Showing posts with label ASTRO. Show all posts
Showing posts with label ASTRO. Show all posts

SWEET DREAMS MEGADRAMA DI ASTRO GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR

Kalau suruh mummy pilih baca novel atau tonton drama TV adaptasi novel. Pastinya... mummy memilih untuk menonton TV drama adaptasi dari novel hehe. Lelagi kalau cerita tu cintan cintun. Tapi, kalau cerita seram, mummy suka baca novel. Contohnya Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh .Selepas khatam drama di ASTRO Ria Setelah Terlafaznya Akad. Mummy sambung terjebak pulak dengan drama di ASTRO iaitu SWEET DREAMS. Slot MegaDrama ASTRO Sweet Dreams ini asalnya dari karya novel Sweet Dreams oleh Acik Lana. Sweet dreams ini menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah. 

SWEET DREAMS MEGADRAMA DI ASTRO GANDINGAN MIRA FILZAH DAN BEN AMIR


Apa yang best cerita Sweet dreams ni.. Mummy suka sebab Mila Filzah tu, walau bisu tapi wataknya sangat sweet! Dan keduanya, mummy suka kan watak si Ben Amir yang dapat macam-macam petunjuk dari mimpinya. 

Nak tahu apa lagi yang best?! Jom kita baca sinopsis SWEET DREAMS

Drama, Drama adaptasi novel, Sweet dream mira filzah, mira filzah, pelakon mira filzah, drama mira filzah

SINOPSIS SWEET DREAMS


Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

JUDUL : SWEET DREAMS
TARIKH TAYANGAN : 5 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama - Astro Ria 104 | Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENULIS SKRIP : Nazri M. Annuar & Mamu Vies
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang


WATAK PELAKON SWEET DREAM


Mira Filzah sebagai Puteri
Ben Amir sebagai Qash Adam
Sean Lee sebagai Karl
Nina Juren sebagai Laila
Yuna Rahim sebagai Cempaka
Yusuf Bahrin sebagai Amar
Nasz Sally sebagai Farah
PU Azman sebagai Fadil
Didi Astillah sebagai Melissa

LAGU TEMA / OST SWEET DREAMS
iamNEETA - Ilusi → Youtube


SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA - Selesai mummy khatam drama 28 episod CURI CURI CINTA . Boleh pulak pi sambung drama baru kat ASTRI RIA ni pulak ! SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA yang di arahkan oleh Michael Ang ni baru je bermula semalam 17 Jun 2019 jam 10 malam macam biasa Isnin sehingga Khamis.

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
gambar sumber google

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA


Tengok teaser SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA beberapa hari lepas nampak menarik. Ceritanya santai dan ada elemen kekeluargaan, percintaan yang cute / comel dan tak terlalu berat. Bolehlah tengok memalam sambil lipat kain dan sambil layan anak main beyblade kan. At least, tak adalah rasa tension kerja tu terbawa-bawa ke rumah !

SETELAH TERLAFAZNYA AKAD
novel adaptasi dari penulis : Anna Milia

Bagi yang belum tengok atau belum terjebak, meh baca sinopsis SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA hehehe. Kot-kot rasa nak terjebak sama macam mummy ke kan !

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD DRAMA 28 EPISOD BERSIRI DI ASTRO RIA


Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad - Setelah bercerai dengan Hani, Hannan  (Kamal Adli) dipaksa berkahwin dengan Nawal (Uqasha Senrose) atas ugutan ibunya, Wan Masitah (Sharifah Shahora). Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar.

Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan.

Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya. 

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil.

Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.


PELAKON SETELAH TERLAFAZNYA AKAD


Barisan pelakon SETELAH TERLAFAZNYA AKAD terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab.

Jom tonton setiap ISnin - Khamis dari jam 10 malam !



DRAMA CURI CURI CINTA 28 EPISOD DI ASTRO RIA

DRAMA CURI CURI CINTA 28 EPISOD DI ASTRO RIA - Selesai perabih tonton drama Patahnya sayap bertongkat paruh. Mummy pi sambung lagi tonton drama di ASTRO Ria iaitu drama CURI CURI CINTA. Drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang menampilkan gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson. 


