Showing posts with label vivo V29 5G. Show all posts
Showing posts with label vivo V29 5G. Show all posts

VIVO V29 5G POTRET AURA LIGHT 2.0

Pelancaran vivo V29 5G Potret Aura Light 2.0


vivo telah melancarkan telefon bimbit terbaharunya vivo V29 5G bertempat di The Vertical, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran vivo V29 5G ini turut dihadiri oleh pelakon atau artis yang terkenal iaitu Anna Jobling.

Syarikat teknologi yang terunggul vivo, telah mengumumkan kelauran terbaharu siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G. Potret Aura Light 2.0 

Baca : vivo V7+


PELANCARAN TELEFON VIVO V29

PELANCARAN TELEFON VIVO V29

Ciri-ciri dan Spesifikasi vivo V29 5G Potret Aura Light 2.0



Ciri-ciri dan spesifikasi vivo V29 5G Potret Aura Light 2.0 , ianya didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang.

vivo V29 5G. Potret Aura Light 2.0 dilengkapi dengan ciri kamera 50MP beserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang hebat pada telefon pintar keluaran terbaru vivo ini.

vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa. Ia menampilkan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon® 778G, memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar.

Dengan Memori 12 GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, vivo V29 5G menawarkan penyimpanan yang mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi. vivo V29 5G juga dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar.

Yang mana ia membolehkan telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario, memberikan pengalaman yang menakjubkan – sama ada semasa sesi permainan yang sisirus atau pengalaman sinema yang memukau.

Pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke 50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama.

Selain itu, ia juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air. Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29 5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan normal.

Pelancaran vivo V29 5G Potret Aura Light 2.0




Paparan Skrin vivo V29 5G yang Hebat 

Paparan Skrin vivo V29 5G yang Hebat Dalam Sejarah Siri kerana siri V dari vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna.

Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak 452 PPI. Setiap butiran menjadi seperti di alam realiti dengan ketepatan yang mengagumkan.

Pengguna akan terpukau pada pengalaman visual yang menakjubkan kerana vivo V29 5G mempamerkan 1.07 bilion warna dan DCI-P3.

Selain itu, vivo V29 5G memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS, menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan para pengguna.

PELANCARAN TELEFON VIVO V29



Potret Aura Light 2.0


Apa pula 
Potret Aura Light 2.0? Potret Aura Light 2.0 adalah pengubahsuaian suhu warna pintar (smart colour Temperature Adjustment), rekabentuk yang menarik dan ciri ciri telefon yang canggih, ia adalah sebuah telefon pintar yang sesuai bagi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup moden.


Menurut Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan industri teknologi dan menginginkan keluaran telefon pintar. Mereka sentiasa mampu untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna.

PELANCARAN TELEFON VIVO V29 5G
.

“Model terbaru ini kami telatambah baik pada ciri utamanya iaitu Aura Light 2.0 dan juga bentuk yang cantik sesuai untuk anak muda masa kini, kami mengharapkan ia akan memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati setiap saat yang indah. Mereka juga tak akan terlepas untuk merakam momen indah, ” jelas beliau.

“Menuju ke masa hadapan, kami tetap akan konsisten dalam komitmen kami untuk terus berada dalam inovasi telefon pintar. Kami sentiasa memastikan pengguna kami menikmati pengalaman yang unggul.”

Lensa vivo V29 5G Potret Aura Light 2.0 


Lensa (lens) vivo V29 5G Potret Aura Light 2.0  yang bersaiz diameter 16.5 mm mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi, ciri kamera dan Aura Light merupakan ciri utama pada siri V keluaran vivo.

Menciptakan tiga dimensi kesan cahaya, menghapuskan bayang bayang dan memberikan pengalaman seperti di dalam studio. 36 peratus peningkatan pada tahap pencerahan berbanding dengan model yang sebelumnya dan memastikan shot yang lebih fokus.

PELANCARAN TELEFON VIVO V29 5G


Foto Waktu Malam


vivo V29 5G juga menitikberatkan tentang pengambilan foto dan video pada waktu malam. Dengan vivo V29 5G, ia bakal mempersonakan penggunanya dengan kebolehan merakam momen indah pada waktu gelap terutamanya pada waktu malam.

Ciri Video vivo V29 5G


Ciri Video Ultra Stabil yang disokong oleh OIS dan EIS, memastikan pergerakan yang minimal dan shot yang jelas. Dengan lebih 1,000 kestabilan dan 10,000 kestabilan dalam pergerakan untuk setiap saat.

Selain itu, ciri Super Night Video disokong oleh algoritma adegan malam yang cemerlang dan keupayaan penstabilan yang kuat, semuanya dapat menyelesaikan masalah ketika merakam video dalam keadaan cahaya rendah.

Dengan kata lain, vivo V29 5G membolehkan gambar malam bersinar cerah dan menangkap butiran yang luar biasa dengan kecantikan yang tiada tandingannya.


PELANCARAN TELEFON VIVO V29 5G

Warna vivo V29 5G


Warna-warna vivo V29 5G adalah warna yang diinspirasikan oleh langit yang disinari bintang terutamanya warna Starry Purple. Teknik Inovatif 3D Starry Craft membolehkan penciptaan penampilan ungu berkilauan dengan menawan.

Manakala permainan cahaya pada panel belakang memastikan bahawa ia sentiasa bersinar seperti langit malam dengan sinaran bintang.

Bagi warna Noble Black, ia menunjukkan keanggunan dan gaya yang moden dan mengikut tren yang terkini, dengan adanya teknik skala-nano yang memberikan ketahanan dan tahan kotor pada kilauan yang terukir.

PELANCARAN TELEFON VIVO V29


Harga vivo V29


Bermula hari ini, vivo V29 5G akan berada di dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkannya boleh menempah awal bermula pada 21 September 2023 dan banyak promosi hebat menanti. Tempahan awal yang dibuat di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma.

vivo Malaysia bekerjasama dengan beberapa jenama yang terkenal di Malaysia seperti Grazia, CHAGEE, UCSI, LUSH, Sunway Lagoon, MIX, Godiva, dan Dking yang berkongsi misi dan visi yang sama seperti vivo Malaysia.

PELANCARAN TELEFON VIVO V29 5G

Tarikh Pelancaran : 20 September 2023
Tarikh Tempahan Awal : 21 September 2023
Tarikh Jualan Pertama  : 28 September 2023

Platform Jualan atas Talian: vivo Malaysia e-store, Shopee, Lazada dan Tiktok Shop


* ** Promosi Tempahan Awal Tempah awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif yang bernilai RM995
Harga Yang Ditawarkan :
>> vivo care 1+1* Extended Warranty – RM199
>> vivo care 1 tahun pelan perlindungan skrin- RM399
>> V29 pelindung skrin – RM69
>> V29 Pelindung Keselamatan – RM69
>> TWS Earbuds – RM259

*** Pelanggan yang menempah awal pada 21 September 2023 di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma! (tertakluk kepada terma & syarat)

Kedai Konsep vivo Yang Terpilih :-

>> Pavilion KL
>> KL East Mall
>> KL Mid Valley
>> Sunway Pyramid
>> Gurney Plaza
>> Johor Mid Valley Southkey

Harga Yang Ditawarkan
RRP V29 5G 12+ 256GB for RM1899
V29 5G 12+512GB for RM2099

Untuk mengetahui vivo terbaharu boleh layari ke :-

Instagram : @vivo_malaysia