Selamat Mengundi Untuk PRN 2023 Pilihan Raya Negeri

Bulan lepas, bila keluar dalam berita tentang PRN. Ramai yang confuse, eh kenapa kena keluar mengundi lagi pada Pilihan-pilihan raya negeri (PRN 2023) pada 12 Ogos 2023? Kalau korang perasan, semasa PRU baru-baru ini, kita hanya keluar mengundi untuk undi Dun sahaja. Kita belum keluar mengundi untuk YB kawasan kita untuk Parlimen.


Selamat Mengundi Untuk PRN 2023 Pilihan Raya Negeri



    12 Ogos 2023 PRN 2023 Pilihan Raya Negeri 


    APA ITU PRN?


    PRN adalah bermaksud pilihan-pilihan raya negeri (PRN) di Malaysia. Untuk tahun 2023 PRN akan diadakan di Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang berikutan tamat penggal untuk Parlimen 6 negeri ini.

    APA ITU PRU



    PRU pula bermaksud pilihan raya umum. Pilihan raya negeri (PRN) di Malaysia secara tradisinya diadakan bersama pilihan raya umum. Walau bagaimanapun, negeri boleh secara bebas membubarkan perhimpunan mereka sendiri. Oleh itu, semasa pilihan raya umum sebelumnya pada 2022, hanya tiga negeri, Perlis, Perak dan Pahang yang membubarkan DUN mereka dan mengadakan pilihan raya negeri mereka secara serentak, manakala empat negeri lagi, Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor mengadakan pilihan raya negeri mereka lebih awal sebelum 2022 berikutan krisis politik yang sedang berlaku pada masa itu, dan hanya tinggal enam negeri lagi yang memilih untuk tidak membubarkan perhimpunan mereka pada masa pilihan raya umum.

    Parti bertanding

    Pakatan Harapan-Barisan Nasional

    PRN ini ialah pilihan raya utama pertama yang ditandingi oleh "kerajaan perpaduan" antaran Pakatan Harapan (PH) diketuai Anwar Ibrahim dengan Barisan Nasional (BN). Semua parti komponen PH – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – bertanding, manakala bagi BN, hanya UMNO sahaja yang mengambil bahagian, dengan dua komponen lain, Persatuan Cina Malaysia dan Kongres India Malaysia tidak bertanding.

    Perikatan Nasional

    Pembangkang peringkat nasional, Perikatan Nasional bertanding sebagai lawan utama PH-BN dalam PRN.

    MUDA-Parti Sosialis

    Satu lagi parti komponen kerajaan perpaduan, Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), bertindak untuk bertanding secara terpisah dengan PH-BN atas dakwaan tidak diiktiraf oleh PH. Sebaliknya, pada 15 Julai, MUDA menandatangani kerjasama bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM)

    Parti lain

    Parti Hijau Malaysia dijangka menyertai PRN ini selaku penyertaan pilihan raya pertamanya di PRN Selangor.

    PRN 2023 akan melibatkan 6 negeri iaitu Selangor, Selangor, Kedah, Penang, Negeri Sembilan,Terengganu, Kelantan. 

    Tarikh Mengundi awal semalam 8 Ogos 2023 Selasa dan tarikh mengundi umum ialah pada 12 Ogos 2023 Sabtu.



    Semakan Daftar Pemilih PRN 2023


    Bagi tujuan semakan kelayakan dan status daftar pemilih PRN 2023, anda boleh menyemak dengan cara melayari pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

    Senarai Calon Pilihan Raya Negeri 2023

    Untuk senarai calon PRN 2023, anda boleh membuat semakan menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/calon

    Undi Pos PRN 2023

    Undi POS Kategori 1A -petugas pilihan raya, anggota/pegawai SPR dan petugas media

    Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara)
    Kategori 1C (agensi/organisasi)

    Kategori 1A, 1B dan 1C perlu membuat undian pos secara online menerusi https://myspr.spr.gov.my.

    Kecuali bagi Kategori 1A bagi anggota polis dan tentera kaedah permohonan undi pos perlu dibuat secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal https://www.spr.gov.my .

    Borang 1A ini hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing

    Semua pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos dan digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

    Tarikh tutup permohonan undi pos

    Kategori 1A ialah tiga hari sebelum hari penamaan calon
    Kategori 1B tiga hari selepas mesyuarat khas
    Kategori 1C, enam hari selepas mesyuarat khas.

    Tarikh mesyuarat khas urusan PRN bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak katanya.

    Bagi penghantaran kertas undi pos kepada pengundi tidak hadir (PTH) luar legara, pengundi perlu menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia.

    PTH luar negara boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke pthluarnegara@spr.gov.my .

    Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-8892 7218 atau 03-8892 7200


    Selamat Mengundi , Semua !!

    xoxo

    Be First to Post Comment !
    Post a Comment

    Welcome back , guys !

    Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

    For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com