Showing posts with label Baby D. Show all posts
Showing posts with label Baby D. Show all posts

14 BULAN DAIM NAUFAL

Seketul Daim Naufal yang dah berumur 14 bulan, susah nak nampak duduk diam dah sekarang ni. Gelongsor / slide ni tempat fav Daim main. Mummy yang selalu berderau kalau Daim main. Ye la kan, risau kalau terjatuh ke apa. Apa-apa pun, mummy doakan moga Daim di dalam lindunganNYA selalu.

14 BULAN DAIM NAUFAL


14 BULAN DAIM NAUFAL

Cara Daim nak turun dari gelongsor/slide, dia akan duduk atas gelongsor / slide dan pusingkan badannya. Kiri , bawah gelongsor / slide tu memang mummy sesiap letak tilam dan bantal.


Safety 1st kengkononnya lah !


14 BULAN DAIM NAUFAL

Daim dah mula pusingkan badan dan nak turunkan dari gelongsor / slide. Abaikan artwork di dinding tu, hehehe hasil anak kreatif tu !


14 BULAN DAIM NAUFAL

Boleh pulak cak...cak...mummy sebelum turun, aihhh geram nau dengan seketul Daim ni tau !

Ginilah Daim bila setahun. Memanjat dulu, jalannya entah bila. Nak ikut jejak kakak dan abangnya kot. Tunggu 1 tahun 3 bulan gamaknya.

Gigi pulak dah ada 8 batang. 4 batang gigi di atas dan 4 batang gigi di bawah. 

Orang tua-tua cakap kalau gigi tumbuh awal, jalannya memang lambat.

Tak apalah nak ! Asalkan dikau membesar dengan sihat walafiat ! Aamiin


Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak | Jumaat baru ni, mummy ke hospital.. ramai yang tertanya-tanya kenapa dengan mummy. Dah nak bersalin,ke? Mummy hanya mampu jawab sakit perut je. Maaf ye, bukan nak sombong tak berjawab. Masa tu, mummy agak stress dan tak tahu apa yang terjadi dalam perut. Kisah awalnya, pagi Jumaat tu..perut sebelah kiri sakit sangat. Tak tahu nak cakap sakitnya, macam krem pun ada, macam keras kejung pun ada. Dah pulak tu, bila pusing ke kiri dan  kanan masa tidur. Baby pun diam je kejung. Selalunya, setiap kali mummy tukar posisi. Baby akan bergerak sama atau bagi reaksi. Setiap baby dalam perut tak sama perangainya. Dhia dan Dzal juga berbeza. BabyD kali ini, memang jenis aktif. Boleh di katakan, suka nau lah  berguling-guling dalam perut. Bila dia pause aktifnya, memang risau sangat-sangat !

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak


Pagi Jumaat tu, ingat nak terus ke Klinik atau hospital sebab baby masih tak gerak lagi. Bila memikirkan yang mummy pegang kunci ofis. Bos dan anak bos pula kadang-kadang susah nak di hubungi pada waktu pagi. Maka, mummy ke ofis juga pagi tu, tak mahu staf seorang lagi tertunggu-tunggu di luar ofis.

Bila bos dan anak bos (pekerja merangkap bos) sampai, mummy terus minta kebenaran nak keluar. Sebelum keluar ofis, sempat menyiapkan beberapa modul untuk seminar Sabtu (esok harinya).

Kebetulan pula, Sabtu tu kami organised seminar FB Ads, Marketing Online, Offline dan Asas Blog kepada stokis dan agen baru.

KE HOSPITAL SERDANG DAN HOSPITAL KAJANG


Mummy terus ke Hospital Serdang (sebab history beranak nombor 1 dan 2 di sana). So, mesti mudah jika cek di sana.

Sampai Hospital Serdang....mereka tolak mummy ke Hospital Kajang. Dengan alasan, pesakit ramai dan alamat rumah mummy di Kajang.

Okay, fine...drive lah sengsorang ke Hospital Kajang. Pada waktu ini, baby dah gerak. Ada pergerakan dah, tapi....takkan nak patah balik ke ofis? Apa bukti yang nak di berikan pada majikan yang mummy ke Hospital?

