Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

TAKWIM CUTI SEKOLAH 2023 2024

Takwim sekolah merupakan takwim penting bagi kami yang mempunyai anak yang sedang bersekolah. Kalau dulu, anak-anak masih belum bersekolah. Memang kami tak ambil pusing sangat dengan takwim sekolah. 

Cuma dulu..kami hanya pastikan, pi holiday tu bukan waktu cuti sekolah je. Atau holiday dekat-dekat macam ke Bangi Wonderland ke. Tak tahan nak hadap jem dan orang ramai. Tapi, bila anak semua dah bersekolah. Terpaksa juga pi holidays waktu cuti sekolah atau cuti umum huhu. Redho aje, lah ye !

Baca juga :


Takwim Sekolah 2023 2024



TAKWIM SEKOLAH SESI 2023 2024 


Takwim sekolah, tidak lagi bermula pada Januari dan berakhir pada Disember. Sejak pandemik, Kementerian Pelajaran Malaysia sudah menukar takwim sekolah bermula dari Mac.

Takwim sekolah bermula bulan Mac. Masih kekal dari pandemik sehingga tahun 2024 . Kenapa tak boleh bermula macam dulu, Januari? Jangan jawab,"sebab boleh,dik”. Lempang kang..haha

Ok..sebabnya KPM nak cukupkan keperluan 190 hari wajib sekolah . Serta pelajar tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM juga tidak terjejas seperti masalah banjir dan sebagainya.


Kumpulan A mula bersekolah: 
19 Mac 2023

Kumpulan A : 
Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kumpulan B mula bersekolah: 
20 Mac 2023

Kumpulan B : 
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan


Penggal 1 - Takwim Sekolah 2023 2024


Penggal 1 : 
20 Mac 2023 – 21 April 2023

Cuti Raya Aidilfitri 2023 :
20 April 2023 (Khamis) – 30 April 2023 (Ahad) 11 Hari

Sambung Penggal 1 : 
1 Mei 2023 – 26 Mei 2023

Cuti Penggal 1 : 
27 Mei – 4 Jun 2023 (Hari Gawai)




Takwim Sekolah 2023 2024




Penggal 2 - Takwim Sekolah 2023 2024


Penggal 2 : 
5 Jun 2023 – 25 Ogos 2023

Cuti Raya Haji 2023 : 
28-30 Jun 2023 (Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu, Ahad) 5 hari

Cuti Penggal 2 : 
26 Ogos 2023 – 3 September 2023


Penggal 3 - Takwim Sekolah 2023 2024


Penggal 3 : 
4 September 2023 – 15 Disember 2023

Cuti Penggal 3 : 
16 Disember – 1 Januari 2024

Sambung Penggal 3 : 
2 Januari 2024 – 9 Februari 2024



Takwim Sekolah 2023 2024



Cuti Penggal Akhir - Takwim Sekolah 2023 2024


Cuti Penggal Akhir Persekolahan : 
10 Februari 2024 – Mac 2024

Cuti penggal akhir persekolah sesi 2023/2024 walaupun panjang, tetapi masa inilah parents sibuk untuk preparation untuk persekolah sesi 2024/2025.

Jangan lupa rancang cuti dan juga kewangan. Kerana bukan saja naik sekolah bulan 3 2024, bagi kaum Muslim kita dijangka akan menyambut  Ramadan pada 12 Mac 2024 dan 10 April 2024 untuk Aidilfitri.

Takwim Sekolah Peperiksaan SPM 2023 2024


Takwim sekolah untuk peperiksaan SPM 2023 pula akan berlangsung mulai Disember sehingga Mac 2024

5 - 7 Disember 2023 = Amali Sains SPM
16 - 31 Disember 2023 = Cuti Sekolah
8 - 23 Januari 2024 = Ujian Bertutur (BM & BI)
29 Januari 2024 = Ujian Mendengar (BM)
30 Januari - 7 Mac = Peperiksaan Bertulis SPM

TAKWIM SEKOLAH SESI 2024 2025


Bagaimana pula dengan takwim sekolah tahun 2024, 2025? Terkini Menterinya Pelajaran Malaysia, Fadhlina Sidek ada mengatakan bahawa sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024. Manakala, sesi 2025 akan bermula pada Februari 2025.


Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.