DRAMA CURI CURI CINTA 28 EPISOD DI ASTRO RIA

Drama CURI CURI CINTA ini adalah drama bersiri sebanyak 28 episod arahan Raja Ahmad Alauddin. EPISOD 1 bermula malam tadi. Sebenarnya, mummy dah tengok teaser. ASTRO ada tayangkan. Memang best, kisah kekeluargaan dan ada element anak derhaka. 

SINOPSIS DRAMA CURI CURI CINTA


Apa lagi yang best tentang drama ini? Jom kita baca SINOPSIS CURI-CURI CINTA. 

Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. 

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali


Bagi yang belum tonton, boleh lah tonton lagi. Episod pun panjang juga ni, sampai Ramadhan. 

SIARANnya di ASTRO Ria Dan HD 10 malam. Sambil lipat kain, sambil tonton. Sedar tak sedar, 2 bakul baju boleh settle hehe

Mummy suka tonton drama yang di siarkan di bulan Ramadhan, sebab banyak pengajaran dan membuatkan mummy adakalanya insaf. 

JUDUL : CURI-CURI CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media

PELAKON : Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Izzue Islam, Haneesya, Pablo Amirul, Azri Sabri, Farisha Irwayu, Laila Nasir, Mandy, Kenji Sawahii, Khai Taufan, Hana Nabilah, Zalfa Zin


WATAK PELAKON CURI CURI CINTA


Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Fauziah Nawi sebagai Puan Asmah
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Adam Lee sebagai Badrul
Melanie Tan sebagai Peggy
Izzue Islam sebagai Suratman Suparjo
Haneesya sebagai Tina
Azri Sabri sebagai Ramli
Farisha Irwayu sebagai Pn Sri Haida
Ku Fridah sebagai Mak Long Sapiah
Pablo Amirul sebagai Adli

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Terlalu Memuja
Penyanyi : Wany Hasrita



PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD

PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD - Selesai layan drama . Sekarang mummy terjebak pulak dengan drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya Hana Ilhami. PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD telah diisiarkan di slot MegaDrama Astro Ria mulai 3 April 2019 (Isnin - Khamis , 10 malam). Barisan pelakon pun best, menampilkan gandingan Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Zarul Husin. Ceritanya, agak beremosi sedikit dan tidaklah terlalu begitu santai sangat. Bak Dhia cakap, peninglah mummy nak faham. Hehehe budak 6 tahun tu, memang kaki drama...drama di ASTRO yang lepas ENCIK IMAM EKSPRESS tu cerita direct je. Senang faham dak Dhia. Kali ini, Dhia asyik tanya itu tanya ini, dah nama pun drama ..of course lah kan untuk orang besar.


PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD


PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD

Korang yang mana belum tonton lagi, jom tonton PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD. Walau baru 2 episod je. Tapi, dah menampakkan jalan cerita ni best sangat. Memang layan PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD. Jom sambung baca sinopsis PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH .


SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Aliah (Fasha) nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam (Zarul Umbrella). Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah (Aaron). Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya. 

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?


PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN HD


WATAK PELAKON  PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH

Aaron Aziz sebagai Talhah
Fasha Sandha sebagai Aliah
Zarul Husin sebagai Hisyam
Amelina sebagai Maznah
Jalil Hamid sebagai Pak Osman
Elly Mazlein sebagai Senah
Aman Aziz sebagai Irsyad
Haziq MacQuistan sebagai Din
Amira Othman sebagai Ros

JUDUL : PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : April 2019 
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Hana Ilhami
PENGARAH : Along Kamaluddin
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd

PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Jasmin Hamid, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem

ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD

ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD - Okay, done terjebak malam tadi Episod 1 ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD. Jalan cerita yang ada kisah kelakar, comel, straight forward sememangnya pilihan mummy. As suual lah kan, bila tengok cerita macam ni, boleh release segala mak nenek stress ! Santaikan fikiran !



