Sambal hitam belimbing buluh versi ‪#‎dapurmummydhiadzal‬

14:15

Sambal hitam belimbing buluh

Beberapa hari lepas, merajinkan diri masuk dapur. Masak sambal hitam belimbing buluh. Lama nau belimbing tu dalam peti ais. Dekat dah seminggu kot kt rumah tu. Petik dari pokok rumah pak mertua. Sebelum rosak,ada baik nya kita masak sambal hitam belimbing buluh sementara buah belimbing buluh tu fresh lagi. (sebab tu saya nk buat sendiri....nak yang fresh katanya). Pandai masak ke tak pandai masak ke... tu belakang citer. Yang penting usaha tangga kejayaan hehehe gituuuuuuuuu.

Resipi sambal hitam belimbing buluh ni, ada macam-macam versi. Ikut la korang nk macam mana. Kasik alter resipi ikut kehendak sendiri. Best,kan!! Kalau beli siap tu, kita kene pasrah redha telan dan makan je. Mummy ni jenis nk Sambal hitam belimbing buluh yang terasa teksturnya (tak mo hancur lebur sambal hitam belimbing buluh tu), tak nk kering sangat (macam rendang la pulak nanti,kan!), tak nak pedas sangat (kene jaga susu badan iols) dan yang penting belimbing kasik lebih. Sedap masam-masam tu (boleh kasik pecah lemak yang hado hehe)

Resipi sambal hitam belimbing buloh dari ‪#‎dapurmummydhiadzal‬:
 belimbing buloh (amek dr rumah bapa mertua) dalam 1 periuk kecil bertangkai. Kasik cuci bersih2 dulu. Lepas cuci tu, saya akan rendam dengan air garam. (apa2 jenis sayur atau buah..saya mmg rendam air garam. Hygiene katanya hahahaha)



 3 biji bawang merah kecil (tak suka byk2..xsuka ada rasa bawang sangat. Boleh potong rasa lain nt)


 3 ulas bawang putih

 segenggam ikan bilis siap kopek

 setengah genggam cili api (tak pedas sgt, kang cirit anak2. Dah ler dorang menyusu badan. Kalu ada yg nk pedas lagi, boleh la ltak senggenggam cili api ke cili padi ke.

 sedikit halia

 sedikit gula

 sedikit garam

 sedikit minyak utk tumis

Cara saya memasak sambal hitam belimbing buluh versi saya#‎dapurmummydhiadzal‬ :

 masukkan belimbing buloh dalam periuk. Masak tanpa air sampai lembik dan kering.

 tumbuk ke semua bebawang, cili api dan ikan bilis (ada org blender kering) saya suka tumbuk. Tumbuk lg sodap kot 


 dah siap bahan2 di tumbuk tu. Terus goreng dgn minyak sampai kering. Agak2 kering, mskkn belimbing buluh sampai kering.

 letak gula dan garam sket. Terus angkat dan makan. Ada org suka tmbh kicap. Kasik itam betul2 itam. Tp, saya xbubuh pn kicap. Xmo kacau rasa sangat hehe.



Hehe rosak resipi. Boleh pulak makan sambal hitam belimbing buluh #‎dapurmummydhiadzal‬ dengan spaghetti carbonara. hahaha. Kekadang buat ratah je  sambal hitam belimbing buluh tu, sedap!! Ada ikan bilis memasin campur, pedas sket dan masam-masam manis belimbing buluh tu. Pergggggggh. 

Buat sendiri ni mmg sangat-sangat puas hati, boleh ikut cemana kita nk rasa. Tekak kita nak makan,kan! 

Selamat mencuba uols!!

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab