Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon dan Perasmian White Lions

Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon
Semalam saya dah teaser sedikit tentang Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon dan Misi Kejutkan Lemak di Badan. Hari ini, cerita penuh tentang Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon. Sunway Lagoon telah mengadakan satu aktiviti menarik iaitu Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy a.k.a ala2 treasure hunt pada 22 Mac 2015. Misi untuk memperkenalkan Wildlife Park, Sunway Lagoon yang mempunyai lebih daripada 140 spesies haiwan eksotik dengan pameran 82 spesies khusus interaktif sebagai pendidikan Taman Hidupan Liar Malaysia (Wildlife Park, Sunway Lagoon) yang pertama. Ia adalah sebahagian daripada Taman Tema Premier Malaysia, Sunway Lagoon yang mempunyai pilihan haiwan eksotik, kecil dan mesra, sertamemaparkan pelbagai burung, ikan, reptilia dan mamalia.

Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway LagoonSebelum memulakan acara gilang gemilang Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon aktiviti pertama ialah senamrobik. Sessi untuk memanaskan badan dan seterusnya berjalan-jalan dengan maskot di sekeliling Taman Tema Premier Malaysia, Sunway Lagoon.Taman Hidupan Liar di tengah-tengah 8 ekar kehijauan dan tasik yang akan membawa kita melalui Village, Rimba, Jungle Trail, Aviary, Tingkap Alam, Tiger Tanah, Kampung Binatang, Burung Savannah dan Tree Top Terrace.

Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway LagoonWalk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon


Antara haiwan-haiwan yang diketengahkan termasuk Tiger, Sun Bear, Python, Panthers, Porcupine, Buaya, Caiman, Sang Kancil, Slow Loris, Afrika Pygmy Hedgehog, White Diserahkan Gibbons, Kura-kura, pelbagai jenis burung eksotik dan banyak lagi.


Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon

Oh SCARY!! SCARY!! Scream Park!! No..no..no. Tak mungkin nak masuk. 
Masih teringat lagi, rumah hantu di Genting Highlands. Masuk dengan kawan-kawan zaman belajar UITM dulu. Oleh krn, ketakutan yang teramat sangat. Sampai sandal ku tertinggal di dalam rumah hantu tu (sanggup tak nak patah balik amek sandal tu, sbb takut). At last, semua hantu-hantu dalam rumah hantu tu, keluar pulangkan sandalku sambil ketawakan aksi kami dalam rumah hantu tu.

Harimau itu pulak, macam tau-tau je mummy ni takut dengan awak yang berbadan tegap, gagah perkasa tu. Dan-dan tu lah, dia nk lalu ke arahku. Erm....nasib harimau tu di kurung. Kalau tak!! mau kene baham dah kot. (binatang mmg suka ngendeng2 dengan mummy ni, sbb tu mummy cepat fobia dgn haiwan atau reptilia ni. Bukan sbb takut tau. FOBIA jeeer hehe)

Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon


Sebelum  Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy bermula, kami sekeluarga jalan-jalan cuci mata dulu dalam Taman Tema Premier Malaysia, Taman Hidupan Liar Malaysia (Wildlife Park, Sunway Lagoon). Berbaloi sangat-sangat jika masuk ke Sunway Lagoon.Best sangat, sebabnya bukan sekadar dapat bermain di dry-park dan mandi-manda di water-park sahaja. Kita juga, dapat melihat keindahan alam pokok-pokok eksotik yang ditanam di Taman Tema Premier Malaysia,Sunway Lagoon dan Teater Hidupan Liar yang jarang untuk kita dan anak-anak kita untuk pegang, sentuh dan rasa tekstur badan haiwan / reptilia bersisik dan berbulu liar dengan lebih dekat. 




Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon

Tiket untuk memasuki all park untuk 1 hari. Tapi, kami tak dapat nak stay lama. Si baby tu domam. Sian tok mak dan atok kat rumah tu nanti. Mesti penat.


