Showing posts with label Anmum Essential. Show all posts
Showing posts with label Anmum Essential. Show all posts

ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK-KANAK 1 HINGGA 6 TAHUN

ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK-KANAK 1 HINGG 6 TAHUN | Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori & ‘generasi Alfa’ atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas sekali gus menjadikan perkembangan keseluruhan anak-anak ini menjadi semakin penting. 


ANMUM ESSENTIAL GOLD BAHARU UNTUK KANAK-KANAK 1 HINGG 6 TAHUN 




Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baharu dirumus secara saintifik dengan nutrien - nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD dirumus dengan 33% lebih banyak DHA*, MFGM+ GA, prebiotik dan 15 nutrien penting. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan aspek penting dalam perkembangan kanak-kanak. 



Lapan aspek penting perkembangan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan bagi menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan tubuh yang baik untuk membantu anak dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; perkembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk memberi tumpuan dan belajar serta perkembangan sosial dan juga emosi.











Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan Sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.


Dr. Rajini Sarvananthan


“Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka".

Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini.


Wendy Goh


Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu.

“Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik.”

Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrient termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

“Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” kata Dr. Rajini.

Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak. Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.



Dr. Yong Junina Fadzil



Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran.

“Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit,” katanya.

“Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya!” tambah Dr. Yong Junina.

Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.

Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Anmum ESSENTIAL GOLD kini dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, dengan harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.



Untuk maklumat lanjut,sila layari :

Facebook Anmum Essential 



Laman web



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA

ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA | Pejam celik..pejam celik. Anak-anak dah membesar pun ! Dhia Batrisya dah berumur 4 tahun, manakala Dzal Aidi Fiqry dah berumur 3 tahun. Masing-masing bakal jadi abang dan kakak tak lama lagi. Mereka berdua bukan umur je bertambah. Malah, akal fikiran pun bertambah. Macam-macam soalan di ajukan. Beberapa hari lepas Dhia Batrisya ada menonton YouTube dan bertanyakan soalan ini kepada mummy, "mummy minum susu materna, tak?". Dalam hati mummy, aik, tahu pulak Dhia tentang susu materna (yang bermaksud Anmum Materna). "Mana Dhia tahu susu tu?", mummy bertanyakan soalan kembali. Dhia menjawab,"ni dalam YouTube kata susu ni bagus utk pregnant, mummy minum tau !"



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


Terkedu mummy seketika dengan anak yang berumur 4 tahun ini !

Mummy mungkin dapat melihat anak-anak semakin membesar dan kuat secara fizikal. Namun  otak mereka juga sebenarnya sedang berkembang dengan baik.


Berbanding dengan pertumbuhan fizikal, tumbesaran otak juga agak sukar untuk diperhatikan.



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA



ANMUM ESSENTIAL PERKENALKAN GROW AMAZING UNTUK PROSES TUMBESARAN OTAK DAN PERKEMBANGAN SI MANJA


Menurut Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia, ibu bapa semestinya inginkan yang terbaik buat anak mereka. Oleh itu, ia amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak-kanak. Justeru itu, Anmum Essential telah memperkenalkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembangan si manja.


Mummy pun baru tahu yang sel otak mula terbentuk pada sekitar hari ke-28 kehamilan. Setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel otak yang sedang berfungsi. Selain daripada jumlah sel otak, jumlah perhubungan antara sel otak tersebut juga amat penting.

Di peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan sel otak ini berkembang dengan pesat dan setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubungan sel dengan sel otak yang lain setelah si manja anda dilahirkan. Apabila mencapati usia dua atau tiga tahun, hubungan sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak enam kali.

Menurut Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia, perhubungan antara sel otak itu juga dikenali sebagai synapse. Pengalaman awal dan persekitaran luar adalah di antara faktor yang meransang pembentukan hubungan sel otak. semakin banyak rangsangan dari persekitaran luaran, semakin banyak yang terbentuk. Tambahnya lagi, perhubungan antara sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosida amat penting dalam tumbesaran otak.

