Showing posts with label free gift. Show all posts
Showing posts with label free gift. Show all posts

Hari-hari Dapat Hadiah

Hari-hari Anak Dapat Hadiah

Selalu kita dengar, rezeki anak, rezeki berkahwin dan macam-macam rezeki akan ada. Memang betul, tau ! Rezeki ada anak ni, banyak rezeki tak di sangka akan ada. Kalau nak ikutkan pendapatan kami berdua suami isteri ini. Kasi pagi..makan pagi, kais petang makan petang. Orang kata. Hujung minggu hari tu, hari-hari dapat hadiah. (Sabtu dan Ahad). Hadiah untuk anak, walaupun biasa-biasa je barangan itu. Alhamdulillah syukur sangat mummy rasa tau ! Rezeki anak-anak namanya ini !

Hari-hari Dapat Hadiah Dari Mana?


Hari-hari Dapat Hadiah

Pergi ke Giant Saujana Impian, cashier salah punch harga. Nak dapatkan balik duit, mummy kene ke kaunter customer service pula. Dalam hati berkata,"adoi, satu kerja pulak dah ni". Tapi, muka tetap senyum...sebab niat nak layankan anak-anak. Bawa anak-anak jalan sendirian tanpa suami memang agak mencabar. 

Hari-hari Dapat Hadiah

Nak di jadikan cerita, semasa mummy mengisi borang dan sesi pemulangan wang lebih. Sebelum kami beransur pergi dari kaunter customer service. Pekerja di Customer Service itu terus menghulurkan 2 botol air untuk anak-anak. Ya Allah, terima kasih banyak-banyak ye. 

Hari-hari Dapat Hadiah

Suka budak-budak in dapat botol air sorang satu... tak gerak lah duduk dalam troli tu ha. Haha..apak kau tak de..korang memang kene duduk dalam troli je, ye ! Selamat dan senang mummy nak shopping ;)

Hadiah T-shirt Drypers 


Hari-hari Dapat Hadiah

Yang keduanya, anak-anak dapat t-shirt dari drypers. Kebetulan masa beli pempes tu, ada sales girl di situ. Mummy pun tanya, beli pempes banyak-banyak ini, tak ada gift ke? Terus dia keluarkan 1 helai t-shirt untuk Dhia. "Nah ini untuk anak you. Umur 2 tahun muat t-shirt ini". Mummy terus jawab,"eh, itu 3 tahun umurnya, adiknya yang nak masuk 2 tahun". Dhia nampak kecil, sebab kurus. Tapi, tingginya setanding umurnya. Ikut baka daddy, kurus. 

Dua kali pi shopping Sabtu dan Ahad...Dua kali gak lah, dapat gift untuk anak-anak. Alhamdulillah...memang rezeki anak-anak. Terima kasih ya Allah !

2 HADIAH DI TERIMA !

Alhamdulillah terima 2 parcel hari ini.



Jenuh fikir dari mana datangnya hadiah lucky draw ini. Lepas beberapa jam baru teringat pernah buat survey dan pernah up di entri ini http://www.azlindaalin.com/2015/05/hadiah-percuma-dengan-menjawab-survey.html pada 22 May 2015 tempoh hari. Rupanya, Lin dah berjaya dapatkan 400 respondents survey. Alhamdulillah !

Dan juga, mummy telah terpilih diantara yang bertuah ! Dapatlah branded perfume. Terima kasih Lin ! Moga sukses selalu !


Hadiah kedua pula dapat dari PR produk Kiehl's menang dari pos Intagram Event  MAMIL® MomMe Terima kasih Mamil Dumex dan Kiehl's



Yang pastinya, semua hadiah yang mummy dapat ini.. semua mummy suka ! Sebab untuk anak pun ada sekali ! Encik suami? Kongsi pakai aje lah dengan isteri ni ha ! 

 

FREE gift dari IOI Mall Putrajaya


Tak sangka ada free gift di IOI Mall, Putrajaya bersempena dengan celebration of heritage dari 30 Januari 2015 hingga 1 Mac 2015. Bertemakan a courtyard of tresures, a tradition of plentiful. Usahasama IoI City Mall dan RHB Bank Berhad.



memang cantik kotak ini dan isi dalam nya. Tea set bertemakan 'Chinese style' harusku simpan ketat-ketat dalam almari.
Sebab cantik nau. Sayang nak pakai oi!

Bahahaha typical mak-mak.


Sempat gak membeli popcorn ni. Shopping malam-malam. Orang tak ramai. Memang syiok. Tak payah beratur panjang macam selalu. 


Ini adalah hasil tangkapan. Disebabkan tangkapan ini lah kami dapat gift tea set a courtyard of tresures, a tradition of plentiful. Usahasama IoI City Mall dan RHB Bank Berhad.

Korang nak? Masih sempat lagi nk dapatkan FREE GIFT tea set a courtyard of tresures, a tradition of plentifuni dari IOI Mall, Putrajaya.