari: Sediakan tip perjalanan, itinerari menarik, dan ulasan tempat-tempat menarik untuk membantu pembaca merancang perjalanan mereka.

    • Fotografi yang Menarik: Ambil gambar berkualiti tinggi yang memukau pembaca dan memperkuatkan cerita perjalanan

    Lifestyle blogger dari bekas student Masscomm

    Jiwa modernmumthingy.com ini besar sebab suka untuk mencuba ilmu yang baru dan tidak suka berada dalam kategori orang yang ketinggalan. Kadang-kadang nafsu untuk mencuba benda baru tidak sepadan dengan masa yang ada.

    Nama atau branding "modernmumthingy" berasaskan dari perkataan "Modern Mum" atau "mak dunia kini" yang terus sepatutnya aktif dan masih terlibat dengan dunia teknologi terkini. Ruang social media juga menjadi tumpuan untuk Modernmumthingy berkongsi cerita dengan follower. IG makeover_13 yang baru dihasilkan untuk deko dan diy sedang meningkat naik. Entri DIY juga merupakan antara carian yang tinggi untuk blog modernmumthingy.com

    Blog dan social media ini juga umpama diari atau catatan apa sahaja dalam perjalanan hidup Modernmumthingy sekeluarga terutamanya untuk satu-satunya anak supaya memori dia dan keluarga sejak dari dari kecik dapat di ceritakan dalam diary blog ini.

    Perkongsian topik kewangan sebagai kesedaran

    Seorang yang sangat obses dalam menguruskan kewangan. Berpegang kepada prinsip “walau punya 100 juta wang simpanan, jika tidak ada ilmu pasti akan gondol jua”.

    Impian Modernmumthingy sejak dari dulu untuk bebas hutang seawal yang mungkin dan menikmati kehidupan yang lebih tenang. Alhamdulillah pada umur 47 tahun Modernmumthingy telah mencapai 'Debt free" seperti yang telah target sebelum ini.

    Beberapa entri blog kewangan yang dihasilkan dengan niat sebagai satu perkongsian, satu amal jariah untuk dikongsikan bersama dengan pembaca. Kesemuanya melalui pengalaman sendiri dan juga melalui pembacaan melalui buku kewangan dan portal portal hebat.

    Nak Jadi SEO writer Malaysia yang hebat 

    Modernmumthingy bercita-cita nak jadi SEO writer Malaysia yang hebat. Walaupun This little website bermula dengan cerita perjalanan keluarga tapi kini ia umpama "modern mom on a mission"

    Modernmumthingy suka bermain dengan data, suka bereksperimen. Perjuangan blogger dari tahun 2015 sehingga sekarang boleh membanggakan diri sendiri. Modernmumthingy telah banyak bantu blogger-blogger baru untuk menulis secara SEO

    Bagi Modernmumthingy, menulis blog sama sekarang tidak seperti dahulu. Kena tahu menulis secara SEO barulah capaian tinggi atau kehendak pembaca. Sekarang modernmumthingy sedang menyusun misi untuk mempelajari ilmu SEO sebanyak mungkin, dan akan cuba ambil CERTIFICATION yang berkaian.

    Perjalanan menjadi SEO writer yang hebat masih jauh. Semoga segala perkongsian di Modernmumthingy.com dapat meletakkan dia sebagai salah seorang blogger malaysia yang hebat atau juga dikenali sebagai salah seorang travel blogger Malaysia yang dikenali atau mungkin juga Food Blogger Malaysia yang gila hunting makanan diseluruh pelusuk malaysia.

    Be First to Post Comment !
    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com