ENCIK IMAM EKSPRES DRAMA BERSIRI 14 EPISOD DI ASTRO RIA DAN RIA HD


Drama adaptasi dari novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tetini adalah gandingan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama. Jom kita baca SINOPSIS DRAMA ENCIK IMAM EKSPRES ni.

SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES

Diya (diyana Aqilah - lakonan Nelydia Rose) pulang ke Malaysia setelah lama menghilangkan diri apabila pertunangannya dibatalkan oleh Iyad, dia terpaksa pulang ke kampung bertemu dengan keluarga angkat dan bakal keluarga mertuanya.

Dengan kehadiran Diya, hidup Awish lebih bermakna, menyebabkan Ajim (lakonan Fiqry)  lebih tekad untuk rapat dengan Diya. Iyad kurang selesa dengan situasi keluarganya.

Awish mula rapat dengan Diya, sehingga mahu memanggilnya Umi. Kepulangan Iyad, membuat Ajim kekok tetapi tidak menghalangnya untuk mendekati Diya.

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku Razil

Ketika hati sudah bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.

Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

JUDUL : ENCIK IMAM EKSPRES
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENULIS SKRIP : Eja Lorena
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Ben Amir, Nafiz Muaz, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Faiz Nor, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Raja Azmi, Daler Yusuf, Adrianna Qasmia


WATAK PELAKON ENCIK IMAM EKSPRESS



Nelydia Senrose sebagai Diya (Diyana Aqilah)
Fikry Ibrahim sebagai Ajim (Engku Razil)
Isaac Iman sebagai Awish
Ben Amir sebagai Iyad (Engku Riyad)
Elisya Sandha sebagai Atun
Nafiz Muaz sebagai Izzat Hairi
Ruzana Ibrahim sebagai Zura
Anne Abdullah sebagai Suriani
Badrul Muhayat sebagai Hambali
Sherry Ibrahim sebagai Myza
Faiz Nor sebagai Azman
Daler Yusuf sebagai Encik Damien

LAGU TEMA / OST 
Ismail Izzani - Bidadari


Drama arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies. Encik Imam Ekspres bersiaran bermula 11 Mac 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 123.


Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Selesai Drama ISTERI BUKAN UNTUK DI SEWA. Drama seterusnya, mummy akan ikuti pada setiap malam sambil lipat kain ialah Kan Kukejar Cinta Kamu bermula malam ini 17 Disember 2018 ! Drama Kan Kukejar Cinta Kamu mempunyai 28 episod Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di Slot MegaDrama ( Astro Ria ). Pengarah  Drama Kan Kukejar Cinta Kamu ialah Yusry Abdul Halim di mana syarikat penerbitannya oleh Global Station Sdn Bhd

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu

Sinopsis Drama Kan Kukejar Cinta Kamu yang mummy lihat di trailer iklan ASTRO. Macam best ! Jalan ceritanya kisah perkahwinan tak di restui (lebih kurang) mengisahkan Alma ( Amyra Rosli ) dan Raiyan ( Fendy Bakry ) bertemu ketika bersama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga mereka sebelum kembalinya ke tanah air.


Setelah sehari berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek Bonda ( Delimawati ) yang digelar ‘Hitler’ orang berkuasa dalam keluarga Raqibmengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila ( Elya Miera ) untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahukan Alma berkahwin dengan Huzail ( Hafidz Roshdi ), anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.

Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu


PELAKON Kan Kukejar Cinta Kamu adalah terdiri daripada Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, mahmaud Alibashah, Rosnah Johari

Watak Pelakon Kan Kukejar Cinta Kamu


Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagi Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila


Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga

Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga  - Cuti sekolah ni memacam pulak permintaan anak-anak ! Dhia dan Dzal mula dah tu, dok zikir kat telinga mummy daddy minta nak ke Puteri Harbour with Fun Escapade by Astro. Nampak iklan dalam tv lah tu ! Erm, sorang nak pi Hello Kitty , yang si bujang tu pulak nak masuk Thomas Town.


Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !


