Showing posts with label pavlova. Show all posts
Showing posts with label pavlova. Show all posts

Pavlova Pertamaku



Cubaan baking meringue dan buat pavlova. Terliur-liur tengok pavlova. Nk beli / order ..tapi, teringin nak makan hasil air tangan sendiri. Nak tak nak, zaaaaaas beli bahan-bahan kita baking sendiri.  Lama tak baking sebenarnya. Last, masa sebelum kahwin kot. Dedulu sebelum kawen rajin buat cupcakes je. Isi masa lapang katanya. Itu lah pengalaman pertama dan blog pertamaku Budget Cupcakes . Bila dah bertunang, berkahwin dan beranak pinak. Oven dan mixer hanya lah perhiasan semata-mata. 

Dan, setibanya qada dan qadar yang telah tertulis untukku, baking pavlova. 
Resipinya godek2 di google sahaja.

RESIPI PAVLOVA:
Putih Telur 4 biji
1/2 Cawan Icing Sugar
2 Sudu Tepung Jagung
1 Cuka masakan
Beberapa titik Vanilla esen

CARA BAKAR MERINGUE
1. Panaskan oven selama 15min pada suhu 180 degree
2. kacau telur putih dengan mixer hingga betul2 likat tak jatuh adunan.
3. Masukkan icing sugar hingga rata
4. Masukkan tepung jagung, cuka masakan dan akhirnya masukkan esen vanila (untuk elakkan bau hanyir telur).
5. Bakar selama 1 - 2jam pada suhu 160 degree

Hiasan pavlova
1 cawan whipped cream - kacau dengan mixer. Setelah siap letakkan atas meringue dan hiaskan dengan buah potong.
Kita letak buah yang masam, sebab meringue tu manis dah.



Mini pavlova kita anta sket ke rumah baby sitter utk rasa2. Yang lain kita makan sekeluarga. Budak2 yang beria-ia makan pavlova tu. Walaupun tak gebu gebas meringue tu. 

Makan la anak2..Bilalah lagi kerajinan membakar ni nak datang lagi ye.