 Team Kelab Blogger Ben Ashaari yang ambil bahagian dalam Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy, berselfie dulu sebelum acara kemuncak bermula. Best korang!! Sporting sangat semasa Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy



Antara task Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy ada 2 segment, ada yang kene kumpul stiker, ada yang kene melukis, ada yang kene baca dan jawab soklan. Memang terkejar sini sana tau. Dah naik hafal dah susun atur Taman Tema Premier Malaysia, Taman Hidupan Liar Malaysia (Wildlife Park, Sunway Lagoon) tempat-tempat dalam ni. Mau tak hafal, pusing2 sampai berkali-kali dalam ni. Nasib stamina mak hado!! Kalau pancit. Hye hye bye bye aje lah ye. hehe

Tapi best juga program ni, ada aktiviti yang dah lama tak buat seperti lompat jauh. OH MY!! Macam kanak-kanak riang ria mummy. Terlompat-lombat sana sini, terjerit2 sana sini. Tetiba fefeling muda kat sini. Tak rasa macam umur  33 tahun. heheh gituuuuuuuuuuuuu.
Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon

Task paling suka dan tak suka!! Suka sebab kene selfie macam-macam gaya. (Ada gaya marmet, gaya princess dan mcm-mcm gaya) di macam-macam tempat yang best dalam Taman Tema Premier Malaysia, Taman Hidupan Liar Malaysia (Wildlife Park, Sunway Lagoon). Yang tak best, kene selfie dengan ular. Bukan selfie gitu-gitu je tau. Kene sentuh ko!! Mummy ni ha, mmg takut nau dengan ular. Tengok dalam tv atau buku pun dah terjerit2 geli. Apatah lagi kene sentuh. Erm..demi Kelab Blogger Ben Ashaari dan tak nak kalah sebelum bertanding. Pegang tak pegang gak la daku kene buat. Untuk kumpulkan stiker dalam segmen Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy Tapi, sambil bergambo tu, sambil terjerit2 macam orang meroyan. huhuhu Mesti pelik je group lain tengok group kami ni ha. Betul ke tak betul kitorang ni,ye.

Walk and Hunt in The Wild 2015 Sunway Lagoon

Tujuan utama bawa Dhia ke Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon #slwalkhunt #sunwaylagoonmy dan Taman Tema Premier Malaysia, Taman Hidupan Liar Malaysia (Wildlife Park, Sunway Lagoon) ni sebab ada Chichi dan Chacha bersempena Hari Lahirnya ke 2 tahun. Dapat bergambar dengan hos Chichi dan Chacha je (Sweet). Dorang adik beradik ni pun, suka nau layan Dhia di Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon. Nak bergambar dengan maskot Chichi dan Chacha, Dhia takut. Berani tengok dan jerit dari jauh je. (apa daaaa...nasib Dhia masuk ke sini FREE..idok ler terasa membazir hehe)
Ini pula, pemenang-pemenang untuk Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon dan persembahan dari pihak Sunway. TAHNIAH kepada semua pemenang.

Team kami tak menang, tak pelah kan. Bukan rezeki untuk kali ini. Kami join Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon pun bukan nak menang sebenarnya. Just for fun je (tetiba je keluarkan ayat untuk sedapkan hati diri sendiri).

White lions Sunway Lagoon

Selesai sahaja acara Walk and Hunt In The Wild 2015 Sunway Lagoon. Kami di bawa ke 'press conference' dan majlis menandatangani perlancaran white lions di Sunway Lagoon secara rasmi oleh pihak tourism dan pihak Sunway. Dua tambahan White Lions baru ini, untuk menarik pengunjung Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon- dengan spesis baru - Sepasang White Lions. 

Singa putih yang tergolong dalam subspesies Panthera Leo Krugeri. Singa putih ini adalah penduduk asal Timbavati Afrika dan selatan wilayah Kruger Park yang mudah dikenal pasti oleh berambut perang mereka untuk bulu putih berhampiran.

Habitat semula jadi mereka termasuk padang rumput savana, hutan, padang pasir dan pergunungan. Walaupun pucat, singa putih tidak albinos kerana mereka mempunyai pigmentasi normal dalam mata dan kulit mereka. Mereka tidak subspesies singa, tetapi lebih kepada morph khas yang dipanggil 'Leusisme' yang menyebabkan pewarnaan yang pucat.


Antara tempat menarik di Sunway Lagoon di Taman Tema Premier Malaysia, termasuklah:

Amusement Park: Website Amusement Park
Wildlife Park: Website Wildlife Park
Extreme Park: Website Extreme Park
Scream Park: Website Scream Park

 PROMOSI masuk PERCUMA di Sunway Lagoon pun ada tau:


Senior Play for Free Sunway Lagoon
1. Warga EMAS berumur 60 tahun ka atas. Masuk PERCUMA




Sunway Lagoon Happy Birthday Promo 2014
2. HARI JADI pun masuk PERCUMA ke SUnway Lagoon (valid 7 hari dari tarikh hari jadi)


Sunway Lagoon Quacktastic 2015
Ini pula tiket murah Sunway Lagoon BERHARGA RM40* sahaja untuk setiap hari SELASA.

Best,kan? Nak tengok apa yang menarik dan promosi terhebat dari Sunway Lagoon?


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com