Tiket Murah ke Puteri Harbour Jom Bercuti Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga



Bila belek-belek blog. Rupa-rupanya, setiap 2 tahun kami bawa anak-anak bercuti ke Puteri Harbour Johor ke SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. Patutlah anak-anak mula dah sebut-sebut tentang nak Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro 

Bila anak dok bercerita tentang iklan Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor. Mummy pun tetiba teruja nak tahu apa program yang menarik untuk Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor.


HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Jom Bercuti Di Puteri Harbour Johor Fun Escapade by Astro Dengan Anak dan Keluarga, Puteri Harbour Johor, SANRIO HELLO KITTY TOWN, THOMAS TOWN, HARGA TIKET PUTERI HARBOUR JOHOR MURAH !




Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Johor untuk 15 dan 16 Disember 2018 kali ini sangat murah ! Berbaloi kalau pergi ni ! Dah lah murah, dapat pulak enjoy dan menikmati persembahan muzikal menarik yang menampilkan watak-watak terkenal seperti Omar & Hana, XYT Tong Tong, Cam & Leon serta Didi & Friends. 


Harga tiket masuk ke Puteri Harbour Theme Park Johor ialah berharga RM418 untuk 4 orang. Di mana korang boleh masuk ke semua level termasuk SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN 

Pakej Berkembar Fun2Play pula berharga RM269 untuk 2 orang !

Masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 3 tahun kebawah atau ketinggian bawah dari 90cm.

Tapi, korang kena beli melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour boleh dibeli di Puteri Harbour pada hari acara berlangsung.



Apa Yang Menarik di Acara Tahunan Keluarga Astro Fun Escapade Bakal Diadakan Buat Pertama Kalinya di Puteri Harbour, Johor

Apa yang yang menarik di ASTRO FUN ESCAPE PUTERI HARBOUR JOHOR? Antara aktiviti program yang menarik adalah seperti :-

*Puteri Harbour Attractions anjuran Astro, Fun Escapade merupakan aktiviti pertama ASTRO buat pertama kalinya diadakan di luar Lembah Klang. 

*Acara tahunan selama dua hari ini akan menampilkan konsert dan sesi bertemu peminat dengan watak-watak popular seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi watak kegemaran anak kami ada di sini. 

*Korang boleh dapatkan Pasport Escapade untuk mengambil bahagian dalam 15 aktiviti baharu di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN. 

*Selain itu, terdapat juga pelbagai permainan untuk disertai anak-anak dan ibu bapa. 

*Lebih menarik, seisi keluarga akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto.

Jom sesama kita alami kemeriahannya pada Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).

PENCIL CASE AND STATIONERY DIDI AND FRIENDS HASIL REDEEM POINT ASTRO CIRCLE

PENCIL CASE AND STATIONERY DIDI AND FRIENDS HASIL REDEEM POINT ASTRO CIRCLE - Mummy sentiasa tak lepaskan peluang untuk redeem point ASTRO. Rugi ooooi kalau point ASTRO tu burn. Selalunya, mummy akan tunggu point cecah 1,000 dan ke atas baru buat redeem. Sebab barangan point 1,000 ke atas banyak yang best !



Sesebelum ini, mummy pernah redeem point ASTRO untuk diskaun bil ASTRO, CD the Avengers, mainan anak-anak. Kali ini, apa yang mummy reddem point dari ASTRO?


PENCIL CASE AND STATIONERY DIDI AND FRIEND HASIL REDEEM POINT ASTRO CIRCLE



PENCIL CASE AND STATIONERY DIDI AND FRIEND HASIL REDEEM POINT ASTRO CIRCLE

PENCIL CASE AND STATIONERY DIDI AND FRIEND HASIL REDEEM POINT ASTRO CIRCLE


Tadaa..nilah hasil mummy redeem dari point ASTRO ! PENCIL CASE AND STATIONERY DIDI AND FRIENDS HASIL REDEEM POINT ASTRO CIRCLE untuk Dhia Batrisya. Ada lagi baki point ASTRO nak kumpul untuk si Dzal pulak nanti.

Masa nak bagi Dhia pencil case ni, Dhia tak berapa sihat. Agak moody pepagi dengan hidung tersumbat, demam, batuk. 

