Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre

Soalan negatif dalam diri mummy sebelum Dzal Aidi sertai Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre.  "Berbaloi ke Tuisyen Online, ni?" , "Boleh ke anak fokus melalui tuisyen online". Eh..tak join lagi. Dah kenapa nak berfikiran negatif. Erm...pedulikanlah pendapat orang lain dan semua hal-hal negatif. Mummy tetap masukkan Dzal Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre.


Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre


Kenapa Memlilih Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre


Biasalah budak lelaki, jarang-jarang nak buka buku dan study sendiri. Tunggu kena suruh, barulah Dzal buka buku dan buat latihan. Abis tu, kalau mummy sibuk 24 jam? Macam mana dengan pembelajaran Dzal? Ha..sebab itulah mummy tetap memilih Dzal untuk sertai kelas Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre.


Tentang FlyHigh Education Centre


FlyHigh Education Centre ditubuhkan pada tahun 2019. FlyHigh Education Centre adalah sebuah pusat tuisyen yang menawarkan pembelajaran secara interaktif atas talian sejak tahun 2020. Sistem pembelajaran dalam talian ini, mendapat sambutan menggalakkan dan kebanyakan ibubapa suka dengan sistem pembelajaran alternatif yang lebih selamat.

Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre


Kelebihan Kelas Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre


Rupanya, tuisyen online sangat memudahkan mummy. Pendapat anak tidak fokus dalam kelas tuisyen online itu hanyalah mitos bagi mummy. Mummy nampak, banyak kelebihan kelas Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre ni. Antaranya :-

1. Tenaga Pengajar Berpengalaman
Guru di Pusat Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre semuanya berpengalaman dalam mengajar. Dzal cepat faham dan sangat fokus.

2. Displin
Kelas tuisyen online ini, anak lebih berdisplin untuk belajar dan ulangkaji pelajaran. Contoh kelas mula pada jam 8.15 malam. Anak akan makan makan malam, siapkan diri untuk mandi dan sebagainya sebelum kelas bermula.

3. Nota
Guru di pusat Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre akan berikan nota sebelum kelas bermula. Dengan ini, anak boleh baca terlebih dahulu nota, sebelum kelas bermula. Nota juga boleh di cetak dan simpan untuk bahan ulangkaji pada masa akan datang.

4. Latihan, jalan kerja dan perbincangan
Setiap kelas yang dijalankan, guru akan memberikan latihan, buat bersama dan melakukan perbincangan bersama. Ini bermakna, anak akan lebih aktif dan fokus ketika pembelajaran di dalam kelas online.

5. Komunikasi 2 hala
Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre ini juga mempunyai komunikasi 2 hala. Setiap perbincangan, guru akan memanggil setiap murid untuk menjawab soalan.

6. Jimat masa
Part jimat masa ni, memang mummy suka. Bila Dzal Aidi belajar tuisyen online. Mummy tak perlu terkejar-kejar keluar rumah untuk menghantar dan mengambil Dzal. 

Sambil Dzal belajar secara online, mummy boleh fokus kepada kerja-kerja rumah dan kerja harian mummy.

7. Tak perlu risau bila bercuti
Lagi satu, kami ini ada 2 rumah. Di Selangor dan di Johor. Ada masa, kami balik Johor dan ada masa berada di Selangor. Jadi, kelas tuisyen secara online ini tidak merugikan kami. Sebab , Dzal boleh belajar di mana-mana sekali pun.


Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre

Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre



Kalau tanya mummy sekarang, berbaloi ke tidak Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre ? "iye..sangat berbaloi !"








Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre ini bukan sahaja untuk Tahun 3 sahaja. Malah Pusat Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre mempunyai kelas untuk tahun 1 sehingga tahun 6 untuk sekolah kebangsaan. Dan juga UPKK dan PSRA untuk sekolah agama.

Memang meluas !

Untuk mendaftar dan keterangan lanjut. Boleh terus berhubung dengan 
FlyHigh Education Centre

Berminat boleh whatsapps :-
1 comment on "Tuisyen Online di FlyHigh Education Centre"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com