Showing posts with label Booster Makanan Kucing. Show all posts
Showing posts with label Booster Makanan Kucing. Show all posts

FIRST TIME HANDLE KUCING BERSALIN. TAHNIAH JENNY

Alhamdulillah pembukaan bulan Oktober sangat baik bagi kami sekeluarga. Ahli keluarga kami sudah bertambah. Kucing kami, Jenny (rehome) dengan kami pada 22 Julai 2023 telah selamat melahirkan  4 ekor anaknya.

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !


Pengalaman pertama dan sangat berharga buat kami suami isteri dalam proses menyambut kelahiran anak kucing a.k.a bidan kucing. Menggelupar jugak,lah kami. Call, wasap sana sini tanya kawan-kawan dan kenalan seawal 6 pagi .

Mujur adik mummy angkat call dan rakan blogger mummy Doktor Veterinar, Kak Ita juga menjawab wasap mummy dan jawab segala pertanyaan mummy berkaitan dengan proses menyambut kelahiran anak kucing a.k.a bidan kucing !

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !




Tanda-tanda Kucing Nak Beranak


Sebenarnya, tiga hari sebelum kucing kami (Jenny) nak beranak / bersalin, mummy dah nampak kelainan pada Jenny. Jenny ini, sebenarnya seekor kucing yang suka buat hal sendiri. Tak suka kena peluk dan tak suka kena pegang sangat.

Tapi, 3 hari sebelum Jenny nak beranak / bersalin. Jenny agak manja dengan kami (terutamanya daddy). Setiap malam akan tidur sebelah katil daddy (bawah) dan akan ikut kemana sahaja daddy pergi.

Kalau daddy tonton TV sehingga lewat malam, Jenny akan duduk menghadap ke daddy je.

Tanda-tanda lain kucing nak beranak / bersalin yang kami dapat lihat pada Jenny adalah :-

1. Kucing kami dah mula selongkar tempat-tempat yang agak tersorok. Seperti kotak, dan akan keluarkan plastik dalam kotak.

2. Kucing kerap merayau setiap pelusuk rumah. Erm...mungkin Jenny tak jumpa tempat yang sesuai. Sebab rumah kami di Kahang Johor tu pun agak baru, perabut pun tak ada sangat . Rumah sewa untuk beberapa tahun je, kan. Buat apa nak penuhkan sangat.

3. 2 hari sebelum kuing kami bersalin, Jenny sibuk nak naik atas katil kami dan nak masuk dalam comforter . Mintak maaf ler, memang kami tak bagi. Risau terberanak atas katil pulak, kang..nayaa

4. Sehari sebelum beranak, kucing kami Jenny kurang makan. Kalau sesebelum tu, dialah suka perabihkan makanan kucing lain. Selera besar masa bunting (mengandung)

5. Kucing kami Jenny kurang tidur, banyak berjaga dari tidur. Mungkin perutnya dan mula sakit-sakit.

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !



Panduan Kucing Bersalin di Rumah


Oleh kerana kami ni, bidan kucing untuk kali pertama. Maka, panduan kucing bersalin di rumah ini adalah panduan dari pengalaman kami sendiri. Mohon jangan kecammm hahaha.


1. Kucing kami bersalin dalam bilik kami. Sebelah suami (bawah katil). Alhamdulillah Jenny ni, seekor kucing dengar kata, dah beritahu sesiap jangan bersalin atas katil. Kebetulan memang bilik kami besar (rumah sewa di Kahang ni besar !) . Jadi, tak semua tempat berkarpet, kebanyakan lantai togel je. Memang mudahlah cuci tempat Jenny bersalin tu.

2. Kami memang ada sediakan kotak yang besar dan luas. Sebenarnya, kami dah sediakan 2 jenis kotak dan 1 cage. Nampaknya, jenny ini.. selepas bersalin ...kucing kami memilih ke kotak yang besar dan tinggi

3. Kami siapkan alas water proof warna biru atau nama panjangnya Disposable Underpads Super Absorbent Incontinence Bed Pads. Supaya darah atau air dari badan kucing di kotak tu, akan di serap dan sentiasa kering.

4. Confinement room for our cats. Yeahhh, oleh kerana rumah Kahang Johor tu daddy duduk sorang. Mummy terus buatkan bilik berpantang untuk kucing kami, Jenny dan anak-anaknya (kittens). Jadi, 2 ekor kucing jantan kami Loki dan Lucky tak boleh suka-suka masuk. Sebab ada yang cakap kucing jantan suka makan anak kucing yang baru lahir. Huhuhu.

5. Makanan dan minuman kucing kena siapkan awal-awal terutama yang tinggi protien. Sebab kucing yang baru melahirkan anak, mereka akan penat. Ngam, selepas bersalin anak-anak kucing akan terus mencari susu maknya. Jadi, mak kucing kena berikan wet foods, air dan kibble ASAP.

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !

Cara Jaga Anak Kucing Baru Lahir


Selepas anak kucing (anak Jenny) lahir...kami terus masukkan mereka semua dalam bilik khas. Untuk diasingkan dari kucing jantan yang lain.

Selain letakkan anak kucing yang baru lahir di bilik yang berlainan dan diasingkan dari kucing jantan. Ini juga merupakan tips / cara jaga anak kucing baru lahir :-

1. Letakkan kain dalam kotak atau tempat anak kucing baru lahir ditempatkan. Kerana anak kucing baru lahir tidak berbulu tebal. Kain atau selimut untuk mengelakkan anak kucing kesejukan.