Tapi, Dhia nak pergi sekolah juga. Katanya, nanti tak pandai, kalau selalu tak datang sekolah.

Okaylah nak,mummy on je. So, munmy terus terdetik nak bagi Dhia set ni masa otw ke sekolah dalam kereta.

Bila tengok itu adalah set dari Didi and Friends. Terus hilang sakit , ceria mukanya tu hehehe.

Berapa point yang mummy tebus? Point ASTRO untuk set ini ialah sebanyak 1800 points.


Cas penghantaran pulak, free je !

FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE BARE BEARS, CARTOON NETWORK

FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE BARE BEARS, CARTOON NETWORK - Happy holidays uolss ! Pejam celik, pejam celik lagi beberapa minggu je nak masuk ke alam persekolahan (bagi yang bersekolah). Dhia punya orientasi di TABIKA insyaAllah lagi 2 minggu ni. Sekejap je anak-anak dah besar. Dah nak sekolah dah dorang ! Sobsss.. Sedih sebab dorang semakin membesar dah. Tak puas lagi dengan zaman dorang kecil.


Nasib baik ada 3 ekor beruang sampai. Terus perasaan sedih tu, menjadi gembira. Kitorang dapat surprise ni, ha.. Surprise kali ini, datangnya dari Cartoon Network (CN) ! Macam tetau je dorang yang kami ni baru balik holidays. Tetiba sampai je bungkusan FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE BARE BEARS, CARTOON NETWORKS ! Comel yakmat, FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE BARE BEARS, CARTOON NETWORK rasa macam mummy nak ketiga-tiga bears tu. Tak nak bagi anak-anak boleh, tak? Hahaha



FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE ARE BEARS, CARTOON NETWORK


FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE BARE BEARS, CARTOON NETWORK

"Dhia, we bare bears ni ada kat TV lah !" Mummy teruja nak bercerita dengan Dhia. 

"Dhia tahu..Dhia dah tengok cerita ni. Kat YouTube pun ada juga !" Balas Dhia.

Dalam hati terus berkata sendiri.."aku pulak yang ketinggalan ! Hahaha. Surprise tak menjadi ! "


FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE ARE BEARS, CARTOON NETWORK


APA ITU WE BARE BEARS ?


We are bears ni cerita baru yang mengisahkan 3 adik beradik beruang iaitu Grizzly bear, Panda bear, Ice bear.

Grizzly Bear

Badannya ditutupi dengan bulu berwarna coklat. Grizzly berbentuk sedang di mana tinggi dari Panda Bear tetapi rendah dari Ice Bear. Sifatnya adalah peramah, banyak bercakap dan hyper aktif !

FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE ARE BEARS

Panda Bear

Panda Bear pula, bulu badannya berwarna hitam dan putih. Panda Bear adalah beruang nombor dua. Cepat takut dan cepat nervous.

FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE ARE BEARS

Ice Bear

Ice Bear pula, beruang paling kecil (adik) kepada Gizzly dan juga Panda. Badannya berbulu putih. Ice bear sangat kuat, berani dan tidak gentar. 

Badannya besar dan lebih tinggi dari abang-abangnya. Dan juga lebih kuat dari kedua abangnya !


SAKSIKAN WE BARE BEARS DI CARTOON NETWORK (ASTRO 616)


Cerita We bare bears ni di tayangkan di televisyen channel Cartoon Network (CN)  ASTRO 616 pada 15 Disember 2017 jam 10.30 pagi & 9 mlm, 23 Disember 2017 jam 4 petang, 26 Disember 2017 jam 4.30 petang dan 30 Disember 2017 10.30 pagi.

FREE BEARS ! HAPPY HOLIDAYS DARI WE ARE BEARS

Juga, boleh semak jadual siaran di : http://whatson.astro.com.my/search/?q=we-are-bears 


Tentang Cartoon Network (CN), boleh terjah website mereka di : https://www.cartoonnetworkasia.com/

Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair

Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair . Yeay ! Pemenang MasterChef Australia Musim 9, Diana Chan Dah Pulang ke Tanahair. Kini, Televisyen Channel Lifetime akan meraikan kemenangan beliau. Mummy juga ingin merakamkan ucapan TAHNIAH buat Diana Chan.

Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair



 Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair

Wira masakan negara, Diana Chan  akan pulang ke tanahair buat kali pertama sejak kemenangannya di MasterChef Australia Musim 9. Kalau nak tahu, siaran ini dah di tayangkan di channel Lifetime (Saluran Astro 709)!


Biodata Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan


 Lifetime (Astro Ch 709) Meraikan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan Pulang ke Tanahair


Diana dilahirkan di Sitiawan, Perak tapi dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat inspirasi memasak daripada masakan Peranakan ibubapanya di rumah sebelum berpindah ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan selanjutnya bekerja di sana.

Bulan lepas, akauntan yang berumur 29 tahun ini telah menjadi juara dalam siaran realiti TV masakan popular "MASTERCHEF" 

Beliau telah memenangi hadiah utama sebanyak AUD250,000 (RM834,000) secara tunai. 

Siaran Ulangan Pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan di Lifetime (Astro Ch 709) 


Ada yang terlepas siaran ini? Ha..ha..ha..bukan kata korang je. Mummy pun terlepas sama. Ada dalam beberapa episod MasterChef Musim 9 ni mummy tak sempat nak tonton.

Pada yang dah terlepas untuk siaran ini (termasuklah mummy), korang boleh tonton semula di  siaran TV Lifetime dan boleh tonton semula detik kemenangan Diana dalam siri MasterChef Australia Musim 9 dari 14 Okt – 4 Nov 2017 pada setiap Sabtu jam 12 tengah hari di Lifetime (Saluran Astro 709).

JUMPA DIANA CHAN PEMENANG MASTERCHEF DIANA CHAN DI MID VALLEY

Korang  mana yang nak jumpa face to face dengan Diana Chan. Berita baik untuk peminat Diana, pemenang MasterChef Musim ke 9. 

Jom jumpa pemenang MasterChef Australia Musim 9 Diana Chan bersama  Lifetime!

Tarikh: 7 Oktober 2017, Sabtu
Masa: 12tengah hari– 6 petang.  Penampilan Diana dari pukul 3 - 5 petang.
(Pendaftaran media pada jam 2.30ptg)
Tempat: South Court (Tingkat Bawah) | Mid Valley Megamall


Semasa sisi ini, Diana Chan akan berkongsi pengalamannya yang luarbiasa dan menjawab semua soalan peminat.

Bukan itu sahaja, beliau juga akan mengadakan demonstrasi masakan istimewanya. 

Finalis Malaysia MasterChef Asia, Jasbir Kaur dan Marcus Low, juga akan bersama-sama dalam aktiviti esok.


Bagi yang tak dapat hadir, jom kita ber Facebook Live di  https://www.facebook.com/LifetimeAsia





ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. Antara siaran televisyen kegemaran Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry ialah siaran astro channel 619 iaitu ZooMoo ! Paling best bulan Ogos ini, Leo the Wildlife Ranger dan rakannya Katie bersama-sama dengan anak anjing mereka akan di tayangkan di siaran ZooMoo 619 astro.

Dengarnya, cerita ini best sebab ianya pengembaraan yang menarik di ZooMoo.

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. 


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Kraf untuk anak-anak buat sebelum menonton ZOOMOO ASTRO 619 CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. 

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Dedua anak mummyLinda memang excited habis kalau dapat kotak dari ZooMoo

Mereka tahu dah...mesti ada cerita baru kat ZooMoo nanti


ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Siap dah kraf mereka yang bertemakan ZOOMOO ASTRO 619 CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER. 


SINOPSIS LEO THE WILDLIFE RANGER. 

Bagi yang nak tahu apakah sinopsis cerita Leo The Wildlife Ranger. 

Jom baca serba sedikit.....

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Leo the Wildlife Ranger adalah program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penghayatan kepelbagaian hidupan liar. Episod yang berkisar dengan tujuan utama untuk membantu haiwan yang memerlukan, dan kepentingan menjaga alam sekitar.

