Berbaloi ke beli buku di BIG BAD WOLF?

Big Bad Wolf, BBW yg lalu 7 DEC 2013. Kami sekeluarga pergi sesama. Dhia ketika tu, kecik lag...



Big Bad Wolf, BBW yg lalu 7 DEC 2013. Kami sekeluarga pergi sesama. Dhia ketika tu, kecik lagi. Umo 9 bulan lebih kurang.
Untuk Big Bad Wolf, BBW kali ni. Mummy sengsorang je pergi. Tak sempat nk gi dgn family. Every weekend busy. Tak weekend, pun busy. Keadaan thn ni, tak tahu cemana di Big Bad Wolf, BBW dgn nk bawa 2 orang anak tu lagi kan. 



Big Bad Wolf, BBW kali ni seperti biasa di MIECC, Mines dari 5-16 DEC 2014. memang tak cukup masa la nk menjadualkan jadual yang ada.

TAPI, bila tetiba keluar notis..Big Bad Wolf, BBW di panjangkan ke 
21 DEC 2014 - 11.59 malam. 

Zaaaasss la mummy sengsorang terjah MEICC Mines. 
Pepagi dah terjah,ko!



Tak ramai orang pun Big Bad Wolf, BBW. Alhamdulillah. Mudah kerja mummy hehehe
Mata mummy, kasik ZOOM sana sini.
Cari department yg penting2 aje.
Kalo semua rak nk pergi. Mau mummy tido situ gamaknya. Kan!! 
bahahahaha

Niat yang pertama, nak cari buku anak-anak je. 
Kekalau ada buku menariks dan tertarik utk mak pak nya... pun boleh gak kita rembat.

Buku- buku ni pulak, mummy bagi rerakan opis. Dora dan strawberry shortcake coloring book tu utk ank kecik mereka.
Harga tak da..dah kasik cabut sesiap. hehehe


Silly songs Book, Hello Kitty, Mickey Mouse tu dah tentu utk Dhia. 
Buku dari Big Bad Wolf, BBW yg lalu  pun ado lagi. Hok tu, kasik adik pun boleh hehe.

Signs of Life, Power of LEO dan CHa-CHing tu utk mummy. 
Mana leh tahan bila mata bertentang mata kat rak self motivation tu. 
Pastinya, ANGKAT dan BELI


Resipi utk anak-anak, buku ELMO, Hello Kitty's Dictionary- macam nenarik je kamus tu...tu yg mummy amek. Alang2 tinggal 1 je, ni semua utk Dhia.dan soft toy - utk adik


Tak lupa untuk 2 orang nih. 
Tak lah berebut nanti.



Baca buku ELMO kekonon tu ha.
Ok, good la awak,nak!!

Kecik2 belajar cara baca buku ek.
Jgn jd mcm mummy ni. Malas membaca. Tapi, bab mengira mummy suka.
Udahnya, dedulu masa belajau. Buka buku law je....TIDUR.

Bila dah nk khatamnyaaaa ;)

Ok, ada yg tanya berbaloi ke beli buku di BBW ni?
28 buah buku - RM178

Secara puratanya beli dengan rege 
RM6.35 sebuah buku.

Walau pun ade rege serendah RM2 yag mummy beli untuk Dhia tu ;)
Mmg BERBALOI uols!!


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda