Pemberhentian Pekerja MAS Airlines

Berita semalam di Awani 7.45 mengejutkan saya tentang pemberhentian pekerja MAS Airlines secara berperingkat. 

Malaysia Airlines CEO says carrier 'technically bankrupt', set to cut jobs, routes




Menurut Utusan Malaysia

Semua mereka akan mene­rima surat penamatan kerja pada 1 Jun ini beserta pakej pampasan pada 1 Jun ini. Pekerja yang menerima surat tawaran kerja akan me­nyambung kerjaya mereka di Malaysia Airlines Bhd. (MAB).
Menurut surat pe­keliling yang ditandatangani Ketua Pe­­gawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller, notis pemberitahuan mengenai pakej berkenaan telah dihantar kepada seluruh pekerjanya pa­da 26 Mei lalu.
Pakej pampasan yang disediakan untuk kakitangan MAS adalah berlandaskan prinsip keadilan dan keprihatinan terhadap kebajikan kakitangan seperti digariskan dalam Pelan Pemulihan MAS.
Menurut sumber terdekat, ia termasuk faedah perubatan selama 12 bulan di samping bayaran khas tambahan kepada golongan memerlukan bantuan lebih seperti kakitangan orang kurang upaya (OKU) yang tidak mendapat tawaran pekerjaan bersama MAB.
Selain pakej itu ujarnya, Pusat Pembangunan Korporat (CDC) telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan latihan serta bantuan mendapatkan pekerjaan baharu secara percuma buat kakitangan yang akan meninggalkan MAS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/butiran-pakej-pampasan-mas-1.96926#sthash.3uqI12SZ.dpuf



Hari ini, kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) yang berjumlah kira-kira 20,000 orang, akan mengetahui untung nasib mereka dengan syarikat penerbangan kebangsaan itu, sama ada kekal sebagai pekerja atau sebaliknya. Pengurangan kakitangan MAS sehingga dua pertiga daripada jumlah sekarang adalah sebahagian daripada program pemilihan syarikat penerbangan itu, selain pemindahan aset dan liabilitinya kepada syarikat baharu, dikenali sebagai MAS Bhd.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58594

Saya doakan yang terbaik untuk semua pekerja MAS airlines samada yang akan di serap ke syarikat baru atau pun tidak. Sekalung TAHNIAH kepada yang terpilih. Yang tidak dapat di serap, saya doakan anda semua akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Insyaallah. 

2 comments on "Pemberhentian Pekerja MAS Airlines"
  1. Sedih kan....moga mereka tabah. Perancangan Allah tiada siapa yang tahu.
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi..
    nasib baiklah en.husband dah tak kerja dengan MAS..
    kalau tak..tak tahu la nasib diaaa....

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com