Sampai di Hospital Kajang, dalam 12.15 tengah hari. Seperti biasa, mummy di kehendaki ambil air kencing, cek tekanan darah, cek heart beat baby. Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik. 

Doktor terus bertanyakan soalan kepada mummy tentang masalah mummy. Mummy terus cerita dari kisah minggu lepas ada air jernih keluar hinggalah masalah Jumaat pagi.

Masa ni, kena marah sekejap dengan doktor sebab masa ada air keluar Sabtu tu. Kenapa tak ke klinik atau hospital. Hehehe. Tak mampu nak jawap apa-apa. Sebab dah seminggu berlalu..

Beberapa jam kemudian, doktor pakar sakit puan datang scan dan cek dalam perut untuk kira pergerakan baby dan heartbeat baby sama ada konsisten atau tidak.

Pendarahan dalam perut juga tidak ada, air ketuban pun cukup.

Pemeriksaan secara konsisten itu di ambil dalam masa beberapa minit. Nak ikutkan monotoring ini nak kena buat dalam masa 24 jam. Kalau dah 24 jam tu...haruslah kena admit,kan! 

Tapi, bila doktor tanya nak admit atau tidak. Mummy jawap tak perlu. Sebab semua dah berada dalam keadaan yang normal.



Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak


Maka, mummy tak di masukkan ke hospital. Tapi, dalam buku merah ni tertulis "Mother satisfied, not keen for admission". Oh my !!! Kalau jadi apa-apa kat rumah, kiranya hospital tak bertanggungjawab.

Sepanjang di hospital Kajang tu, bertalu-talu Whatsapp dari bos. " U kat mana?' "Berapa lama lagi u di sana?"

Stress o.....

Tapi, mummy faham. Mana ada bos yang nak positif dan huzunon sangat dengan staff. Boss always right. Sebab boss bayar gaji, ma! Hehehe.

Staffs always not right. Staffs always ngok ngeks. Sebab tu, staff jadi staff. Sebab tu, mummy masih makan gaji dan tak jadi bos. Betul, tak?


Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak
Jam 12.43 tengah hari

Mummy siap curi-curi amek gambar dalam hospital untuk Whatsapp pada bos. Padahal dalam tu, tak di benarkan ambil gambar.



Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak
Jam 3.35 petang


Maaf Hospital Kajang ! Demi sesuap nasi je, ni. No viral-viral yang negatif.

Ke Hospital Sebab Sakit Perut dan Baby Kurang Gerak

At the end, mummy MC satu hari. Bila inform boss. Boss jawab, "nak buat macamana...."

Tapi, seminar Sabtu tu kena datang lah. As usual, kami ada 2 staff sahaja. So, 2 staff ini lah kena buat A-Z untuk seminar. Kalau mummy tak datang, sian lah staff sorang lagi satu tu dan anak boss pun kena buat kerja yang banyak.



Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM

Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM - Inilah kerja mummy di hujung minggu. Sedikit demi sedikit menguruskan persiapan orang baru, BabyD. 


Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM


Bila Kandungan Dah 8 Bulan, Mula Menyusun Botol Susu Dan Botol EBM


Ni semuanya...Koleksi botol-botol lama. Tak pakai sangat botol ni, sebab anak-anak lebih suka direct breastfeed. Sanggup minum 2 oz je kalau dulu kat rumah pengasuh. Botol EBM pakai lama juga, tapi di sebabkan dorang suka direct Breastfeed. Tak banyak sangat buat stok susu. 

Botol-botol ni kasi cuci dan test pada babyD. Harap-harap BabyD suka dengan botol. Jangan buat mummy tak keruan kerja ye. 

Dulu Dhia dan Dzal mummy kerja di ofis depan rumah. Lunch boleh balik untuk susukan. 

Sekarang mummy kerja jauh sedikit. Dah pulak kerja dalam Marketing, weekend dan setengah public holiday pun kadang-kadang kena kerja.