Membawa Kanak-Kanak Lebih Dekat Dengan Hidupan Liar

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Siri ini dibuat untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan kepelbagaian kepelbagaian hidupan liar, dari rumah koala di Australia ke pangkalan belut elektrik di Amerika Selatan. Episod ditetapkan dalam tema utama untuk membantu haiwan yang memerlukan, dan kepentingan menjaga alam sekitar.

“Di ZooMoo, kami mengawasi program pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak pra-sekolah. Ia adalah penting untuk setiap generasi mempunyai pemahaman tentang kehidupan haiwan liar dan mempunyai penghayatan terhadap habitat semulajadi di dunia. Dengan objektif ini sebahagian dari strategi kami, Leo Wildlife Ranger memenuhi criteria untuk saluran ini. Selain itu, siri pemenang anugerah ini adalah cetusan produser Chi-Sim Tang, telah mempamerkan bakat dari rantau ini.” Kata Catherine Nebauer, Pengurus Besar Rangkaian ZooMoo untuk Australasia.

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.

Pemenang ‘Program Prasekolah Terbaik‘ pada Anugerah TV Asia 2016, Leo Wildlife Ranger dihasilkan oleh Omens Studios, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura. Salah seorang ahli pasukannya ialah bakat dari Malaysia Kevin Chow yang merupakan produser siri ini.

“Di Omens Studios, kami sentiasa berusaha untuk memberi ilham dan inspirasi kepada setiap kanak-kanak yang kami temui dan Leo Wildlife Ranger dicipta untuk melakukan perkara tersebut. Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga ZooMoo dan berharap dapat mengembangkan lebih banyak Rangers Junior di Asia.” kata Chi-Sim Tang, Pengeluar Eksekutif Omens Studios.

Pasti Dhia dan Dzal tak sabar dan takkan melepaskan peluang untuk mengembara bersama Leo the Wildlife Ranger di ZooMoo, Astro ch 619, pada hari Sabtu 19 Ogos jam 12.05 tengahari!


Korang jangan lupa tonton sesama, ek !

Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !

Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !  - Lama mummy tak melayan drama setiap malam di Astro Ria HD. Sebelum ini, semua drama mummy layan. Hinggalah ke drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen tu, terus macam kurenggg je. Tapi, Dhia Batrisya tetap layan. Entah kenapa mummy kurang suka dengan drama tu. 

Sekarang terlayan pulak DIA BIDADARIKU. Dia bidadariku ini ,di tayangkan di ASTRO RIA dan ASTRO RIA HD pada Isnin - Khamis jam 10 malam.

Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !

Hinggalah beberpaa minggu lepas, ada drama baru di Astro Ria iaitu Drama Dia Bidadariku. Macam seronok pula tengok karaya Dato Yusuf Haslam ni. Drama kali ini, bukan datangnya dari adaptasi novel.

Selalunya Dato' Yusuf Haslam ini suka mengarah filem dan drama aksi. Berbeza kali ini drama romantik yang agak kelakar sedikit.

Tak ada lah boring sangat nak tonton,kan !


Terlayan Drama Dia Bidadariku Pulak !


Sinopsis Drama Dia Bidadariku


Jom baca sinopsis DIA BIDADARIKU.. Dia Bidadariku mengisahkan tentang seorang wanita bernama Suri (Erra Fazira) yang memilih untuk hidup membujang setelah putus tunang lebih dari 15 tahun yang lalu. Hati Suri seolah kecewa dan tertutup buat insan bernama lelaki. Suatu hari Ridzal (Norman Hakim) yang merupakan bekas tunang Suri muncul kembali untuk menagih cintanya. Sikap Ridzal seolah dia seorang lelaki yang psiko. Dalam masa yang sama muncul pula seorang lelaki bernama Ammar (Hisyam Hamid) yang mula tertarik pada Suri dan cuba untuk mendapatkan cintanya. 


Apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Antara Ridzal dan Ammar, siapa yang berjaya memenangi hati Suri?

Walaupun pahit nak melepaskan kenangan bersama orang tersayang. Tapi, life must go on. 

So, Mummy suka Suri dengan Ammar lagi. Berbanding Suri dan Ridzal.

Korang ?