TASNEEM HOME CENTRE : PROGRAM INISIATIF PERNIAGAAN BUAT SURI RUMAH

Siapa tak kenal dengan jenama Tasneem Naturel. Produk natural dan jenama sangat popular dikalangan mak-mak untuk bayi dan anak mereka. Mummy memang pengguna setia produk Tasneem Naturel ketika anak kami masih bayi lagi. Dulu, kalau nak beli Tasneem Naturel ini..kena beli secara online (kena tunggu 1-2 hari untuk sampai) atau cari stokis / agen. Tapi, sekarang ni dah mudah tau untuk nak dapatkan produk Tasneem Naturel ini. Produk Tasneem Naturel sedang bekembang maju. Dah ada Tasneem HOME Centre. Mudahlah nak dapatkan produk Tasneem Naturel ini.


TASNEEM HOME CENTRE : PROGRAM INISIATIF PERNIAGAAN BUAT SURI RUMAH



Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah


Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, sekali dengan bangganya telah mengumumkan dan melancarkan sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah mereka melalui program yang dinamakan Tasneem HOME Centre : Program Inisiatif Perniagaan Buat Suri Rumah

Tasneem HOME Centre merupakan satu inisiatif perniagaan terutama buat suri rumah untuk menjana pendapatan. Ia menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar. 



TASNEEM HOME CENTRE : PROGRAM INISIATIF PERNIAGAAN BUAT SURI RUMAH


Kelebihan Menjadi Tasneem HOME Centre


Kelebihan Setiap Tasneem HOME Centre adalah :-

Mudah
Dengan menjadi salah satu Tasneem HOME Centre. Ia akan dapat memudahkan pelanggan Tasneem Naturel mendapatkan produk secara terus dan cepat di kawasan terdekat mereka.

Jimat
Tasneem HOME Centre akan menjimatkan masa dan kos penghantaran kepada pelanggan kerana belian boleh dibuat secara bersemuka seperti pembelian di kedai fizikal.

Senarai
Pihak HQ akan senaraikan lokasi Tasneem HOME Centre di website rasmi

Pamer
Semua lokasi Tasneem HOME Centre akan dipamerkan di dalam Google Maps & Waze untuk memudahkan pelanggan mencari dan akses lokasi Tasneem HOME Centre 

Hadiah
Hadiah menarik ditawarkan kepada setiap 
Tasneem HOME Centre yang berjaya mencapai nilai restock tertentu 

Bimbingan
Tasneem HOME Centre akan dapat bimbingan dan bantuan dari semasa ke semasa oleh founder HQ

Pemasaran
Marketing Tools PERCUMA untuk Tasneem HOME Centre 

TASNEEM HOME CENTRE : PROGRAM INISIATIF PERNIAGAAN BUAT SURI RUMAH

2 Kategori Tasneem HOME Centre 


2 kategori Tasneem HOME Centre  iaitu Tasneem HOME Centre  dan Tasneem HOME Centre  Mini



TASNEEM HOME CENTRE : PROGRAM INISIATIF PERNIAGAAN BUAT SURI RUMAH



Tasneem HOME Centre yang berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, catalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri.


Selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Naturel mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik. Pihak Tasneem Naturel berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem HOME Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati.


Syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre


1. Permohonan untuk menjadi Tasneem HOME Centre adalah terbuka kepada ranking Junior Leader, Exec Leader dan Master Leader.

2. Mereka yang mahu mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre perlu membuat nilai restock minimum RM2,000 (2 bulan berturut) untuk layak mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre.

3. Setiap Tasneem HOME Centre yang mahu didaftarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak HQ. Pendaftaran hendaklah melalui proses permohonan dengan pihak HQ. Sesi temubual (interview) akan dilakukan sebelum apa-apa kelulusan diberikan.

4. Mereka yang lulus memegang status Tasneem HOME Centre, WAJIB membuat nilai restock minimum RM2,000 (1 bulan) untuk terus mengekalkan status dan nama mereka tetap tersenarai di web Tasneem Naturel.

5. Bagi mereka yang tidak membuat nilai minimum seperti yang dinyatakan, nama mereka akan DIGUGURKAN dari website dan status sebagai Tasneem HOME Centre akan DITARIK.

6. Konsisten dan komited menghadiri kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak HQ bagi membantu meningkatkan jualan sebagai Tasneem HOME Centre.



Syarat Kelayakan Tasneem HOME Centre Mini


1. Permohonan untuk menjadi Tasneem HOME Centre Mini adalah terbuka kepada ranking Partner sahaja.

2. Mereka yang mahu mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre Mini perlu membuat nilai restock minimum RM1,000 dan restock minimum RM500 pada bulan berikutnya untuk layak mendaftar sebagai Tasneem HOME Centre Mini.

3. Setiap Tasneem HOME Centre Mini yang mahu didaftarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak HQ. Pendaftaran hendaklah melalui proses permohonan dengan pihak HQ. Sesi temubual akan dilakukan sebelum apa-apa kelulusan diberikan.

4. Mereka yang lulus memegang status Tasneem HOME Centre Mini. WAJIB membuat nilai restock minimum RM500 (1 bulan) untuk terus mengekalkan status dan nama mereka tetap tersenarai di web Tasneem Naturel.

5. Bagi mereka yang tidak membuat nilai minimum seperti dinyatakan, nama mereka akan DIGUGURKAN dari website dan status sebagai Tasneem HOME Centre Mini akan DITARIK.

6. Konsisten dan komited menghadiri kelas dan latihan yang disediakan oleh pihak HQ bagi membantu meningkatkan jualan sebagai Tasneem HOME Centre Mini.


Bagi yang berminat untuk menjadi Tasneem HOME Centre, inilah peluang anda. Jom daftar sebagai Pengedar Sah Tasneem Naturel Segera !

TASNEEM HOME CENTRE : PROGRAM INISIATIF PERNIAGAAN BUAT SURI RUMAH






Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com