Kalau babyD dah ada pilihan botol kegemaran. Nanti mummy barulah mummy dan daddy belikan yang baru ye.




Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby

Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby, sambil-sambil susun atur barangan anak-anak dan baby yang bakal di lahirkan. Mummy pun terus buat terdetik nak buat checklist dan senarai lengkap yang patut ada untuk menyambut ahli baru dalam keluarga. Daddy pun dah dok tanya je "barang baby apa lagi yang tak ada?". Nak je jawab..semua tak ada lagi ...hehehe. Kang ada kena siku pulak,kan ! As usual lah, mummy anak dah masuk 3 pun masih excited nak buat Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby? Hehehe dulu ada buat gak Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby tapi macam tak berapa nak lengkap. Ada cerita tergantung di SITU.

Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby

Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby, ke? Entah lah ye..mummy pun tak tahu bila waktu yang sesuai untuk buat Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby. Tapi, kalau kandungan dah 7 bulan nak masuk 8 bulan tak siap apa. Boleh biking kelam kabut juga,kan? Maka, kali ini jom lah baca kisah mummy buat Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby.


Pakaian Baby - Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby


Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby

1. Baju berbutang
Antara baju paling WAJIB ada untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby. Sebab baby ni sangat lembut nak pakaikan baju dan pakaian perlu berhati-hati. Kalau baju berbutang ni, mudah nak pakaikan sedikit. Tok mak dorang ni pun prefer baju berbutang depan untuk baby new born.

Untuk baju berbutang ni, mummy dan daddy peruntukkan untuk 7 pasang. Kiranya sehari sepasang. Range saiz pula mummy beli 2 pasang saiz newborn dan lain-lain tu saiz 3-6 bulan.

Mummy shopping di AEON Shah Alam. Total untuk 7 pasang baju baby berbutang depan ni semua dalam lingkungan RM110 je.

Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby

2. Baju Siang untuk Baby
Untuk baju siang, ada juga baju berbutang depan dan ada juga jenis rompers. Mummy suka juga rompers. Sebab senang nak tukarkan pempes. Buka butang bawah je !

Jumlah baju lebih dari 7 helai dari saiz newborn hinggalah ke 6 bulan.

3. Barut baby dan bedung baby
Barut baby DHia dan Dzal dulu semua Tok Mak jahitkan. Tapi, barut yang lelama Dhia dan Dzal punya ntah memana. Dah bagi orang. Tak pe lah, kira sedekah je. So, kali ini, daddy belikan 10 helai barut baby.

Barut ni memang penting untuk elakkan anak kena kembung.

Bedung pula, kami buat sendiri..Nak tahu cara buat bedung? Nanti mummy share di entri lain ye.

Bedung antara Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby yang WAJIB bagi mummy.

Dah Masanya Untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby

4.  Stokin dan Sarung Tangan Baby
Stokin dan Sarung Baby tangan juga penting dalam Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby. Mummy tak beli baru untuk stokin dan sarung tangan baby, sebab rasanya dah cukup banyak koleksi lelama dari Dhia Batrisya dan Dzal Aidi Fiqry.

Mummy pun dah siap sorting stokin dan sarung tangan baby. Harap-harap cukup !

5. Topi baby
Topi baby mummy tak beli. Sebab dah ada lebih 5 topi ada kat rumah. Topi untuk tutup ubun-ubun kepala baby. Ubun-ubun baby kan lembut

6. Towel baby
Towel pun pakai mana ada. Tak perlu beli dah

7. Towel kecil (sapu tangan) baby
Sapu tangan memang sangat penting untuk anak-anak. Nak lap itu ini.

8. Bib Baby
Patutnya dah pandai makan baru ada bib. Tapi, bib lelama Dhia dan Dzal ada. Kita recycle aje. Bib penting bila anak pandai makan nanti.

Tak ada bib..memang cepat lah kotor baju baby tu nanti.