2. Kotak atau tempat anak kucing tinggal hendaklah kering setiap masa dan sentiasa bersih. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria atau jangkitan kuman terkena pada anak-anak kucing.

3. Jangan Ganggu Ibu Kucing. Ketika ibu kucing selesai melahirkan anak, beri dia privasi dan jangan ganggu. Kucing biasanya lebih pandai untuk mengurus anak-anaknya sendiri.

4. Pantau Proses Melahirkan. Walaukita tidak boleh mendekati ibu kucing, tetapi wajib pantau proses kelahiran anak kucing. Pastikan semuanya berjalan lancar dan tanpa masalah.

5. Menyediakan Makanan yang Sesuai. Pastikan ibu kucing mendapatkan makanan yang cukup, terutama makanan yang kaya akan nutrisi dan protien tinggi. 

6. Jangan Sentuh Anak Kucing dengan kerap. Kalau boleh jangan memegang anak kucing terlalu kerap pada minggu pertama. Kerana ibu kucing akan rasa tidak selamat dan akan meyorokkan anak-anak mereka di tempat lain pula.


Semoga 3 ekor anak Jenny ini dapat membesar dengan sihat hendaknya. Mummy masih bersedih dengan kematian 1 ekor anak kucing dari Jenny.

Jenny dah letih dan tidak menjilat anakanya itu, jadi anaknya lemas dalam kantung selepas keluar. Huhu..


.

BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED

BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED . Perlu ke kucing makan booster sebagai makanan tambahan atau makanan kudap-kudap mereka?

Kucing kami suka makan wet food atau ayam rebus. Tapi, kami bukan selalu ada masa untuk buat ayam rebus. Sebagai makanan tambahan kepada kucing kami. Kami berikan kucing-kucing kami BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED je.

Apa itu freeze-dried?


Proses freeze-dried memusnahkan bakteria atau parasit yang mungkin berada dalam bahan mentah. 

Teknologi ini telah menyingkirkan kandungan air dalam makanan oleh itu produk mempunyai jangka hayat yang panjang tanpa menggunakan sebarang pengawet, kerana bakteria memerlukan air untuk berfungsi.



GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

Booster Makanan Kucing GraceFull Raw Freeze-Dried


Senang nak siapkan makanan kucing dengan BOOSTER GRACEFULL RAW FREEZE-DRIED  ni. Makanan kucing booster dari jenama Grace Cat ini adalah tinggi protein dan asli dari isi sebenar yang sudah dikeringkan. 

Makanan kucing GraceFull Raw freeze-dried dari jenama Grace Cat ini sangat tinggi protien yang boleh bantu kucing untuk selera makan, gemuk, bulu cantik dan sihat.

Kucing kami , si Loki dan Lucky (2 beradik) sangat memilih makan (picky eater). Alhamdulillah mereka suka dengan booster makanan kucing GraceFull Raw freeze-dried dari Grace Cat ni.

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

Makanan Booster Kucing Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering


Kami berikan 4 ekor kucing kami makanan booster Grace Cat Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering. Memang suka sangat dorang tu..

Tapi, tak boleh makan lebih sangat. Makanan booster bukanlah makanan utama kucing kami. Kami fokuskan kibble untuk makanan utama mereka.

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU


Cara Siapkan Makanan Booster Kucing Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering


Ada 4 cara untuk siapkan makanan booster Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering (freeze-dried)
1. Berikan freeze-dried ayam, itik dan salmon secara terus
2. Campurkan freeze-dried dalam kibble
3. Campurkan dengan air (kami selalu bagi cara ni, sebab nak bagi kucing minum banyak air).



GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

Apa yang best freeze-dried raw dari Grace Cat ?


✅ GraceFull RAW 100% semula jadi, mentah, diproses daripada daging tulen. Ia tidak mengandungi bahan tambahan seperti pengawet, pengisi, pewarna dan perasa.

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

✅ GraceFull RAW datang dalam beg ziplock yang boleh ditutup semula untuk menjamin kesegaran makanan.

✅ GraceFull RAW adalah produk pork-free.

✅ Grace Cat dari kilang berlesen dan bereputasi, produk yang disahkan

✅ Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dengan teliti

✅ Pematuhan ketat terhadap kebersihan pada setiap peringkat pengeluaran Penyinaran makanan (food irradiation) untuk kawalan bakteria


GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU


Apa kelebihan freeze-dried raw dari Grace Cat? 


GraceFull Duck & Duck Breast (Strip) 


Mengandungi dalam Selenium, Iron dan Protein.

Baik untuk:
• Hypoallergenic
• Tingkatkan Sistem Imun
• Tingkatkan Blood Count

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GraceFull Salmon :-

Mengandungi dalam Fatty Acids, Potassium, B Vitamins dan Selenium.

Baik untuk:
• Anti Radang
• Mobiliti Sendi
• Kesihatan Jantung

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GraceFull Chicken & Chicken Breast (Strip):-


Mengandungi Phosphorus, Protein dan B Vitamins.

Baik untuk:
• Tulang Sihat
• Hati Sihat
Otot Lebih Kuat

Harga Booster Makanan Kucing Raw Freeze-Dried


Harga Booster Makanan Kucing Raw Freeze-Dried dari jenama Grace Cat ini bermula dari RM19.90 untuk 50 gm sehingga RM55 untuk 100 gm

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU



Nak jimat? Sekarang ada 10% tau, jika beli di thegracecat.com . Jangan lupa masukkan kod < LINDA10 > untuk 10% diskaun !