ABAH TERIMA PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (PJPN)

Alhamdulillah atas rezekiNYA, abah telah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN). Terima kasih kepada Polis Di Raja Malaysia kerana memartabatkan bekasa anggota polis.

Kalau arwah atok, atok saudara dan pakcik-pakcik semua ada didunia ini. Pastinya mereka semua juga akan menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN). Alfatihah pada semua yang sudah tiada.Anda semua pahlawan hebat !

Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)



Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)

Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)

Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)


Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) ini, bukanlah pingat pertama untuk abah. Mak pun, dah lupa.. Samada pingat Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) abah ni, pingat yang ke-2 atau ke-3 abah terima.

Almaklumlah, pingat ini kena simpan rapi. Kalau hilang jenuh nak declare dan buat report. So, mak kata, semua mak simpan dalam kotak-kotak dalam bilik hehehe

Bagus mak abah ni, sangat menurut perintah !

ISTIADAT PENGANUGERAHAN PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (P.J.P.N.) KONTINJEN NEGERI SELANGOR 2023



Istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kali ini telah berlangsung di IPD Polis Shah Alam. Pingat dikurniakan bagi menghargai jasa kepahlawanan dan bakti mereka kepada negara semasa zaman darurat (12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960) serta zaman insurgensi komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989).

Ia juga bagi mengiktiraf mereka yang berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara .

1 comment on "ABAH TERIMA PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA (PJPN)"
  1. wah...alhamdulillah..tahniah..semuanya dah banyak berjasa pada negara

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com