Barang Penyusuan Baby - Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby


9. Pam susu
Pam susu Spektra 3 (double pump - elektrik) mummy sangat berjasa dari zaman Dhia. Harap-harap boleh bekerjasama sehingga baby besar

10. Ice pack
Ice pack pun penting kalau kita nk buat susu EBM. Mummy ada banyak ice pack lagi. Boleh recycle balik nampaknya.

11. Penyimpan EBM
Tempat penyimpan EBM ni...mummy suka yang plastik berbanding botol sebab nak jimat ruang. Rasanya, nak kena beli ni. Stok simpanan dah tak ada.

12. Chest Freezer
Ini antara wishlist, tengak fikir-fikir WAJIB ada ke tak ada dalam checklist.

Barang Lain untuk Checklist Barangan Baby dan Keperluan Baby


13. Toiletries
Mummy juga tak lupa untuk siapkan juga mandian, shampoo, losyen, minyak angin dan barangan lain untuk baby. 

14. Lampin pakai buang
Lampin pakai buang atau pempes pun penting sangat-sangat. Kalau ada yang nak pakai lampin boleh basuh pun lagi bagus. Mummy ini, ada sedikit malas. Jadinya, pakai buang pilihan mummy.

Untuk pempes newborn, mummy beli 2 jenis. 1 jenama petpet dan 1 mamypoko. Anak-anak mummy untuk malam, kami gunakan mamypoko. Kalau tak sedar anak berak. Tak adalah bocor

Baby baru lahir ni beraknya kerap dan agak cair. Kalau terlepas pandang, memang boleh bocor. (based pengalaman anak-anak kami)

15 . Wet Tissue
Wet tissue pun antara yang wajib sebab baby ni nak bawa selalu ke bilik air macam kesian pua. Kang sejuk.

Jadi, pendapat mummy. Mummy rasa 15 Checklists Barangan Baby dan Keperluan Baby di atas tu antara yang WAJIB ada untuk sambut kelahiran baby. Walaubagaimana pun terpulang pada memasing. Mana yang mampu.

Jangan paksa diri untuk follow mummy ye.



KEPUTUSAN BACAAN GULA DALAM DARAH (MGTT) MUMMY

Kisah beberapa minggu yang lalu, mummy ada cerita tentang kehamilan mummy dan minum air gula (MGTT). Berdebar tunggu result sebenarnya. Semalam, Alhamdulillah settle check up untuk minggu ke-20 kehamilan. Dah 5 bulan kandungan mummy. Baby dalam perut pun aktif bergerak-gerak dah. Ini antara nikmat paling best, sewaktu mengandung - bila terasa tendangan baby. Heartbeat baby pun ok 146, darah mummy (HB) juga tak ada masalah. Syukur !


KEPUTUSAN BACAAN GULA DALAM DARAH (MGTT) MUMMY 


Berbalik pada cerita minum air gula beberapa minggu lepas (pernah di ceritakan di SINI ). 

Result MGTT gula mummy dah keluar. Huhu seram nak tengok result. Walaupun mummy tahu history mengandung mummy, memang tak ada masalah diabetes.

Ok, bacaannya ialah :-




Bacaan gula dalam darah mummy , sebelum minum air gula : 3.9 (mmol/ml)
Bacaan normal : 4 - 6 (mmol/ml)

Bacaan gula dalam darah, selepas 2 jam minum air gula : 3.9 (mmol/ml)
Bacaan normal : 3.6 - 8 (mmol/ml)

Nurse pelik bacaan gula dalam darah sebelum dan selepas adalah sama. Siap tanya mummy. Ada muntah atau tidak. Yang pastinya, minum air gula kali ini..mummy jujur. Tak buang dan boleh habiskan segelas.

Berbanding minum air gula sebelum ini, ada juga mengelatnya hehehe. Apapun, bersyukur. Bacaannya normal dan mummy tiada DIABETES semasa mengandung.



Artikel Menarik : Penawar Kencing Manis / Diabetes




Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 minggu?

Dah anak masuk tiga baru ada knowledge tentang Ultrasound NT Scan 2D 3D, pada asalnya mummy blur juga kenapa agaknya Ms Jezzlyn - Sonographer Sonovision ini buatkan appointment Ultrasound NT Scan 2D 3D kehamilan 12 - 13 minggu. Penting ke Ultrasound NT Scan 2D 3D pada kehamilan 12 - 13 minggu ?


