SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20 TAHUN - Dikenali juga sebagai MEGA CARNIVAL 2023 LITTLE CALIPHS telah dilancarkan YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor disaksikan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20



Litte Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB)


Litte Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) merupakan peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ianya terus konsisten selama 20 tahun dan sehingga kni masih meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prasekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

Sambutan Ulang Tahun ke-20 Little Caliphs di MEGA CARNIVAL 2023 LITTLE CALIPHS


Sempena sambutan ulang tahun ke-20 Little Caliphs di MEGA CARNIVAL 2023 LITTLE CALIPHS, dalam ucapan perasmian YB Puan Anfaal binti Saari turut menyampaikan rasa bangga dan gembiranya terhadap pencapaian Tadika Little Caliphs® yang giat berusaha memberi pendidikan kepada anak-anak pra-sekolah yang seimbang dunia dan akhirat.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20

SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Aktiviti  Menarik Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 Little Caliphs 


Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Persembahan oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs juga antara tarikan. Begitu juga dengan Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, dan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah antara aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung di karnival ini.


Maskot yang diberi nama Amir dan Amirah ini adalah hasil idea namanya dari Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB. Mempunyai maksudnya yang tersendiri sesuai dengan Little Caliphs® yang gah terus menjadi pilihan ibubapa yang mahu anak-anak mereka mendapat penididikan awalan terbaik.


SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Maskot Little Caliphs Amir dan Amirah 


Maskot Little Caliphs, Amir dan Amirah akan menjelajah ke semua cawangan Little Caliphs® di Malaysia dan mungkin juga akan ke luar negara seperti Indonesia.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan sejumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya kata Datuk Haji Roslan bin Nordin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB.




SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20


Sangat meriah karnival yang berlangsung tempoh hari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 9 pagi hingga 9 malam. Tahniah The Little Caliphs® untuk kecemerlangan 20 tahun! 

Selanjutmya, boleh ikuti media sosial Little Caliphs di Little Caliphs dan www.instagram.com/littlecaliphsofficial
1 comment on "SAMBUTAN ULANG TAHUN LITTLE CALIPHS KE-20"
  1. Besar jugak eventnya ye..macam- macam aktiviti menarik ada...seronok la anak- anak kan..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com