KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan

Ada orang suka cuti sakan travel sana sini, ada setengah orang  yang tidak berminat nak cuti sakan ! Tapi, sangat beruntung ye, pada pembeli yang membeli pakej cuti sakan dengan KOPETRO Travel. Sebab apa? Haa..sebab dapat sertai Kempen Cuti Sakan bersama KOPETRO. Hadianya pun best ! Jadi, baru-baru ini, mummy sempat menghadiri program KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan. Seronok tengok pemenang yang menang pakej percutian dari KOPETRO Travel.

Baca juga percutian di Zoo Negara


KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan


    KOPETRO Travel


    KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

    Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan daripada Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023. Sebelum ini, KOPETRO Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah - Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ daripada Malaysia Airlines.

    KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai
    perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditas 

    KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan

    KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan 


    Sejumlah 29 orang pembeli bertuah terpilih sebagai pemenang kempen yang telah berlangsung pada 1 Mac sehingga 30 Jun yang lalu. KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan. Para pemenang telah dijemput hadir ke majlis ini untuk mencabut sendiri pelbagai hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan bernilai lebih RM30,000. Jom Cuti Sakan menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka berbelanja sebanyak RM1,500 atau lebih bagi mana-mana pakej pelancongan yang ditawarkan KOPETRO Travel. Kempen ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sepanjang tempoh kempen dengan hampir 300 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

    Hadiah dari KOPETRO Travel Untuk Pemenang Jom Cuti Sakan


    Antara hadiah menarik dari KOPETRO Travel Untuk Pemenang Jom Cuti Sakan yang dibawa pulang oleh pemenang termasuklah pakej percutian ke Bali, Indonesia selama 3 hari 2 malam, pakej pelancongan ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam, tiket ke taman tema Sunway Lagoon dan juga
    pakej-pakej lokasi ikonik yang lain.

    KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan

    Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata, majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah memberi sokongan kepada koperasi tersebut dengan mendapatkan pakej pelancongan dan pelbagai servis melalui KOPETRO Travel.

    “KOPETRO sentiasa mencari inisiatif untuk menyumbang kepada ekonomi negara menerusi industri pelancongan. Melalui kempen Jom Cuti Sakan dan majlis penyampaian hadiah ini, kami komited untuk memberikan pengalaman percutian terbaik kepada pelanggan kami dan dalam masa sama, menghargai segala sokongan yang
    diberikan oleh mereka,” ujar Roslan.

    Tambah Roslan, yang juga merupakan Pengerusi Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad (Fedcoop), KOPETRO Travel, yang merupakan salah satu syarikat di bawah Fedcoop, sentiasa menjaga hubungan baik di antara koperasi dan bekerjasama untuk meluaskan lagi perniagaan di dalam industri pelancongan dengan menawarkan pakej-pakej yang menarik dan berbaloi untuk dilanggan.

    KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan

    Pakej Melancong KOPETRO Travel Secara Online


    Pada majlis tersebut, Roslan turut mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh mendapatkan pakej pelancongan daripada KOPETRO Travel dan juga barangan keluaran KOPETRO yang lain secara dalam talian di PETRONAS Shop melalui link https://bit.ly/43Ouglf

    “Melalui kerjasama bersama PETRONAS Shop, produk KOPETRO kini boleh didapati di laman sesawang PETRONAS Shop. Kami yakin produk KOPETRO yang ditawarkan di PETRONAS Shop ini akan memberi akses mudah kepada Anggota KOPETRO dan orang ramai untuk mendapatkan pakej pelancongan KOPETRO di atas talian, tanpa perlu menggunakan perkhidmatan di kaunter,” tambah Roslan.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, berkata, kempen Jom Cuti Sakan yang telah memasuki edisi keduanya ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dan telah menjana
    pendapatan yang baik untuk syarikat.

    KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan

    KOPETRO Travel di MATTA Fair Kuala Lumpur


    “Jom Cuti Sakan adalah satu jenama di bawah KOPETRO Travel yang menawarkan pelbagai promosi percutian hebat untuk pelanggan. Melalui kempen terbaharu ini, KOPETRO Travel telah berjaya menjana jualan sebanyak RM3 juta sepanjang tempoh
    kempen,” kata Ahmad Shakir ketika ditemui di majlis tersebut.
    Tambah Ahmad Shakir, KOPETRO Travel juga akan turut serta di dalam pameran pelancongan MATTA Fair Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 1 - 3 September 2023 nanti di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).


    KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan

    Bagi mummy, bercuti sangat penting dalam kehidupan kami kerana ia memberi peluang untuk berehat, menyegarkan minda, dan mengisi semula tenaga. Semasa bercuti, mummy boleh meninggalkan rutin harian dan tekanan kerja untuk merasai kebebasan dan keseronokan. 

    Selain itu, bercuti juga memperkukuhkan hubungan sosial dengan keluarga dan sahabat, kerana kita dapat berkumpul bersama dan mengalami pengalaman yang bermakna bersama-sama. 

    Aktiviti-aktiviti semasa bercuti seperti melancong, menerokai alam semula jadi, atau mencuba makanan tempatan juga membuka minda kita kepada budaya baru dan pandangan yang berbeza.

    Bercuti juga membantu mengurangkan stres dan keletihan, serta meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental. Dengan bercuti, kita dapat mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan, menjaga kesihatan fizikal, dan mencapai kebahagiaan dalam hidup.

    Haaa..nak dapatkan harga jimat untuk bercuti? Inginkan pakej percutian dengan tawaran hebat? Cepat dapatkan ‘harga runtuh’ di MATTA FAIR nanti.

    Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej-pakej percutian yang ditawarkan oleh KOPETRO Travel boleh menghubungi :-

    Talian hotline di 03-21641577 atau 019-2577847
    Laman web KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my.



    1 comment on "KOPETRO Travel Meraikan Pemenang Jom Cuti Sakan"

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com