SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023

Kempen Sunplay, untuk usaha ke arah lautan lebih bersih serta menggalakkan tanggungjawab alam sekitar . Oleh itu, Sunplay, jenama utama perlindungan matahari dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen CSR tahunan ‘We Care for the Ocean 2023’ ke-3. 



Kempen Sunplay ‘We Care for the Ocean 2023’


Kempen Sunplay ‘We Care for the Ocean 2023’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut. Sunplay juga menggalakkan sukarelawan untuk menyertai usaha membersihkan pantai untuk kempen ini.  Kempen ‘We Care for the Ocean 2023’ Sunplay memberi usaha yang lebih untuk pantai di Negeri Sembilan iaitu Pantai Blue Lagoon





Sunplay, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons


Peningkatan komitmen ini membuktikan kesanggupan Sunplay untuk meluaskan impak dan menangani isu alam sekitar di kawasan-kawasan lain di Malaysia. Secara keseluruhannya, syarikat akan membersihkan sebanyak tujuh buah pantai di seluruh negara. 

Sempena dengan kempen ini, Sunplay menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons. Sumbangan sebanyak RM 1 akan disalurkan ke dana kempen daripada setiap produk penlindung matahari luar Sunplay yang dijual di Watsons sepanjang bulan November. Inisiatif ini menggalakkan pengguna untuk menyumbang kepada usaha alam sekitar sambil memastikan kulit mereka kekal terlindung di bawah sinaran matahari.


SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023



SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023


Sunplay akan bekerjasama dengan seorang pendukung tindakan iklim dan kelestarian tempatan yang terkenal, Melissa Tan yang akan memberikan perspektif yang baharu untuk kempen ini. Kepakaran dan semangat beliau dalam melindungi alam sekitar akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pencemaran lautan dan menggalakkan lebih ramai individu untuk bertindak. 

Pada tahun lepas, kempen ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,348 kg sampah. Bagi tahun ini, Sunplay bermisi untuk mengutip jumlah yang lebih besar untuk membawa impak yang ketara terhadap kebersihan pantai dan pemuliharaan ekosistem marin

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023

..



Sunplay Sport UVA/UVB 120 Body Mist



Selain daripada pemeliharaan hidupan marin, Sunplay mempunyai dalam rangkaian produknya, Sport 120 Body Mist yang mesra laut. Ia direka khas untuk peminat sukan, peminat kecergasan luar dan pencari pengembaraan. 

Sunplay Sport 120 Body Mist menawarkan perlindungan stabil foto dan UV spektrum luas untuk melindungi daripada pancaran UVA/UVB. Semburan yang disertakan dengan asid hyaluronik memberikan kelembapan yang tinggi walaupun dalam keadaan yang mencabar. 

Formula semburan termasuk RonaCare Ectoin dan Ekstrak Golden Seaweed untuk melawan penuaan pramatang, melindungi kulit daripada bintik matahari, garisan halus dan kulit kasar. 

Ciri terbaik Sunplay Sport 120 Body Mist ialah teknologi kulit basahnya yang inovatif bagi membolehkan penggunaan pada kulit basah disebabkan peluh atau air. Satu lapisan perlindungan segera terbentuk dengan rumusan berair mudah menyerap bagi memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa rasa berminyak. 

Dengan daya kalis air dan peluh sehingga 4 jam, ia terbukti sesuai untuk aktiviti bertenaga tinggi dalam cuaca yang mencabar, memberikan sensasi penyejukan segera dan sedikit bau pudina untuk keselesaan tambahan. 

Yang penting, Sport 120 Body Mist adalah mesra laut dan tidak mengandungi oksibenzon, oktinoksat, 4MBC dan butylparaben. 

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023


Dengan memilih perlindungan daripada matahari yang mampan ini, kita dapat menyumbang kepada usaha memulihara lautan dan ekosistem marin kita yang berharga sambil melindungi diri kita sendiri. 

SUNPLAY WE CARE FOR THE OCEAN 2023


Harga Sunplay Sport UVA/UVB 120 Body Mist


Harga Sport 120 Body Mist (165ml) dijual di farmasi terkemuka dan kedai dalam talian melalui Lazada dan Shopee, pada harga RM69.90. 



Mengenai The Mentholatum Company 


The Mentholatum Company, Inc., yang diasaskan pada tahun 1889, merupakan pengilang dan pemasar ubat bukan preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabat syarikat terletak di Orchard Park, New York, Amerika Syarikat dengan operasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun. Pembuatan dijalankan di 26 buah lokasi di seluruh dunia dan pemasaran / pengedaran pula merangkumi lebih 150 buah negara. Syarikat yang dimiliki secara persendirian selama 99 tahun, telah diperoleh oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto merupakan pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan melegakan perut. 

Sejak tahun 1889, The Mentholatum Company telah berkembang dan maju dengan bermula sebagai pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi sebuah syarikat antarabangsa, memasarkan ubat proprietari berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dan di kebanyakan negara di seluruh dunia, keluarga produk Mentholatum telah mendapat kepercayaan bagi kualiti dan nilai. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat. Jenama-jenama Mentholatum termasuk: Hada Labo, Sunplay, Rohto Eye, Mentholatum Lipcare, OXY, Acnes, Selsun Blue, Deep Heat, 50 Megumi, Melano CC, Dermistry+.

Untuk maklumat panjut, boleh layari ke :-


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com