Pentingnya DHA dan Gangliosida (GA) untuk otak



DHA dan Gangliosida (GA) terdapat di dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentukan sel otak dan Gangliosida menyokong pembentukan hubungan sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Kajian menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia mengambil GA 40% lebih rendah daripada purata pengambilan GA dalam sehari. Selain dari makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur . pengambilan GA juga boleh ditingkatkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan. Selain itu, Anmum Essential juga mengandungi prebiotik FOS dan Inulin. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Anmum Essential juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui lebih lanjut cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja anda dnegan Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak di laman web rasmi Anmum.





SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

SUSU Anmum™ Essential UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN . Bukan mudah nak pilih susu tepung atau susu formula ni. Pastinya, kita sebagai ibu bapa mahukan susu terbaik buat si manja kita. Mummy pasti, ramai ibu bapa di luar sana akan memilih dan menitikberatkan kandungan nutrisi dalam susu tepung atau susu formula. Mummy pun macam tu juga, masuk pasaraya baca nutrisi dahulu. Kerana tidak semua susu tepung atau susu formula mengandungi kandungan yang sama. Bagaimana dengan kandungan gula tambahan? Adakah kita pasti susu tepung atau susu formula si manja kita tidak mengandungi gula tambahan? Mummy dapat tahu bahawa susu formula atau susu tepung Anmum™ Essential tidak mengandungi gula tambahan.


SUSU ANMUM UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Anmum™ Essential mengandungi nutrien penting untuk anak kita, tetapi tidak mengandungi gula tambahan.

APAKAH IA GULA TAMBAHAN



SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Ada apa dalam susu? Dalam sedar tak sedar, sebenarnya gula tambahan ini ada di dalam susu tepung atau susu formula. Gula tambahan yang ditambahkan ke dalam susu tepung atau susu formula apabila ia diproses atau disediakan. Ini tidak termasuk gula semulajadi seperti di dalam susu dan buah-buahan. Nama bagi gula tambahan ialah gula perang, pepejal sirap jagung, dekstrosa, fruktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, maltodekstrin dan gula putih.

Mummy baru tahu nama-nama gula tambahan ini, lepas ini..mummy kene baca label betul-betul sebelum membeli susu untuk anak-anak.

SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


Mummy harus menyemak label kandungan susu tepung atau susu formula terlebih dahulu. Pastikan tiada gula tambahan di dalamnya. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


KENAPA DENGAN GULA TAMBAHAN?

Mesti ramai yang tertanya-tanyakan, apa efek susu formula dan susu tepung yang ada gula tambahan ini? Gula tambahan merbahaya untuk anak kecil kerana ianya boleh mengakibatkan obesiti dan ketidakstabilan dalam metabolisma dalam badan.

Mengikut Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013.

Kanak-kanak yang berusia 2- 6 tahun tidak boleh mengambil lebih dari 3 sudu gula sehari.

Manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun tidak di galakkan untuk mengambil 7 sudu gula dalam masa sehari.

KEMPEN ANMUM ESSENTIAL - ADA APA DALAM SUSU



SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN

Untuk pastikan susu formula atau susu tepung anak kita tiada gula tambahan. Jom bertukarlah kepada Anmum™ Essential. Kerana Anmum™ Essential tiada gula tambahan di dalamnya . Dengan ini, anak kita bukan sahaja mendapat nutrien penting seperti GA® dan DHA, tetapi ia juga tidak mengandungi Gula Tambahan.


Jika sebelum ini, meminum susu formula atau susu tepung  bukan dari Anmum™ Essential tetapi mahu bertukar ke Anmum™ Essential.

Pastikan mengikut langkah-langkah ini jika mahu bertukar susu. Jangan terus menukar susu secara terus. 

Penukaran jenama susu tepung atau susu formula harus melakukan dengan berperingkat. Supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri. 


SUSU ANMUM ESSENTIAL UNTUK ANAK TIADA GULA TAMBAHAN


VIDEO KESEDARAN Anmum™ Essential TIADA GULA TAMBAHAN



Ini pula video kesedaran dari Anmum™ Essential tiada gula tambahan. Pastikan anak kita sihat walafiat ye !

Info tentang Anmum™ Essential tiada gula tambahan : http://www.anmum.com.my/happenings/added-sugars-bm/

Selanjutnya, boleh lawati :-