Showing posts with label Kentang US. Show all posts
Showing posts with label Kentang US. Show all posts

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANGBaru-baru ini, mummy ke Jingle U.S Potatoes All The Way Christmas Workshop. Yang merupakan bengkel kelas memasak menggunakan  U.S Potatoes  dan kelas ukiran ubi kentang menggunakan Russet  U.S Potatoes .

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way


Acara yang berlangsung di FunFun Event Space Puchong. Menampilkan pelbagai aktiviti, demonstrasi memasak dan bengkel interaktif. Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way, acara masakan unik yang meraikan kepelbagaian dan rasa U.S Potatoes. Bukan mummy seorang sahaja di bengkel ini. Turut dihadiri oleh tetamu jemputan dan pempengaruh. 



U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

U.S Potatoes - Russet, Red & Purple


Setibanya, mummy di sini, mummy terus ke pameran produk yang meriah. Mereka telah dipersembahkan Potato Christmas Garden yang memaparkan pelbagai jenis kentang segar U.S. Potatoes seperti Russet, Merah dan Ungu bersama-sama dengan potongan berbeza kentang A.S. beku serta campuran kentang lecek U.S. Potatoes segera.


U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG
Bersama-sama Chef ZieZie, Mr Eddie Saw dan Chef Taufiq

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

Ambil Foto dan Menang Dengan U.S Potatoes


Kemudian, mummy mengambil foto di gerai foto untuk mengambil bahagian dalam peraduan media sosial. Alhamdulillah mummy telah memenangi untuk kategori hantaran di Instagram. Terima kasih U.S. Potatoes kerana memilih mummy sebagai pemenang !

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

Acara penuh keseronokan menampilkan pelbagai aktiviti dan permainan di pameran produk. Mummy menerima hadiah goody bag yang  berisi U.S. Potatoes dan juga topi dari U.S. Potatoes

Ucapan dari Pihak U.S Potatoes


U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

Tidak lama selepas itu, pengacara majlis menjemput semua tetamu dengan mesra ke acara utama.

Turut bersama kami, Encik Eddie Saw, yang merupakan Wakil Negara 
U.S. Potatoes, menyampaikan ucapan yang mencerahkan tentang perjalanan dan kepentingan kentang U.S. Potatoes

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

Kelas Memasak Bersama Chef ZieZie


Chef terkenal ZieZie kemudian memikat hati penonton dengan menunjukkan cara menyediakan Baked U.S. Potatoes dengan Keju, diikuti dengan bengkel memasak secara langsung dengan ciptaannya "Twinkle A.S. Potatoes Stars". Untuk video, boleh tonton di https://www.tiktok.com/@azlinda.alin/video/7306750264822746369


U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG


Kelas Ukir U.S Potatoes Bersama Chef Taufiq Halim


Majlis diteruskan dengan Chef Taufiq Halim mengetuai bengkel mengukir kentang. Beliau mengajar kami semua untuk mengukir rusa dari U.S. Potatoes Russet. Pada mulanya, mummy give up sebab mummy bukanlah seorang yang berseni.

Rupanya, tak susah untuk mengukir rusa dengan menggunakan U.S. Potatoes Russet ! Mudah sangat, korang wajib mencubanya. Tutorial, boleh lihat di TikTok mummy : https://www.tiktok.com/@azlinda.alin/video/7306790213345414401


U.S POTATOES KELAS MEMASAK DAN UKIRAN UBI KENTANG

Seterusnya, Chef ZieZie menyampaikan sijil kehadiran kepada tetamu. Diikuti dengan sesi bergambar berkumpulan, untuk merakamkan detik-detik kenangan hari itu.  

Untuk maklumat lanjut mengenai U.S Potatoes, boleh layari ke :-