Penting Ke Ultrasound NT Scan 2D 3D Pada Kehamilan 12 Hingga 13 Minggu?




Scan kali ini, bawa anak-anak pula. Nak bagi mereka nampak baby dalam perut. 

NT Scan ini mengambil masa yang lama sedikit. Sebab bacaannya perlu di ambil ketika bayi dalam perut statik. 

Baby kitorang ni aktif sangat, siap lambai-lambai tangan masa NT Scan tempoh hari. Macam tau-tau je kakak dan abangnya ada.

Sebelum mummy cerita panjang. Mesti ada yang nak tahu apakah ia Ultrasound NT Scan ni.

Entri sebelum ini, dating scan mummy dengan Sonovision berjalan dengan lancar.  Dating scan pada trimester pertama ketika mummy hamil lebih kurang 7 minggu. Ianya bertujuan untuk mengesahkan janin masih hidup, untuk tetapkan usianya, mengesahkan denyutan jantung bayi dan juga untuk mengukur panjang bayi.

Alhamdulillah bayi dalam kandungan mummy sihat.

Trimester kedua ini pula, mummy telah menjalani Ultrasound NT Scan 2D 3D.


Mengikut bayi-ibu.com NT Scan iaitu Nuchal Translucency ini tujuannya untuk mengukur kawasan cecair di bawah kulit leher janin dan kehadiran tulang hidung. Tulang hidung merupakan penanda (soft marker) untuk keabnormail kromosom.

Ianya boleh mengesan hampir 90% masalah genetik seperti sindrom down.

Haaaa...penting tak agak-agaknya NT Scan ini?




Ms Jezzlyn minta mummy dtang pada kehamilan 12 -13 minggu kerana pada waktu ini bacaan NT Scan tepat

NT SCAN ini di sarankan bagi wanita :

  • Ada mengambil ubat-ubatan atau dadah merbahaya
  • Mempunyai sejarah keluarga kecacatan kelahiran tertentu
  • Mengandung pada lewat usia, iaitu 35 tahun dan keatas
  • Ada menggunakan insulin yang disebabkan kencing manis
  • Mempunyai jangkitan virus semasa hamil
  • Terdedah kepada radiasi yang tinggi



Video NT Scan di SONOVISION

Bagaimana Ketepatan ujian NT Scan ini?

  • NT Scan boleh mengesan hampir 90% masalah genetik terutamanya SIndrom Down
  • Bacaan NT yang tinggi ( 2.5 - 3mm) dan tulang hidung tiada kelihatan meningkatkan risiko SIndrom Down
  • Untuk Lebih tepat Ujian lain akan di jalankan selepas NT Scan


Alhamdulillah bacaan ujian NT Scan baby D ialah 1.4mm.


Thank you to my favorite Sonographer - Ms Jezzlyn. Jumpa lagi next appointment :)


CARA BUAT APPOINTMENT ULTRASOUND SCAN DI SONOVISION

Bagi yang nak buat appointment di Sonovison Kelana Jaya ini. Boleh ikut langkah-langkah booking scan ultrasound ini :-

1) Like Facebook : 5D scan Sonovision https://www.facebook.com/SonovisionUltrasound/
2) Klik "Make Online Booking"
3) Pilih Sonographer professional / trainer / 5D scan
4) Isikan tarikh dan masa temujanji
5) Isi butiran yang dikehendaki
6) Tekan butang "Make Appointment"
7) Hadirkan diri temujanji dan selamat berdating dengan baby :)

Booking ini un PERCUMA je. Tak perlu bayar.

Selanjutnya boleh layari:


Sonovison Ultrasound
H01-2, Plaza Kelana Jaya
Jalan SS7/13 47301 Petaling Jaya Selangor
Email : sonovisionultrasound@gmail.com
03-74503183


Waze : TKM Blades Malaysia Plaza Kelana Jaya