Industri muzik tempatan kembali meriah dengan kemunculan Kumpulan Bahtera, sebuah band baru yang diasaskan oleh gitaris utama, Adie Bahtera. Walaupun nama mereka masih segar di arus perdana, perjalanan Bahtera sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2009 secara kecil-kecilan.

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku – Persembahan Cinta & Jiwa Sejak 2009
Kini, selepas berbekalkan pengalaman panjang dan sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKD) 2024, Bahtera tampil dengan album sulung berjudul Aura Cintaku. Album ini hadir dengan 10 buah lagu dan 2 instrumental, menampilkan karya-karya ciptaan Adie sendiri serta sentuhan komposer terkenal seperti Zimi Sofarz, Iskandar Bujang, dan Omar K.

Vokalis utama, Reyza, menjadi nadi suara album ini, disokong dengan permainan muzik penuh tenaga daripada Amy (drum), Karchik (bass), dan Adie sendiri sebagai gitaris utama.


Lagu Sarat Emosi & Kisah Kehidupan
Setiap lagu dalam Aura Cintaku membawa tema berbeza tetapi tetap berpusat pada cinta, kesetiaan, pengorbanan, dan kerohanian. Antaranya:
Firasat Jiwa – perjalanan hidup dari susah hingga berjaya.
Antara Cinta dan Kesetiaan – pentingnya kejujuran dalam rumah tangga.
Bunuhan Cinta – pengorbanan demi cinta sejati.
Rentan – pedih ditinggalkan kekasih.
Cinta Sejati – cinta yang kekal walau diuji badai.
Rekah – menerima perpisahan dengan reda.
Selain itu, dua buah muzik video sudah pun diterbitkan untuk lagu Bunuhan Cinta dan Rentan, diarahkan oleh Opie Zami di bawah produksi Nonamefilmfactory.



Manifestasi Cinta & Nilai Hidup
Menurut produser Mubin Md Nor, album ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah manifestasi nilai kehidupan mengajar pendengar untuk menghargai kasih sayang, kesetiaan, kejujuran, pengorbanan serta rasa syukur kepada Tuhan.
Dengan susunan muzik segar dan mesej yang dekat di hati, Bahtera berharap Aura Cintaku akan membuka lembaran baru buat mereka dalam industri muzik Malaysia.
Post a Comment
Welcome back , guys !
Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)
For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com