Showing posts with label DentYucral. Show all posts
Showing posts with label DentYucral. Show all posts

DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dan Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’

GIGI SIHAT PUTIH BERSERI SEHINGGA KE HARI TUA - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam merupakan hari Diabetes sedunia. SELAMAT HARI DIABETES ! Sempena hari Diabetes sedunia. Mummy berkesempatan untuk menghadiri Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ tujuannya untuk menggalakkan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan pesakit diabetes



Diabetes ni, merupakan penyakit keturunan sebelah daddy (suami mummy). Alhamdulillah sehingga kini kami masih bebas dari penyakit Diabetes. Walau kami bebas darinya, bukan bermakna kami sekeluarga boleh ambil endah tak endah tentang cara untuk atasinya dan mengelakkannya.

Alhamdulillah, mummy dapat ilmu baru tentang penjagaan Diabetes dari awal. Mummy tak tahu sebelum ini bahawa penjagaan oral adalah langkah penting dalam Diabetes.


DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dan Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’


Semalam mummy baru tahu bahawa DentYucral Ubat Gigi Khas Untuk Penghidap Diabetes dalam Kempen ‘Keep Your Teeth For Life’. Biasalahkan, bila tak ada sakit Diabetes, kita pun tak ambil tahu pun tentang penyakit ni. Sebenarnya salah, kita mesti tahu cara pencegahannya juga. Merawat lebih baik dari di ubati. Gituuuuu.


Hadir pada majlis pelancaran ‘Keep Your Teeth For Life’ merupakan Prof. Madya Dr. Jeyakantha Ratnasingam, Perunding Endokrinologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Pakar Universiti Malaya; Dr. Sai Mala, Pengamal Perubatan Gigi Swasta, Klinik Surgeri Sai Mala; Dr. Rajes Qvist, Saintis Kajian Diabetes Jenis 2, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dan Annie Joseph, Pengarah Urusan, Vital Signs BH.



Senyuman membawa seribu makna, oleh itu senyuman dengan gigi semulajadi yang sihat pasti membawa nilai yang lebih bermakna. Selain faktor kosmetik, gigi serta gusi yang sihat merupakan indikasi kepada tahap kesihatan seseorang. Tanda – tanda dan simptom seperti bengkak gusi, kehilangan gigi, mulut kering serta nafas berbau merupakan gejala penyakit sistemik seperti diabetes. Dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia kini pada 75 tahun dan keatas, kebersihan oral adalah amat penting bagi memastikan gigi semulajadi yang sihat pada usia emas terutamanya jika individu tersebut menghidapi Diabetes. 

Menyedari masalah ini, Vital Signs BH Sdn. Bhd. (Vital Signs BH), pengedar jenama ubat gigi DentYucral, hari ini telah melancarkan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’ bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan penjagaan kesihatan oral. Kempen ini merangkumi platform pendidikan untuk mempromosikan kebersihan dan penjagaan oral bagi rakyat Malaysia dengan diabetes yang berumur 18 tahun dan ke atas. 
Seiring dengan kempen ‘Keep Your Teeth For Life’, Vital Signs BH Sdn. Bhd. juga berkerjasama dengan Diabetes Malaysia melalui aktiviti terpilih untuk melaksanakan kesedaran kesihatan oral dalam kalangan penghidap Diabetes. Ini termasuklah sidang kecil media, artikel Keep Your Teeth for Life di dalam risalah berita Diabetes Malaysia yang diedarkan kepada penghidap Diabetes seluruh Malaysia, risalah kempen serta mengedarkan produk kepada penghidap Diabetes melalui Diabetes Malaysia.

Bercerita mengenai motivasi di sebalik kempen ini, Annie mengulas, “Kesihatan oral merupakan satu aspek yang terabai dalam penjagaan Diabetes. Oleh itu, ia amat penting bagi penghidap untuk dididik dan menjadikan kesihatan oral sebagai sebahagian pengurusan Diabetes mereka. Mereka perlu hadir bagi pemeriksaan dan pembersihan gigi secara berkala dan menggunakan produk gigi dan ubat gigi yang sesuai. DentYucral merupakan ubat gigi yang membantu dalam penjagaan oral seharian, termasuklah bagi penghidap Diabetes.

DentYucral diformulasikan di Eropah dengan 18 bahan kandungan berbeza yang membantu untuk menguatkan gigi, melindungi gusi, melawan plak gigi, tartar dan kerosakan gigi. Ia juga membantu untuk memulihara dan melembapkan gusi dengan melancarkan peredaran darah serta membantu pemulihan luka dengan menggalakkan pembaharuan sel. 

Vital Signs BH juga akan berkongsi mengenai DentYucal serta manfaatnya kepada ahli Diabetes Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai DentYucral, layari www.dentyucral.my atau (https://www.facebook.com/dentyucralmalaysia/)