14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH - Salam Jumaat ! Assalamualaikum..lama sudah mummy tak tepek takzirah Jumaat dan ilmu agama. Ewahhh dah macam ustajah bunyiknya. Okaylah, sebenarnya mummy terima WhatsApp dari kawan mummy dan mummy merasakan peringatan ini sangat penting. Jom kita tengok apakah dia 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH
14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH
Entri blog semalam dah mummy ceritakan bab fidyah orang yang hidup dan orang yang mati. Entri kali ni pulak kisah persiapan kematian dan kematian pulak.
Actually tak tahu nak panggil apa peringatan ini, 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS URUSKAN JENAZAH atau 14 PERKARA WAJIB PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS SAAT KEMATIAN.
Apa-apa jelah kan..asalkan korang faham dan hadam sesama bab ini semua.
Tidak lama lagi kita nak pergi dah...๐ Pesan pada anak-anak kita dan kawan-kawan๐
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; seelok-elok nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.
«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป7. Tutup rambut dengan selendang.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป12. Dimandikan dan dikafankan.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.
๐ณ๐ป♀๐ง๐ป14. Kebumikan jenazah.
๐Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...๐
Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.
๐Sharing is caring